Jika Nanti Terjadi Peristiwa Ini, Allah Akan Angkat Ka’bah Ke Langit

in aceh •  7 years ago 

HARIANACEH.co.id — Dalam kehangatan proses meruntuhkan dan perluasan Masjidil Haram kini, pada suatu hari nanti antara tanda terbesar semakin menghampiri hari Kiamat adalah dengan runtuhnya Ka’bah.
Seorang manusia terkutuk yang bergelar ‘Zussuwaiqatain’ dari antara dan berbangsa Habasyah dikatakan akan merobohkan binaan suci tersebut.
‘Zussuwaiqatain’ adalah nama gelaran bermaksud ‘si pemilik dua betis yang kecil’ kerana merujuk kepada orang-orang Habasyah yang pada umumnya betis mereka bersaiz kecil dan mempunyai kaki yang kurus-kurus.
Sebagaimana diriwayatkan dari Ka’ab Al-Ahbar dalam tafsir Ibnu Katsir, tentang perbahasan firman Allah:
“Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.” (QS. Al-Anbiya : 96).

Bahawa munculnya Zussuwaqatain bermula pada masa turunnya Nabi Isa Alaihis Salaam, iaitu setelah dibinasakannya Yakjuj dan Makjuj.
Ketika itu Nabi Isa Alaihis Salaam menghantar pasukannya untuk memerangi bala tentera Zussuwaqatain yang berkekuatan di antara 700 hingga 800 orang.
Namun ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى mengirimkan angin sejuk dari arah negeri Yaman dan telah meragut nyawa setiap orang yang beriman serta selebihnya manusia-manusia jahat yang melakukan se*ks bebas seperti binatang. Ka’ab Al-Ahbar berpendapat, pada masa itu Kiamat sudah semakin hampir.

  • Hadis-Hadis Yang Berkaitan Dengan Zussuwaqatain

Hadis-hadis Nabi ada menyebutkan tentang Ka’bah akan diroboh pada akhir zaman. Rasulullah juga menyebut ciri-ciri yang ada pada peroboh Ka’bah tersebut:

  • Lelaki berkulit hitam gelap
  • Mempunyai bala tentara
  • Berasal dari bangsa Habasyah
  • Gelarnya adalah Zussuwaqatain
  • Kepalanya kelihatan agak botak
  • Mempunyai kaki yang kurus panjang
  • Mempunyai kepala yang kecil dan bertelinga besar
  • Dia membuat Nabi berasa seperti lebih hitam daripadanya

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu Anhu, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah bersabda,
“Ka’bah ini akan dirobohkan oleh Zussuwaqatain dari Habasyah. Dia merampas perhiasannya dan melepaskan kiswahnya. Aku seakan-akan melihatnya, orangnya kecil botak dengan tulang-tulang sendinya bengkok, sedang memukul Ka’bah dengan penyodok dan kapaknya.”(Sanad hadis ini Jayyid dan Qawiy – Hadis Riwayat Ahmad).

Abu Daud meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr, dari Nabi, bahawa Baginda bersabda, “Biarkan orang-orang Habasyah selagi mereka membiarkan kamu (tidak mengganggu kamu). Sesungguhnya tidak ntaraa orang yang (berani) membongkar barang-barang simpanan dalam Ka’bah selain dari pada Zussuwaqatain dari Habasyah.”

Imam Ahmad meriwayatkan pula pula bahawa Ibnu Abbas menceritakan kepada perawi hadis ini, bahawa Rasulullah bersabda,

“Seakan-akan aku melihatnya, orangnya hitam, dengan congkaknya dia merobohkannya (Ka’bah) batu demi batu.”

Dan menurut riwayat Imam Ahmad pula dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, Rasulullah bersabda, “Malam dan siang tak akan berhenti bersilih-ganti sebelum ada seorang lelaki dari kalangan kaum hamba menjadi raja, dia bernama Jahjah.”

