Kesenian pergerakan pemimpin orchestra atau Orchestra Conductor semasa memimpin orchestra memainkan peranan penting dalam menentukan gabungan peralatan muzik yang dimainkan menjadi sangat menarik dan mencipta satu suasana bunyi seperti gambaran penceritaan sebuah cerita. Setiap karya atau lagu yang dimainkan tentunya mempunyai cerita yang hendak disampaikan melalui susunan muzik,melodi dan senikata yang digarapkan.
Walau pun pada asasnya pergerakan tangan konduktor ialah (time signature 4/4)
tetapi apabila pergerakan yang berbeza akan memberi kesan yang berbeza
contoh 1 :
contoh 2 :
Dari 2 contoh di atas dapat digambarkan contoh 1 bunyi orchestra yang kuat kerana bentuk yang besar dan sudah tentu tempo lagu yang agak perlahan dan kesan bunyi yang lebih emotional. Contoh lagu cinta yang mendayu-dayu.
Dari contoh 2 pula bunyi yang lebih aggresif bagi mendapatkan kesan bunyi yang pendek dan tajam. Bentuk yang lebih kecil menandakan tempo lagu yang cepat dan memberi kesan bunyi yang bersemangat. Contoh lagu patriotic.
Ini jelas menunjukan pergerakan Konduktor atau Pemimpin orchestra mampu membawa lagu kearah penceritaan yang lebih jelas.