Resepi Ayam Masak Tang Hoon!

in bahasa-malaysia •  6 years ago  (edited)

IMG_20180725_130749.JPG

Hi, apa khabar Steemians...

Hari ini saya akan berkongsikan satu resepi yang saya belajar dari "husband" saya :)... Untuk pengetahuan anda semua, "husband" saya lebih pandai memasak berbanding saya 😁...

Kemungkinan besar anda semua tahu dengan resepi ini tetapi tidak tahu memasaknya. So, dengan tidak membuang masa, mari kita belajar memasak :)

Bahan-bahan

  • 1/2 ayam
  • Halia
  • 3 ulas bawang putih
  • Black fungus
  • Sos tiram (Jenama meggie)
  • garam
  • minyak masak
  • kanji
  • ajinomoto
  • kicap soya ( saya guna kicap pekat soya cap ayam yang terkenal di Sabah)
  • Tang hoon (rujuk pada gambar dibawah.

IMG_20180725_135212.JPG
Saya suka jenis tang hoon ini

Penyediaan bahan

  1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil.
  2. Hiriskan halia dan bawang putih.
  3. Bersihkan black fungus dan potong secara memanjang.
  4. Keluarkan tang hoon dari bekasnya kemudian cuci dengan air bersih.

Cara-cara memasak

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
  2. Kemudian tumiskan halia dan bawang putih.
  3. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan gaul selama 3 atau 4 minit.
  4. Masukkan sedikit garam dan ajinomoto (ikut cita-rasa anda)
  5. Masukkan sedikit kicap kemudian gaul sehingga rata.
  6. Masukkan 1 mangkuk air dan tutup kuali itu.
  7. Periksa kuali itu, masukkan tang hoon apabila minyak mula naik.
  8. Masukkan sedikit sos tiram. (cuba rasa jika terlalu masin,letakkan sedikit gula.)
  9. Letakkan sedikit air jika anda suka makanan yang berkuah.
  10. Jika sudah mendidih, letakkan sedikit kanji yang dicampur dengan air agar kuah itu pekat.
  11. Jika sudah mendidih, tutup api dan letakkan ke dalam bekas lauk.
  12. Hidangkan dengan nasi putih. Sedap dimakan semasa lauk itu panas.

Nampak macam rumit kan? Tetapi resepi ini sangat mudah untuk dipelajari. Semoga anda berjaya memasaknya.

Sekian dan terima kasih :)

@arwine <br /><center><hr/><em>Posted from my blog with <a href='https://wordpress.org/plugins/steempress/'>SteemPress</a> : http://arwine.vornix.blog/2018/07/25/resepi-ayam-masak-tang-hoon/ </em><hr/></center>

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Hai, halo @arwine! Kami sudah resteem ke 7627 follower.. :-, (Sebagian kontribusi kami sebagai witness pada komunitas Steemit Indonesia.)

Kesukaanku😉😉😉

Posted using Partiko Android

Sedapnya...mau test o 😋

Ya, boleh cuba masak.. senang saja masak nie.. :)

Haha iya sudah sy cuba td 😆...

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness