(Siri ٣٥) Terjemahan kepada bahasa melayu rumi
(Faedah) Disebut didalam Kitab Nazhatul Jalis daripada Kitab Al Mukhtar dan Kitab Matholi'iel Anwar daripada Nabi صلى الله عليه وسلم, "Tidak datang atas mayyit itu bersangatan daripada malam yg pertama. Maka beri oleh kamu akan beberapa orang yg mati daripada kamu dengan bersedekah akan dia.
Maka barang siapa tidak mendapatkan dia (bersedekah untuknya), maka hendaklah sembahyang ia 2 roka'at padahal membaca pada tiap-tiap roka'at daripada keduanya akan Surah Al Fatihah dan Ayat Kursi dan Alhăkumut Takăsur (الهاكم التكاثر) dan Surah Al Ikhlas (قل هوالله أحد) sebanyak 11 kali.
Dan berdoa ia, Wahai Tuhanku! Bahawasanya aku telah sembahyang akan ini sembahyang dan Engkau ketahui akan barang yg aku kehendak. Wahai Tuhanku! Bangkit olehMu akan pahala ini sembahyang kepada kubur si anu anak si anu.
Maka membangkit oleh Allah Taala daripada masanya kepada kuburnya akan 1000 Malaikat. Serta tiap-tiap Malaikat itu Nur dan Hidayah padahal memperjinak-jinak mereka itu akan si anu itu dalam kuburnya hingga bahawa ditiup akan sangkakala.
Dan memberi oleh Allah Taala akan orang yg sembahyang itu dengan berbilang-bilang barang yg naik atasnya oleh sehari akan beberapa kebajikan. Dan membangkit oleh Allah Taala 40000 Madinah dalam Syurga dan diberi baginya akan pahala 1000 orang mati syahid dan diberi pakai baginya 1000 kalung".
Dan sesungguhnya menyebut oleh kami akan ini faedah disini kerana besar manfaat baginya dan kerana takut daripada hilangnya. Maka tak dapat tidak tiap-tiap orang Islam bahawa sembahyang akan dia tiap-tiap malam bagi segala orang yg mati daripada sekalian orang Islam. Dan juga bersedekah seperti sembahyang. والله أعلم.
كتاب چرمين سلوهن ١٩
الشيخ حاج محمد بن حاج محمد صالح
Kitab Cermin Suluhan 19
Syeikh Haji Muhammad Bin Haji Muhammad Soleh
Siri sebelumnya : Siri ٣٤ Kelebihan Berzikr
Posted using Partiko Android
Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
https://www.facebook.com/Building-Constructions-Technology-UTHM-iNSEP-2010-PHASE-1-143610132322236/posts
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit