Memandangkan urusan pengebumian ditangguhkan bagi memberi peluang kepada def-def kehormat dan orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Ataturk, jenazah beliau telah diawet di Ankara oleh pakar patologi dari Akademi Perubatan Tentera Gulhane (GMMA), Prof. Lutfi Aksu. Sementara proses pengkafanan dilakukan oleh salah seorang dari sembilan pakar perubatan yang menandatangani sijil kematian beliau, Prof. Mehmet Kamil Berk. Kemudian jenazah Ataturk dibaringkan dalam posisi rehat sementara Atadan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan tentera serta individu berpengaruh lain memberi penghormatan terakhir pada waktu-waktu tertentu.
Jenazah Ataturk diletakkan dalam satu keranda kayu walnut berkualiti tinggi dengan bahagian dalam diperbuat daripada kayu mahogani. Keranda yang dilitupi dengan bendera kebangsaan Turki diletakkan pada 16 November di dewan sambutan istana pada sebuah catalfaque. Ianya diapit dengan tiga obor tinggi pada setiap sisi mewakili enam rukun utama Kemalisme dan diletakkan lingkaran bunga di atas keranda untuk tatapan orang ramai. Selama tiga hari, beribu-ribu orang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau pada catalfaque di mana pegawai-pegawai kehormat bertugas menjaga jenazah.
Selepas selesai solat jenazah, jenazah Ataturk dibawa keluar dari Dolmabache, diletakkan atas kaison yang ditarik kuda dan dibawa di hadapan perarakan jenazah ke Taman Gulhane. Dari Seraglio Point, sebuah bot torpedo membawa jenazah beliau ke kapal perang TCG Yavuz. Kapal Yavuz diiringi oleh kapal tentera laut Turki dan kapal-kapal asing membawa jenazah sehingga melepasi Pulau Buyukada. Setelah itu, Yavuz meneruskan perjalanan ke bandar pelabuhan Izmit.
Keranda yang membawa jenazah dipindahkan ke atas keretapi pengebumian dan dibawa ke Ankara di mana ia tiba pada 20 November 1938. Menanti jenazah tiba ialah def-def kehormat terdiri daripada Presiden Turki, Ismet Inonu, Speaker Parlimen Turki, Abdulhalik Renda, Perdana Menteri, Celal Bayar, menteri-menteri Kabinet, Panglima Angkatan Tentera Turki, Field Marshall Fevzi Cakmak, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan tentera serta semua ahli parlimen.
Keranda Ataturk kemudian sekali lagi dibawa di atas kaison ke Bangunan Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki di Ulus, di mana ia diletakkan atas sebuah catalfaque di hadapan bangunan Parlimen untuk tatapan umum. Ini memberi peluang kepada ribuan penduduk Ankara memberi penghormatan terakhir kepada Bapa Turki Moden. Pada hari berikutnya, satu lagi upacara pengebumian lebih besar diadakan bagi memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin asing memberi penghormatan terakhir.
17 pemimpin asing hadir memberi penghormatan. Perarakan dengan keranda jenazah Ataturk yang dilitupi dengan bendera Turki diletakkan atas kaison yang ditarik kuda dibawa ke Muzium Etnografi Ankara turut diiringi sembilan detasmen pegawal kehormatan. Antara negara yang menghantar detasmen tersebut ialah Britain, Iran dan Yugoslavia. Setibanya di muzium, keranda Ataturk diletakkan dalam sebuah keranda batu marmar berwarna putih yang dibina khas dengan bendera Turki menutup penutup keranda.
Dan dari rekod rasmi ini, cerita jenazah Ataturk tidak diterima bumi muncul dan tersebar secara meluas di serata dunia termasuk di medan-medan ceramah. Dan bila memandang polisi pemerintahan Ataturk, maka tidak hairanlah bagaimana ia dapat dikaitkan sebagai satu kisah teladan yang menarik tetapi sumbernya goyah. Cerita sebenar kenapa kerajaan Turki menyemadikan sementara jenazah beliau di situ ialah mereka mahu membina satu kompleks pemakaman besar untuk Ataturk di atas bukit paling tinggi di Ankara pada ketika itu, Rasateppe. Memandangkan projek kompleks pemakaman yang dipanggil Anitkabir akan mengambil masa 15 tahun, maka pihak kerajaan memilih Muzium Etnografi Ankara sebagai tempat persemadian sementara beliau.
Hy
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
https://www.karyahati.com/20176926
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Upvote..
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Congratulations @mastamind! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :
You made your First Comment
You published your First Post
You made your First Vote
You got a First Vote
Award for the number of upvotes received
Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word
STOP
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit