26 April 2018 | Hari Cuti Yang Tidak Berapa Berkualiti

in bm •  7 years ago  (edited)

IMG_20180426_211702.jpg

SI JORDAN | SELFIE-STICK | INSURANS

"siok bah hari ni" dalam bahasa sabah yang bermaksud hari yang berbunyi meriah.Salah satu cuti aku pada bulan ni jatuh pada 26/4/2018 jadi aku menghabiskan masa aku untuk berjalan bersama rakan band aku. Selalunya,aku menghabiskan cuti aku dengan grab driving tapi hari ni kira mcm cheat day aku lah kan. Apa pun,sedap hati ni mo buat blog untuk sekadar share pengalaman yang tidaklah seberapa hebat mana pun.Mari kita mulakan dengan senyuman serta akal yang tidak berapa cun dan keliru macamana mahu mula. hahaha

Hari tu, jordan selaku rakan dan juga guitaris band aku, tidur di rumah aku dengan niat mahu bercerita tapi ketibaannya pada jam 1.00am telah mengundang diri suci aku yang mengantuk lalu terbantutlah niat mahu bercerita. Esoknya pula,seawal jam 9 pagi kami sudah bangun lalu sambung bercerita kosong dan aku teringat akan janji aku dengan ejen insurans pada jam 1 tengahari di lido plaza,penampang.Lalu kami bersiap secara mandian kerbau, asal wangi jangan hilang keyakinan diri.Sedang kami mahu bergerak ke kereta,aku ternampak selfie-stick aku di luar rumah,lama juga benda ni hilang dari pandangan aku,kemungkinan anak buah aku buat macam golf stick selama ni.Sebelum masuk kereta, kami memanfaatkan beberapa ketika sementara aku memanaskan enjin kereta dan ini hasil nya :

!

asdasd.png

Meredah suasana kesesakan jalan raya di area penampang memang bukan sesuatu yang diidamkan oleh semua pemandu.Dimana lagi pembinaan fly- over yang baru muncul di Sabah ni,bertambahlah sesak jalan raya sebab banyak jalan raya diperkecilkan laluannya atas sebab pembinaan.Kon berterbangan di sana sini disebabkan angin lah, kereta buta bumperlah dan bermacam logik lagilah yang dapat kamu fikir.hahaha.Setibanya di Lido Plaza, kami bertandang ke B Side Cafe,fuiyooo minuman lemon yang boleh aku kasih habis seteguk 1 go pun bernilai rm9.00, aku tidak faham lah ejen aku ni,mahu tempat yang sunyi tapi dia tidak inform pun aku yang tempat ni mahal, kalau aku tahu, aku bawa jak minuman air kosong dari rumah.Lebih dari 2 jam kami bercerita, si jordan dengan laptopnya , aku pula dengan ejen insuran tengah bincang untuk sesuatu "biarlah rahsia- siti nurhaliza" . Jordan ada bisik aku beberapa hari yang lalu,bilangnya mahu melihat sunset dari atas kokol, dalam fikiran aku pula , "budak ni luaran gaya macam samseng afrika tapi ada taman macam M daud kilau di dalam hati" haha sinis juga kata hati aku ni tapi sebenarnya, aku pun lama sudah kepingin mahu melihat sunset. Setelah siap dikempen insurans,aku menutup perbincangan kami dengan ayat " ok ba, apa pun aku bincang dulu sama bini aku ah" , aku kan suami mithali.hahaha

MARVEL| KOMPUTER YANG ROSAK | TOMMY LEWAT

Masa mencemburui kami,berita buruk aku dan jordan, disebabkan ada pembeli yang mahu membeli komputer jordan,kami terpaksa batalkan niat sunset kami dan terus ke rumah si pembeli yang jauhnya boleh tahan,kalau jalan kaki mesti boleh patah kaki,haha. Tapi berita baiknya,kami akan menukarkan acara sunset ke acara nonton movie baru ,Avengers-infinity War.-

