kenapa blockchain masih lagi tidak karam setelah kejatuhan pada akhir 2018 - #dq73

in cryptocurrency •  6 years ago  (edited)

Bermula pada November 2018, Penurunan harga Bitcoin secara mendadak menyebabkan ramai antara Investor yang berputus asa dan beranggapan bahawa bitcoin adalah suatu yang gagal. Disebalik kejatuhan harga yang amat ketara ini sehingga 70% penurunan harga cryptocurrency, Ada segelintir masyarakat yang berpendapat masih lagi ada sinar untuk cryptocurrency ini.

Sila baca di bawah...


||Home||

|Website|Twitter|Facebook|Telegram|Tumblr| Tradingview|



Decentralize application

ico

Terdapat 21B USD jumlah terkumpul untuk tahun 2018 sahaja Pengumpulan dana daripada ICO. dan 6B USD pada tahun 2017. Jika kita gali project cryptocurrency yang telah membuat ICO pada sekitar lewat 2017 dan tahun 2018, kita dapati Roadmap mereka masih lagi belum sampai kematangan untuk jalankan sepenuhnya ataupun dengan erti kata lain masih lagi diperingkat pembangunan. Jika ada sekalipun, project2 dapps (decentralize application) kebiasaan di peringkat BETA, atau peringkat testing yang boleh digunakan pada peringkat umum.

Apakah ICO

Mungkin ramai lagi tidak tahu apakah itu ICO. Sebuah syarikat yang ingin mencipta duit syiling, aplikasi, atau perkhidmatan baru akan melancarkan ICO. Seterusnya, pelabur yang berminat membeli dalam tawaran itu, sama ada dengan mata wang fiat atau dengan token digital yang sedia ada seperti ether. Sebagai balasan untuk pelaburan mereka, pelabur menerima token kriptocurrency baru khusus untuk digunakan pada ICO. Harapan pelabur bahawa token tersebut akan memberikan mereka pulangan ke atas pelaburan mereka. Syarikat yang memegang ICO menggunakan dana pelabur sebagai cara untuk meneruskan matlamatnya, melancarkan produknya, atau memulakan mata wang digitalnya.

Berdasarkan carta di atas kita lihat pelbagai ICO dan juga dana untuk projek-projek decentralize apps (dapps). dalam project ini ada yang tersangkut dipertengahan jalan dan ada juga yang sudah sampai peringkat Beta (testing).

Top 3 project ICO yang akan success selepas kejatuhan Bitcoin 2019

1. EOS

EOS adalah rekod terbesar dana yang berjaya dikumpulkan dalam ICO setakat 2019.EOS yang diperkenalkan oleh Dan Larimer yang cukup lama dalam bidang cryptocurrency selaian project bitshares dan juga steem membuatkan ramai community tertarik dalam project EOS ini. EOSIO adalah suatu platform seperti ethereum dimana developer boleh membina project mereka melalui platform ini.

Seperti mana yang berlaku pada ethereum, dimana beribu- ribu ICO dan juga project yang telah berjalan dalam platform smart contract ethereum. Jadi tidak mustahil untuk EOS juga kehadapan kerana buat masa sekarang juga sudah banyak decentralize application (Dapps) yang dibini di atas platform EOS ini. Boleh baca artikel EOS link disini.

contoh : project yang menarik terbina di atas paltform EOS adalah

Everipedia

Ditubuhkan pada Disember 2014, laman web ini dilancarkan pada bulan Januari 2015 sebagai fork, Wikipedia.Sehingga Oktober 2017, majoriti halaman Everipedia adalah salinan artikel daripada Wikipedia.

Terdiri daripada gabungan perkataan “everything” dan “encyclopedia”. Everipedia bertujuan untuk membina ensiklopedia dalam talian yang paling mudah diakses, dan tidak semestinya sebagai Wikipedia. Everipedia menyesuaikan elemen media sosial seperti membolehkan selebriti berkomunikasi dengan peminat. dan membolehkan pengguna membuat halaman pada mana-mana topik.

Syarikat itu menggunakan teknologi blockchain EOS dan token cryptocurrency yang dipanggil IQ menggalakkan pengguna menjana maklumat. Salah satu matlamat syarikat adalah untuk menghentikan negara-negara tertentu daripada menyekat kandungannya dengan penyepaduan model blockchain. Everipedia melancarkan blok EOS pada 9 Ogos 2018.