  • Serangan

Ketika hampirHari Kiamat itu, Zussuwaqatain menghantar pasukannya yang berkekuatan antara 700 hingga 800 orang untuk menghancurkan Ka’bah. Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, “Orang yang mempunyai dua pasukan kecil dari Habasyah hendak menghancurkan Ka’bah.”
Namun ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى menghantar angin sejuk dari arah negeri Yaman yang meragut nyawa setiap orang beriman serta selebihnya golongan manusia yang melakukan kejahatan dan s*ks bebas seperti binatang. Aisyah Radhiyallahu Anha berkata,
“Nabi bersabda, ‘Ka’bah itu akan diperangi oleh tentera. Tetapi, kemudian mereka itu akan ditenggelamkan dalam bumi (yakni di Baida’, suatu tempat ntara Makkah dan Madinah).’”

Ketika berlaku perang kelak orang tidak akan menunaikan haji dan dikatakan Ka’bah akan diruntuhkan ketika itu serta diriwayatkan bahawa ‘sesudah itu Ka’bah tidak dibangunkan lagi’.

Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Nabi. Bersabda, “Sungguh Baitullah akan digunakan untuk mengerjakan haji dan umrah selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.” (Dan dalam riwayat yang mu’allaq, Baginda bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga ibadah haji tidak dilaksanakan lagi.”)

  • Yaumul Khalash (Hari Pembersihan)

Adapun kota Madinah, sebagaimana telah dibincangkan dalam banyak catatan mengenai ‘Yaumul Khalash’ (Hari Pembersihan), bahawa Dajjal tidak dapat memasuki kota Madinah dan Makkah. Disetiap penjuru jalan di Madinah ada malaikat-malaikat yang menjaganya supaya tidak dimasuki Dajjal.
Dalam shahih Al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah bersabda, “Madinah tidak dapat dimasuki Dajjal maupun wabak penyakit.”

Telah dijelaskan juga bahawa Dajjal hanya boleh tinggal di luar bandar, lalu terjadilah goncangan hebat tiga kali yang menyebabkan kaum munafik maupun orang-orang fasik, lelaki dan perempuan, semuanya keluar dari kota dan tinggallah orang-orang mukmin dan muslim, lelaki dan perempuan di dalam kota Madinah. Dan hari itu disebut sebagai “Yaumul Khalash” (Hari Pembersihan).
Demikian sebagaimana pernah dinyatakan oleh Rasulullah, “Sesungguhnya kota ini (Madinah) adalah Thaibah (harum). Dia sendiri akan membuang kotorannya lalu semerbaklah keharumannya.”

Kota Madinah akan tetap ramai ketika Dajjal menguasainya dan ramai juga penduduk pada masa datangnya Nabi Isa bin Maryam Alaihis Salaam, sehingga Baginda wafat dan dikebumikan di sana. Sesudah semua itu berlaku, barulah penduduk Madinah akan keluar meninggalkan kota.

Kehancuran ketiga-tiga kota suci iaitu Baitulmuqddis, Madinah dan Makkah telah disebutkan Baginda dan dikatakan setelah Ka’bah runtuh buat kali ketiga, Ka’bah akan diangkat ke langit.

Bahkan Baginda ada memberikan gambaran bahawa tanah-tanah suci tersebut akan dibangunkan semula. Maka sebenarnya kehancuran kota suci bukan bermaksud kehancuran sebenar tapi lebih bermaksud penyucian tanah suci iaitu bukan sahaja penyucian rohaniah tanah suci bahkan meliputi penyucian fizikalnya sekali.
والله أعلم بالصواب<>
Semoga Allah سبحانه وتعالى menganugerahkan kita akhir hayat yang baik dengan amalan kebaikan melebihi daripada segala keburukan yang pernah dilakukan, dan menghapuskan segala dosa kita hingga kita boleh berhimpun dalam keadaan sejahtera dan bercahaya di yaumul akhir (Hari Kiamat) nanti.[]




sumber
https://www.harianaceh.co.id/2018/02/10/jika-nanti-terjadi-peristiwa-ini-allah-akan-angkat-kabah-ke-langit/



ikuti kami
https://steemit.com/@aceh-redaksi

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
http://islamidia.com/kabah-akan-diangkat-ke-langit-jika-sudah-terjadi-peristiwa-ini/

Selamat @aceh-redaksi! Telah kumpul di Steemit. Senang melihat anda join.. telah diupvote ya.. 😊