Pilihan antara Windows atau Apple | Mana yang terbaik?

in bahasa •  4 years ago 

Mac-or-a-PC-1280x720.jpg

Pilihan antara Windows atau Apple | Mana yang terbaik?
Post kali ini saya cuba share pengalaman saya dalam menggunakan
kedua-dua system ini dan apakah system yang saya guna dalam proses
rakaman audio dan juga lain-lain.

PC
saya boleh dikatakan juga sebagai pengguna PC tapi itu pada waktu
dahulu dan pada masa itu saya banyak menggunakan PC untuk kegunaan
editing gambar yang sederhana ringan sahaja, bukan heavy editing.
Selain daripada itu, saya pernah juga menggunakan pc untuk tujuan
rakaman audio dan ianya bagus. Cuma selepas beberapa waktu dalam
menggunakan pc, saya merasakan ianya lama kelamaan menjadi slow,
cepat panas dan serangan virus selalu terjadi, apa lagi jika selalu
menggunakan internet.

Apple
Setelah bertukar kepada macbook pro, saya merasakan system macos sangat smooth dan ianya simple berbanding windows. Saya bertukar ke macos ini adalah disebabkan saya banyak berkerja untuk merakam dan juga mengedit audio. Dengan penggunaan macos ini, saya merasakan ianya sangat smooth dan saya juga tidak risau kepada serangan virus daripada internet dan juga pendrive yang kita gunakan.

Mana yang baik?
OK! semua ini adalah berdasarkan pengalaman seseorang juga untuk memilih mana satu pilihan mereka. Tapi jika ditanyakan kepada saya, saya akan memilih macos kerana ianya dapat digunakan bertahun-tahun tanpa update hardware dan Operating system dan masih boleh membuat kerja yang berat. Manakala windows pula, ianya mempunyai maintainance yang tinggi dan cepat outdated. Apa-apa pun, pilihan terletak daripada anda dan ini cuma perkongsian umum daripada saya.

#Resteem #follow #upvote

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!