Sang Kelembai

in aceh •  6 years ago 

IMG_20180801_115520.jpg

siapa sang kelembai? ada yg menyebut dgn nama gedembai. ada kata dia raksaksa. ada pula yg menyebutnya sebagai hantu hutan atau hantu galah. ada pula mengatakan rupanya hodoh dan berambut panjang. ada lagi yg lebih terperinci mengatakan raksaksa perempuan berambut merah. lebih terperinci lagi mengisahkan pula buah dadanya terlalu panjang hingga terpaksa diletak di atas batu. ada juga yg menceritakannya sebagai perempuan biasa, malah cantik jelita, seperti dlm versi langkawi.
IMG_20180801_115622.jpg
sang gedembai yang terdapat di pahang pula dikatakan mempunyai bulu kening yang tebal, berhidung pesek, bertelinga gajah, bertaring dan bertubuh tiga kali ganda saiz manusia, tinggal di sekitar sungai Pahang, dan makanannya adalah pucuk-pucuk buluh, buah-buahan dan juga daging. ada pula yg mendefinisikannya sebagai raksaksa perempuan.
IMG_20180801_115546.jpg
namun ini kisah rakyat yg dilagukan oleh penglipur lara sejak turun temurun. walau penuh dengan mitos dan dongeng yg tidak dapat dicerna akal, namun inilah salah satu warisan budaya kita. dan mungkin juga sebuah kisah rakyat dari seberang yg mungkin dapat menjelaskan sebuah kisah di tanah besar. tiada siapa suruh percaya, namun keterkaitannya sangat mengasyikkan. maka beginilah ceritanya..


IMG_20180801_120027.jpg
sahibul hikayat tersebutlah ceritera seorg pangeran dari keturunan raksaksa dari daerah sumidang yg bernama serunting. ada satu sifat buruk yg dimilikinya, iaitu selalu iri hati dgn milik org lain. adapun kerna rasa iri hati ini, serunting bertengkar dgn adik iparnya sendiri. dan beginilah kisahnya mengenai pertengkaran tersebut..

serunting dan adik iparnya, aria tebing, mempunyai sawah padi yg bersebelahan dipisahkan oleh sebatang pokok. di bawah pokok itu tumbuh cendawan. cendawan yg berada di kawasan aria tebing tumbuh menjadi emas, sedangkan cendawan yg berada di kawasan serunting tumbuh menjadi tanaman yg tidak berguna. serunting menuduh aria tebing telah menggunakan ilmunya utk mengubah cendawan di kawasan miliknya menjadi lalang.

maka suatu hari, terjadilah pergaduhan sengit antara serunting dgn aria tebing. kerana serunting lebih sakti, aria tebing hampir dibunuhnya, tetapi aria tebing sempat melarikan diri. aria tebing kemudiannya memujuk kakaknya, isteri serunting, untuk memberitahu rahsia kesaktian serunting.

setelah mengetahui rahsia itu, aria tebing kembali mencabar serunting. ketika pergaduhan sedang sengit dan aria tebing hampir kalah, aria tebing melihat lalang bergetar. segera aria tebing menancapkan tombaknya ke lalang yg bergetar itu, dan sayugia serunting langsung terjatuh dan terluka parah. serunting terkejut, kerana hanya isterinya yg mengetahui rahsia tersebut. merasa dikhianati, dia pun pergi mengembara.

serunting pergi bertapa ke gunung siguntang dan dijanjikan kekuatan ghaib oleh hyang mahameru, berupa kemampuan lidahnya mengubah sesuatu menjadi apa sahaja yg diingininya.
IMG_20180801_115608.jpg
syahdan, dia pun berniat pulang ke sumidang. dalam perjalanan pulang dia menyusuri tepi danau ranau, dia melihat ladang tebu yg sedang menguning, dia pun mahu menguji kesaktiannya, maka dia pun berkata, "jadilah batu." maka benarlah, tanaman itu berubah menjadi batu. oleh serunting setelah itu dia menyumpah setiap org yg dijumpainya di tepian sungai jambi menjadi batu. semenjak itu beliau dikenali sebagai si pahit lidah. dan setelah itu dia pun mengembaralah dari satu daerah ke satu daerah.


alkisah diceritakan oleh kaum asli semai akan kisah gajah yg disumpah oleh sang kelembai. diperingatkan bahawa sesiapa yg sedang keluar berburu dan melintasinya, tidak dibenarkan menegur. jika tidak mereka tidak akan mendapat apa2 hasil buruan pada hari itu. adapun yg berlaku di daerah yg dikenali sebagai kampung gajah seperti berikut..

di suatu tempat di kaki bukit tunggal tinggallah sekumpulan gajah. satu hari, ketika gajah2 lain bergerak mencari makan, seekor ibu gajah tertinggal melayani anaknya yg sedang asyik mandi sungai. mereka tidak menyedari bahawa sang kelembai sedang tidur berehat di sekitar kawasan itu. kerana riuhnya bunyi gajah tersebut maka sang kelembai pun merasa terganggu dari istirehatnya dan menyumpah gajah tersebut menjadi batu.

adapun sang kelembai lama diam di kawasan batu gajah itu kerana dia suka memakan pucuk buluh di kawasan tersebut. penduduk kampung sangat takut dgnnya dan berpakat mencantas semua pucuk buluh di kawasan tersebut. dan keluarlah sang kelembai dari kampung tersebut.


dikisahkan pula, disuatu masa yg kita tidak peduli, oleh org tua2 bahawa sang gedembai pernah tinggal di sebuah rumah yg buatkan oleh orang kampung di langkawi. satu hari dia melintasi tanjung rhu dan menjumpai sebuah gua. dia sangat menyukai gua tersebut tetapi ternyata gua itu sudah diduduki oleh sepasang suami isteri dan tiga org anaknya. entah kerana kecewa atau marah, sang gedembai menyumpah semua isi gua itu, yg dikenali sebagai gua cerita, menjadi batu.

disuatu ketika lain, didongengkan bahawa sang gedembai telah bertemu dgn seorg perempuan yg sedang melahirkan anak. sang gedembai pun bertanya apakah yg sedang mereka lakukan, namun tidak dijawab oleh mak bidan dan perempuan tersebut yg sedang sibuk menyambut bayi yg baru lahir. marahlah sang gedembai kerna tidak diendahkan pertanyaannya, maka disumpahnya ketiga2nya menjadi pulau; pulau bidan, pulau bunting dan pulau telur.


alkisah pula diceritakan di negeri pahang, sang gedembai tinggal di kampung hulu sigai. sang kelembai ini sangat suka menganiaya org kampung dan menyumpah mereka menjadi batu, termasuklah penghulu tuk sali. satu hari, seorg pemuda misteri muncul berpakaian rapi dan mempunyai keris yg berhulukan gading. pemuda itu mengaku bernama putera indera sakti, anak kepada raja panca perseda. dia bertanya akan kesusahan hati org kampung dan setelah diberitahu akan perihal sang gedembai, dia berjanji akan melawan sang gedembai.

sang gedembai merasa sukahati melihat pemuda tersebut dan bermaksud mahu bermain2 dahulu dgnnya sebelum menyumpanya menjadi batu. sang gedembai bertanya apa yg dimahukan pemuda itu tetapi pemuda itu tidak mahu menjawab. ini menyebabkan sang gedembai marah dan menyumpahnya menjadi batu.

akan tetapi pemuda itu tidak menjadi batu. sang gedembai terus menyumpah namun tidak juga berhasil. dia menjadi takut dan melarikan diri. pemuda itu menghunus keris dan meletakkan di dahinya sambil membacakan mantera lalu mengacunya ke arah sang gedembai. langkah sang gedembai terhenti dan dia mengecil perlahan2 sehingga menjadi seekor katak yg kecil. org2 kampung yg dari tadi melihat dari jauh, langsung berkejaran dan memijak2 katak tersebut. mereka kemudian menggali sebuah lubang yg dalam dan menanam katak tersebut di dalamnya.

setelah itu pemuda tersebut menyembuhkan semua org yg telah disumpah menjadi batu oleh sang gedembai, termasuklah penghulu tok sali. maka berpestalah org2 kampung hingga terlupa mereka mengenai pemuda tersebut. mereka hanay menyedari setelah itu bahawa pemuda itu telah pun menghilangkan diri.


diceritakan lagi, ada sebuah batu yg disumpah oleh sang kelembai, yg mana jika sesiapa mahu meminjam pinggan mangkuk utk kenduri kahwin, hanya perlu menepuk batu tersebut dgn batang tepus dan menyeru berapa banyak pinggan mangkuk yg mahu di dipinjamnya, maka akan keluarlah pinggan mangkuk bertimbun2 dari batu tersebut.

syahdan, di satu tempat yg bernama hulu jepai, ada seorang raja mahu mengahwinkan puteranya, berdekatan dgn gua yg dijadikan istana. sang raja telah meminjam pinggan mangkuk dari batu sumpahan itu, tetapi lupa untuk memulangkannya.

hinggalah pada saat raja tersebut mahu mengahwinkan pula puterinya, maka digelarnya kenduri yg lebih gah dan mewah. sang kelembai telah hadir tanpa diundang. sang kelembai tidak menyukai sifat raja itu yg lupa janji dan membazirkan duit rakyat utk kenduri tersebut.

