Benarkah Jasad Ataturk Tak Diterima Bumi? (1)

in ataturk •  7 years ago 

Bila kita berbicara tentang Mustafa Kemal Ataturk, perkara-perkara yang terpacul dalam kepala kita ialah menghapuskan sistem kekhalifahan dan tindakan beliau pada institusi agama.

Namun cerita paling masyhur berkenaan beliau ialah jenazah beliau tidak diterima bumi kerana dosa-dosa yang dilakukan pada umat Islam.

Ini merupakan satu topik kontroversi yang sering diceritakan para agamawan di medan-medan ceramah tak kira masa atau tempat tetapi sudah tiba masanya untuk kita perbetulkan kisah ini supaya kebenaran diketahui semua.

Tahun-tahun Terakhir Ataturk

Pada tahun 1937, sudah timbul tanda-tanda kemerosotan kesihatan Ataturk. Pada awal tahun 1938, semasa melakukan lawatan ke Yalova, Turki, beliau ditimpa penyakit serius dan memerlukan rawatan doktor.

Selepas mendapat rawatan jangka pendek di Yalova di mana keadaan kesihatan beliau dilihat bertambah baik, Ataturk meneruskan lawatan seperti dirancang.

Namun, keadaan kesihatan beliau kembali merosot semasa melakukan perjalanan ke Ankara, Mersin dan Adana. Apabila beliau pulang semula ke Ankara pada Mei 1938, Ataturk dinasihatkan untuk berangkat ke Istanbul untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit beliau.

Hasil diagnosis yang dilakukan pakar perubatan mendapati beliau menghidap sirosis, sejenis penyakit hati yang mengakibatkan peningkatan dalam tisu berserat dan pemusnahan sel-sel hati. Dan ini sesuatu yang tidak mengejutkan kerana menurut rekod, Ataturk dikenali sebagai kaki botol, suka menari, bermain permainan kad dan perempuan.

Berikutan itu, beliau mengambil keputusan menjadikan Istana Dolmabahce, Istanbul, di sebelah utara bahagian Eropah Selat Bosphorus sebagai kediaman beliau.

Semasa bulan-bulan terakhir ini, walaupun dalam keadaan sakit yang teramat, Ataturk cuba meneruskan rutin harian seperti biasa.

Antara rutin beliau pada bulan-bulan tersebut ialah mempengerusikan mesyuarat Majlis Menteri-Menteri, menyelesaikan urusan berkenaan wilayah Hatay dan menjadi tuan rumah kepada Raja Carol II dari Romania semasa lawatan baginda ke Turki pada Jun 1938.

Namun, Ataturk dilihat jarang berdiri dan pada ketika itu, berehat di atas kapal layar Savarona sehingga akhir Julai 1938, di mana keadaan kesihatan beliau kembali merosot lalu dipindahkan ke satu bilik khas untuk beliau di Istana Dolmabahce.

Semasa di Dolmabahce, Ataturk koma pada September sebelum kembali tidak sedarkan diri pada 9 November. Pada tanggal 10 November 1938, beliau meninggal dunia pada usia 57 tahun dengan jam bilik tidurnya menunjukkan waktu kematian 9.05 pagi.

Pengebumian

Persiapan telah diatur oleh pihak berkuasa untuk menguruskan urusan pemakaman negara untuk Ataturk. Pada ketika itu, belum ada keputusan berkenaan tempat pemakaman. Sehari selepas kematian beliau, Parlimen Turki yang bersidang di Ankara melantik Ismet Inonu sebagai Presiden Republik Turki yang baru.

Pada mulanya, tidak ada keperluan untuk melakukan solat jenazah bagi Ataturk. Namun, Makbule Atadan, kakak kepada Ataturk, yang menetap di Dolmabahce selama beberapa hari sehingga hari kematian Ataturk, mendesak agar urusan tersebut dilakukan di sebuah masjid sebelum jenazah dibawa ke Ankara.

Akhirnya, Atadan diyakinkan oleh Presiden Jabatan Pengurusan Agama, Rifat Borekci bahawa solat jenazah juga seharusnya dilakukan di luar masjid.

Pada 19 November, pada jam 8.10 pagi waktu tempatan, solat jenazah Ataturk diimamkan oleh Profesor Serafettin Yaltkaya, Pengarah Institut Kajian Islam di mana ia dilakukan dalam Bahasa Turki dan bukan mengikut Bahasa Arab.

Semasa upacara berlangsung, sebarang usaha untuk mengambil gambar adalah tidak dibenarkan. Solat jenazah dihadiri oleh orang-orang yang rapat dengan beliau, beberapa orang jeneral, pegawai-pegawai agama, kakitangan istana dan Mejar Yasar Okur, seorang hafiz Al-Quran merangkap pegawai tentera yang berkhidmat bersama Ataturk selama 15 tahun.

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
https://www.karyahati.com/20176926

Diupvote ya..