2. Basic token Attention (BAT)

Berdasarkan pemerhatian saya Basic Token Attention (BAT) ni antara yang serius untuk membangunkan project ICO mereka. Bertujuan untuk menghapuskan Middle Man (orang tengah yang meraih untung terhadap publisher dan juga advertiser dengan cara yang lebih effektif. BAT menggunakan brave browser sebagai kaedah untuk memberi keadilan antara publiser, advertiser, dan juga users. Sekarang brave berada peringkat testing untuk tips User dan juga advertise. Apa yang saya perhatikan, progression mereka sangatlah baik. jadi tidak mustahil untuk project ini berjaya. boleh baca artikel lagi tentang brave link disini.

BAT ini dibina di atas blockchain ethereum. Boleh dikatakan ICO yang paling berjaya pada tahun 2017. ICO untuk BAT ini dapat meraih sebanyak 35mil USD dalam masa 30 saat. berkemungkinan besar impression orang awam terhadap Founder, Brendan Eich yang juga seorang tokoh hebat dalam bidang IT yang memperkenalkan Java Scrypt dan juga Firefox browser. Sepanjang saya mengikuti brave browser yang diperkenalkan oleh Basic token attention ini sangat progressif pembangunannya. pada peringkat awalnya. browser ini sangatlah lembap, memerlukan ram pc yang agak besar supaya tidak hang. semakin update, semakin bertambah baik dan juga boleh menggunakan chrome extention untuk mempelbagaikan kegunaan browser seperti yang terdapat pada Opera browser, Firefox, dan juga chrome browser.

3. MobileGo

GameCredits, yang telah mencipta kedai online permainan mudah alih pertama untuk menerima mata wang digital, berjaya menghasilkan $53 juta ICO yang bermula pada akhir April dan berakhir pada 24 Mei 2017.

Daripada 53 juta USD yang dikeluarkan, 50 peratus akan pergi ke pemasaran. Dengan mendapatkan token MGO, para pelabur boleh dapat pendedahan terhadap pasaran permainan mobile, yang kini menjadi segmen paling bertumbuh dalam pasaran permainan global.

Jika anda lihat perkembangan dalam industri mobile game pesat membangun. tidak kira peringkat umur, tua dan muda lelaki atau perempaun. masing giat bermain game. seperti mobile lagend dan juga PUBG. persoalannya adakah sampai MobileGo ini ke tahap industri game popular seperti ini.

4. Kin Messenger

Kik adalah system pesanan ringkas seperti whatsapp, telegram dan juga wechat dengan lebih daripada 300 juta pengguna di seluruh dunia yang bermula pada tahun 2009. Demografi utama adalah orang dewasa dan mempunyai penekanan terhadap privasi pengguna. Daripada Kik lahir lah pula Kin yang dihasilkan berintegrasi dengan blockchain.

Jualan Kin ICO berlangsung selama dua minggu, mulai 12 Sept hingga 26 Sept, 2017 Hakikat bahawa Kin hanya boleh dibeli dengan ETH.

Kik mempunyai sejarah tersendiri dalam mata wang digital. Mereka melaksanakan point Kik, mata wang digital dalam kik messenger dengan citarasa yang hampir sama dengan WeChat, dalam tempoh 2.5 tahun bermula pada tahun 2015. Pada masa itu pengguna menyempurnakan lebih daripada 253 juta tawaran dan membelanjakan mata mereka pada 74 juta pembelian. Menurut papan putih, jumlah urus niaga harian purata ialah 300,000 dengan puncak sebanyak 2.6 juta. Yang penting, system Point Kik menunjukkan bahawa pengguna tidak perlu menggunakan teknologi untuk menggunakan mata wang digital.

Pada asasnya, kita membuat wang dengan mengambil bahagian. Kita sebenarnya boleh boleh mendapatkan Kin dengan mencipta content yang berharga, dan melalui penawaran barangan & perkhidmatan digital kepada orang lain dalam komuniti kin. Anda kemudian boleh membelanjakan Kin anda pada produk, perkhidmatan atau barang berharga lain pada platform yang dibina oleh ahli komuniti lain.

Tipping atau memberi hadiah kepada seseorang

Gambarajah menunjukkan bagaimana Coin Kin digunakan untuk tipping kepada suatu admin dalam sebuah kumpulan. telah diperkenalkan pada tahun 2018 untuk features ini. dan akan diperluas lagi penggunaannya dari semasa ke semasa.

Rancangan awal untuk Kin adalah untuk itu berdasarkan kepada standard Ethereum ERC-20. Sejak ICO mereka bagaimanapun, Kik telah mengumumkan bahawa mereka merancang untuk berpindah ke rangkaian Stellar untuk menangani masalah kesesakan yang terdapat dalam blokcchain ethereum.

Sebuah project ICO yang hebat walaupun antara kita sendiri tidak mengenali KIK dan juga munculnya Messenger- messenger yang lain seperti snapchat dan juga lain telah menenggelamkan KIK. Kin adalah antara product Messenger yang patut kita ikuti kerana company background yang sudah berjaya menghidupkan kik sejak tahun 2009 lagi.

5. TenX

Base company ini adalah berasal dari singapura. TenX ini mengfokuskan pada penggunaan cryptocurrency pada dunia nyata. dengan memperkenalkan card. Anda boleh menggunakan cryptocurrency yang sedia ada dalam system mereka.

Misi TenX adalah untuk membolehkan cryptocurrency digunakan secara segera

TenX mendirikan system didalam Comit Network untuk membolehkan mereka menghubungkan cryptocurrency lain ke dalam sebuah system mereka.

Yuran & Ganjaran Tenx

TenX tidak mempunyai yuran transaksi. Anda hanya dikenakan caj satu kali sebanyak $ 15 untuk kad fizikal dan $ 1.50 untuk kad digital. Juga tidak ada yuran tahunan untuk menggunakan kad melainkan jika anda membelanjakan kurang daripada $ 1000 dalam setahun. Sekiranya anda tidak mencapai tahap minimum, anda akan membayar $ 10.

Whitepaper asal menggariskan program ganjaran untuk pemegang dan pengguna TenX. Ia menyatakan bahawa anda mempunyai dua cara untuk mendapatkan ganjaran:

  • Memegang token PAY
  • Menggunakan kad TenX

Pemegang token PAY akan menerima Ethereum dengan setiap transaksi pada rangkaian TenX. Syarikat itu akan membayar 0.5% daripada jumlah urus niaga agregat bulanan kepada pemegang PAY. Apabila jumlah rangkaian dan urusniaga meningkat, pembayaran ini akan berlaku lebih kerap dengan matlamat menjadi pembayaran setiap jam.

Sama seperti kebanyakan kad kredit, anda juga akan menerima ganjaran 0.1% setiap kali anda menggunakan kad Tenx.

Jika diperhatikan sudah banyak project debitcard dengan menggunakan Mastercard dan juga Visa, namum kebanyakkan hancur ditengah jalan. Persoalannya adakah TenX berjaya untuk merialisasikan project ini. bergantung kepada masa.

Ulasan

Industri blockchain ini masih lagi mentah dan sedang pembuat pemadanan dengan perubahan zaman teknology sekarang. Kenapa project ICO akan berjaya? kerana. sudah tentu jika ICO itu berada dijalan yang betul dan tidak mempunyai unsur scam dan profile board director mereka bagus, tidak mustahil untuk project mereka berjaya. Jika kita faham maksud ICO, kita sendiri tahu ia adalah modal orang awam. Andai kita berada pada pihak yang betul, sudah semestinya tangggungjawab mereka untuk memajukan project ICO yang mereka keluarkan. Jika tidak reputasi mereka juga terjejas. dan sebaliknya jika kita tersalah memilih ICO, jahanam la duit kita. Lihat artikel tentang ICO disini.

Dunia masih lagi menilai keupayaan cyptocurrency untuk melangkah ke hadapan. tetapi perkara ini tidak boleh kita tolak bulat- bulat kerana didalam cryptocurrency, kedua – dua pihak kan peroleh keuntungan, baik belah pihak pengguna dan juga pihak pengurusan cryptocurrency itu sendiri.


terimakasihgif-steemit.gif

"doqspro - Media Bitcoin & Cryptocurrency di Malaysia"

s6-06.jpg


Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Congratulations @doqspro! You received a personal award!

Happy Birthday! - You are on the Steem blockchain for 2 years!

You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking

Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!