Cinta Dibalik Niqab

in cerita β€’Β  7 years agoΒ 

Cinta Di Balik Niqab
Oleh : Muhajir At-Thahiri UM (Tgk Chekk)
πŸ˜‰
Sore hari, langkah kaki Cici Rosaliaa terhenti, di depan toko buku.
Dia berpaling, memang dari tadi, dari dalam toko buku, lagi dia perasaan ada seorang jejaka mengekorinya, tak rapat, tapi, pandangan mata seorang lelaki senang saja dikesan memerhatikannya.

"Okela, Antum nak apa dari Ana ?"
Lelaki itu pura-pura tak dengar pada mulanya, tapi, akhirnya mengalah, menghampiri Cici berniqab hitam.
"Hati-hati, jaga jarak". Kata Cici
"Ingat tak, saya kawan Antum di Facebook, selalu tengok Antum post masalah hijrah atawa niqab tu".
Lelaki itu memperkenalkan diri.
Cici cuma diam, mengangguk.
"Oke, Ana nak pergi".
Tapi, lelaki itu cepat-cepat menghalangnya.
"Ada apa lagi ?". Cici segera bertanya, ia pun rasa cemas, ya lah, orang tak dikenali, kawan di media sosial hanya semudah tekan add, bukan kenal pun, tak pernah bercakap, pernahlah tengok lelaki itu singgah dikolom komen, tapi sekadar itu saja.
Lalu lelaki itu berkata :
"Ana tersentuh hati dengan Antum, boleh tak kalau Ana nak teruskan lebih lanjut kenali Antum ?".
Cici terdiam seketika, keningnya berkerut, tapi lelaki itu tak nampak pun ekspresi mukanya, dia masam atau senyum, tak dapat diagak dengan tepat.
"Untuk ?". Cici bertanya.
"Untuk jadikan Antum pedamping hidup Ana kalau Antum bersedia".
Cici terpana seketika, diam lagi.

"Kenapa saya ?". Cici coba meminta alasan lelaki di hadapannya itu.
Lelaki itu nampak tenang dalam ungkapannya, tapi lelaki itu tidak menjawab, hanya senyum.
"Tak bolehkah Ana berterus-terang gini ?" Dipantulkan kembali persoalan.
Ah.....Berbelit-belit, Cici mulai bengang dalam hati, lantas menjawab.
"Maaf, Ana pun boleh terus-terang, Adakah sebab niqab yang Ana pakai ini menjadikan Ana nampak menarik, lalu Antum tertarik pada penampilan luaran Ana, Adakah kerana kesilapan Ana upload gambar niqab di media sosial, itu pun untuk tujuan sales, buat Antum suka pada luaran Ana, Antum jangan ingat, ada wajah yang cantik di sebalik niqab ini. Tidak, Ana pakai bukan sebab Ana seorang yang cantik, Ana biasa-biasa saja, ini cuma pakaian, jadi Ana nak Antum jelas di sini, Ana pakai bukan kerana nak nampak cantik, tapi, sebab Ana nak latih diri jadi lebih baik, biarlah Ana ajar malu pada pakaian yang Ana pakai, kemudian lama-lama Ana semakin malu pada Allah yang menjadikan Ana, hinggalah tahap tertinggi, ikhlas penuh di dalam hati".

Lelaki itu terdiam seketika mendengar bebelan Cici, Lantas tersenyum.
"Jadi, jawaban Antum, membuatkan Ana makin yakin, Antumlah pilihan hati Ana".
Cici makin terkejut, dia tak tau harus bilang apa,
Lantas Cici membuka niqabnya, menunjukkan wajah di balik tirai hitam itu.
"Inilah Ana, puas hati Antum sekarang ?".
Ditutup kembali, lantas berpaling pergi dari situ. Lelaki itu sekali lagi menghalangnya.
"Maaf, bukan kerana rupa, bukan kerana itu, tapi kerana hati ini telah condong kepada diri Antum, tulus".
Lelaki itu mengeluarkan gambarnya, dengan alamat dan biodata tertulis lengkap di belakang gambar.
"Serahkan ini semua pada orang tua Antum, katakan pada mereka, jika mereka izin, Ana nak datang ke rumah bicara dengan lebih lanjut.
Baik, Ana pergi dulu, maaf menggangu Antum, mungkin cara ini tak baik, tapi Ana serius tak tahu bagaimana nak sampaikan kepada keluarga Antum, minta maaf sekali lagi".
Lelaki itu berlalu.

Akhirnya Cici penasaran dengan laki-laki itu, Cici sudah mulai memiliki perasaan padanya.
Ya.....Mungkin inilah namanya "CINTA".
😊😊😊😊😊
_Cuma Cerita.
Salam kami Santri DNI. image

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!