namun sang kelembai disuruh halau oleh raja tersebut. maka marahlah sang kelembai dan menyumpah sekalian yg ada dalam kenduri kahwin itu menjadi batu, termasuklah segala perkakasannya. istana raja yg disumpah itu kini dikenali dgn nama gua puteri.


ada lagi sebuah kisah di negeri pahang, sang kelembai tidak menyedari bahawa dia menjadi terlalu sakti hingga apa jua yg ditegurnya menjadi batu. satu ketika dia bertemu dengan seekor ibu gajah bersama anaknya di dalam hutan, sang kelembai bertanya arah tujuan kedua gajah tesrsebut dan kedua gajah itu menjadi batu. disatu hari yg lain, sang kelembai berjalan di dalam kampung, dia bertanya pada tukang masak apakah yg dimasaknya, malangnya tukang masak itu menjadi batu. lalu dia meminta maaf kepada sekalian org yg ada, dan semuanya juga menjadi batu.

setelah itu, mungkin dimasa yg lain, sang kelembai berjalan2 dan melintasi seorg tua yg sedang memasak bubur dalam sebuah periuk besar utk kenduri kahwin. org tua ini rabun maka dia tidak mengenali sang kelembai, dan dia pun menjemput sang kelembai ke kenduri kahwin tersebut. sang kelembai tidak mahu bersuara kerana tak mahu org tua itu menjadi batu, dan dia pun cuba melarikan diri, malangnya kakinya tersandung akar kayu dan dia jatuh tersembab. sang kelembai terkejut dan mulutnya mengatakan sesuatu, tanpa disedarinya itu telah menyebabkan org tua itu menjadi batu. marahlah sang kelembai pada dirinya, maka diangkatnya periuk besar itu dan dicampaknya ke sungai pahang. periuk itu telah menjadi sebuah pulau, yg dikenali sebagai batu kari, dan bubur yg tumpah dari periuk tersebut meleleh hinggalah ke sebuah kampung yg dikenali sebagai kampung bur, singkatan kepada kampung bubur.

setelah kejadian itu, sang kelembai tinggal di dalam hutan kerna tidak mahu bertemu dgn manusia lagi. namun dia sering memasuki kebun2 yg berada di tepi hutan utk mencari makanan. org2 kampung yg berada di pinggir hutan itu ketakutan, dan bermesyuarat bagaimana caranya untuk menghalau sang kelembai jauh dari kampung mereka. mereka mendapat satu akal, dengan meletakkan seorg tua yg tidak bergigi di dalam sebuah bekas bayi dan ditinggalkan di laluan sang kelembai. diletakkan pula beberapa kura-kura di sekeliling bekas tersebut.

maka terkejutlah sang kelembai ketika menemui bekas bayi dan org tua tidak bergigi di dalamnya. fikirnya org tua yg tidak bergigi itu seorg bayi dan kura-kura itu adalah kutu. takutlah dia menyangkakan tentu di kawasan itu kawasan gergasi. tentu dia akan dibunuh jika tanpa sengaja menyebabkan salah seorg dari gergasi itu menjadi batu. maka dengan itu sang kelembai pun masuklah jauh ke dalam hutan. dan tiada siapa mendengar kisahnya lagi selepas itu.


maka kembalilah lagi pada kisah serunting, setelah beberapa berkelana dan melihat segala rencam hidup, dia pun menginsafi kesalahannya. dikhabarkan bahawa dia telah mengubah bukit serut yg gondol menjadi hutan kayu yg rimbun. gembiralah sekalian penduduk di sekitar itu menikmati hasil hutan yg berlimbah. namun tetaplah dia digelar si pahit lidah.


begitulah adanya sekalian kisah mengenai sang kelembai atau sang gedembai atau mungkin juga si pahit lidah. semuanya mempunyai kesaktian yg sama iaitu boleh mengubah apa saja menjadi batu. benarkah segala batu yg menyerupai manusia, gajah, barang2 dan yg dikatakan bekas tapak kaki sang gedembai di pulau tuba dan di batu maung pulau pinang itu hanya dongeng belaka? atau mungkinkah sebuah lagi metafora melayu? atau mungkin ini benar2 kejadian.. bukan chobaan.

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
http://harutmarut.blogspot.com/2011/01/lagenda-sang-kelembai.html

Congratulations @aidilfazli! You have completed the following achievement on the Steem blockchain and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of upvotes

Click on the badge to view your Board of Honor.
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

Do not miss the last post from @steemitboard:

SteemFest³ - SteemitBoard support the Travel Reimbursement Fund.

Support SteemitBoard's project! Vote for its witness and get one more award!

Congratulations @aidilfazli! You received a personal award!

Happy Birthday! - You are on the Steem blockchain for 1 year!

You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking

Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!