AKU PENGUNDI | RASA LEGA

in bm •  7 years ago  (edited)

Undi Itu Wajib

Mengundi itu wajib untuk masa hadapan negara kita.
Itulah yang dikatakan oleh parents aku bila mereka paksa aku daftar 2 tahun lepas. Ternyata benar dan aku akui,aku sangat berbangga dapat mengundi dan berasa diri ini sudah tua. haha

eyon, pergilah kau mendaftar sebagai pengundi
Penting itu untuk masa depan

IMG_20180509_212834.JPG

Pagi buta lagi, semangat bapa aku sangat overwhelming,bertemankan sahabat sahabatnya yang rapat ,dia pergi meninggalkan aku dan ibu aku yang bercadang hendak pergi di sebelah petang.Lantaklah dia, yang penting dia gembira. Adik-adik aku pula sendirian berhad, beranggap diri mereka sudah matang.Namun, setibanya di tempat mengundi, masing-masing dengan aplikasi whatsappnya menanya bagaimanakah langkah-langkah mengundi,hahaha. Ingatkan sudah penuh ilmu di dada mahu bergerak sendirian,tak mengapa asal mereka sudah tahu dan ini adalah tahun pertama mereka.Diharap mereka pilih yang betul.

Pagi yang indah untuk mengundi
Masing-masing sudah siap dengan pilihan

2.30 petang 9 Mei 2018, aku mengangkat kunci kereta dan memanggil kuat ibu aku, tidak dijawab panggilan ku, aku ingatkan sudah tidur, rupanya sudah berada di luar dengan jiran,bercerita bagai burung pipit, haha. Aku ,ibu dan adik bongsu aku bergerak ke Srk Lok Yuk inanam.Setibanya di sana, ternyata masih ramai pengundi,ini tanda yang bagus. Selepas mendaftar, aku diarahkan oleh petugas untuk ke lorong 4, "waaa,pendeknya barisan",bisikku di kepala. Sekalinya, ibu ku berada di lorong 3 yang panjangnya bagai ular sawa kekenyangan. Selepas siap,aku terpaksa mnunggu ibuku untuk siap.Bukan alang-alang, hampir dua jam aku duduk di pondok.Kalau ada bantal,memang sah aku tidur.

IMG_20180509_212926.JPGAku,Adik Dan Ibu Yang Comel

IMG_20180509_212856.JPG

4.30 petang 9 Mei 2018,syukur sudah selesai. Aku membawa ibuku dan adikku berjalan ke supermarket untuk membeli barangan rumah.Selepas siap, rakanku menelefon untuk bawa ke bundle, "mencari kasut kita" katanya. Apa lagi aku, selepas sahaja menghantar adik dan ibuku, "langsung jalann terus ehhhhhh". Ke likas, Ke inanam , malang tidak berbau. Kasut satu pun tidak melekat padat di kepala,gagal segala niat.

8 malam 9 Mei 2018 : "krukkkkkkkk" perut kami berbunyi, pilihan utama adalah kedai mamak "halifah" ,sistem wifi yang menggunakan UNIFI sangat terbaik!,
Dan kami makan secara gembira dan happy bila terdapat segelintir kawan-kawan di sana.

IMG_20180509_214125.JPG Bersama rakan rakan yang besar badan, kelihatan @arjimi gembira di hujung

Demikianlah cerita olahan bagai kanak kanak riang yang saya dapat coretkan.

Marilah kita harapkan yang terbaik untuk PRU14 untuk Malaysia kali ini.

Sehingga jumpa lagi,

@eyonlapar

giphy.gif

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

i goint to visit this city

Yup, you should.

tnxxx

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Your Post Has Been Featured on @Resteemable!
Feature any Steemit post using resteemit.com!
How It Works:
1. Take Any Steemit URL
2. Erase https://
3. Type re
Get Featured Instantly & Featured Posts are voted every 2.4hrs
Join the Curation Team Here | Vote Resteemable for Witness