Trailer yang diambil dari Youtube

Sabar,belum sampai lagi ke sana, aku sambung dulu cerita pembeli ni.Setibanya di rumah si pembeli tu, jordan beria ria gatal tangan bagai ada duit ribu ribu mahu masuk ke poket,kami membawa komputer tu masuk ke rumah si pembeli dan memasang untuk tujuan screen,running test sebelum dibeli.Sebaik sahaja plug komputer disambungkan dan turn on. POP!, satu bunyi sedap yang kami percaya dari power supply komputer si jordan. i tell u ah this time, jordan punya muka yang tadi macam brad pit tiba-tiba bertukar macam muka Jackie Chan.Kecewanya jordan tidak terkata,si pembeli pun turut bersedih tapi apa kan daya, item rosak mana boleh jual. Apa pun, pandai pandai lah mereka buat aturan baru.Naah, ni gambar mangsa.

IMG-20180426-WA0019.jpeg
Rasa yang rapuh di hati-Jordan

Jam menunjukkan sudah pukul 8.30pm, terkejut beruk kami lalu kami bergegas ke GSC,shopping mall suria sabah untuk adegan seterusnya iaitu menonton AVENGERS-INFINITY WARS pada jam 9.30pm.Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke shooping mall,kami menerima panggilan dari Rafi aziz selaku drummer band aku,"oi,mana kamu? aku sudah 1 jam di mall ni",nada nada merajuk si Rafi. Tambahan lagi,kami boleh dikatakan 60% die hard fans Marvel.Kenapa 60%? , sebab 60% jak yang kami tahu jalan ceritanya,haha tidak lawak.Berbeza dengan Jordan,beliau mungkin berkelebihan 80% pasal beliau selalu membocorkan cerita marvel sebelum kami menontonnya,sial la.Jam menunjukkan sudah hampir 9.15pm dan satu lagi peserta belum tiba iaitu Tommy selaku soundman kami,individu yang diam,mcm tiada guna tapi sebenarnya,kuat main,berpengalaman dalam bidang musik.Jadi akibat dia lambat, aku cuma mengambil potret kami bertiga,tpaksa abaikan si Tommy yang lambat. naaahh,makan kalian wajah-wajah kronis dari kami.

Dari kiri, Jordan,AKU dan Rafi. *tiada dalam gambar,TOMMY (Lambat)

Wau!,sudah selesai menonton cerita infintiy wars.ok, mari saya ceritakan.Bermulanya Tony Stark dan Steve rogers berkenalan dengan saya dan menjadikan saya sebagai next superhero marvel,haha.Kepala hotak kalian,kalau nak,pergila tonton sendiri,haha.Jam menunjukkan 12.30am,patut tiba masa untuk tidur sudah ni.Kami bergegas balik dan kali ni,Jordan tidak ikut saya ke rumah, dia ikut Rafi.Saya berharap mereka tidak menjadi pasangan kunyit,haha. Setibanya di rumah, saya langsung mandi sebab badan sudah melekit.Selesai mandi,saya terus tidur, maklumlah sudah sehari suntuk berjalan.Robot pun akan lowbat kalau macam tu.Demikian lah apa yang terjadi semasa cuti saya 26 April 2018 yang boleh dikatakan cuti saya yang agak malas dan tidak produktif.

IMG_20180426_211702.jpg

NUKILAN MEREPEK SEKADAR BERKONGSI CERITA

Terima kasih atas kesudian kalian untuk membaca benda-benda yang tak berapa bermanfaat ini.Harap-Harap tiada yang termuntah.

Sehingga berjumpa lagi,
@eyonlapar

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Congratulations! This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by eyonlapar from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, theprophet0, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows. Please find us at the Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel. It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.

If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.

Your Post Has Been Featured on @Resteemable!
Feature any Steemit post using resteemit.com!
How It Works:
1. Take Any Steemit URL
2. Erase https://
3. Type re
Get Featured Instantly & Featured Posts are voted every 2.4hrs
Join the Curation Team Here | Vote Resteemable for Witness