Untuk mereka yang plan mau naik dan juga untuk peringatan diri sendiri yg naik bulan depan utk kali ke-2. Sorry post ne panjanggggg... 😅
Jgn bawa banyak barang. Utk pakaian, cukuplah sekadar bawa satu wind breaker, satu dry fit shirt, satu tracksuit, satu beanie, satu headlight, sepasang stoking tebal & glove tebal. Semua ni untuk kegunaan mendaki puncak dari Laban Rata.
Makanan pula bawa yg ringan2 tapi manis seperti chocolate cadbury & snickers. Utk air, bawalah 100plus 1.5ml (sa sarankan yg 100 PLUS ACTIV yg x carbonated tu utk hindarkan bloating stomach) & air kosong 1.5ml (sa sarankan MINERAL bukan RO). Air kosong tu sa campur ORS awal2 di Timpohon. Berapa bnyk mo bawa? Ikut nafsu sendiri. Tuari sa bawa satu 100plus sma satu mineral water ja. Di Laban Rata buli refill air masak. Ada cerek elektrik disediakan di asrama. Tp kena tunggu giliran.
Jgn lupa ubat-ubatan. Tab. Stemetil bagi mengurangkan loya disebabkan altitude sickness, Tab. Paracetamol untuk melegakan sakit otot. Bancuhan ORS sgt penting bg mengembalikan elektrolit badan.
Kctau kumpulan masing2 utk berkumpul awal di Kinabalu Park. Sbb banyak barang mau settle. Pendaftaran, taklimat ringkas dll. Supaya kamu tidak kehilangan banyak masa. Perjalanan dari kaunter Kinabalu Park ke Timpohon mengambil masa dalam 30 minit guna van yg disediakan. Mulakan pendakian seawal yg mungkin supaya member2 yg jenis lambat tidak tergopoh gapah & terkejar2 masa.
Pakaian semasa mendaki dari Timpohon saya syorkan seluar pendek & baju dry fit sahaja kerana suhu tidak berapa sejuk dan kamu mudah bergerak serta tidak berat. Kasut apa2 pun bole asal tapak kuat cengkam serta selesa dipakai. 😅 Saya sarankan kamurang sewa tongkat untuk kemudahan dan menjadi “kaki ketiga”.
Semasa mendaki dari Timpohon, salah satu petua dari guide adalah “Kecilkan langkah. Kalau naik tangga tu kasi palan2. Pijak batu2 kecil di antara jarak satu tangga sebab jurang antara tangga ada yang besar. Jadi cari batu kecil di pertengahan untk memudahkan dan mengecilkan langkah.” Bagi laluan dengan malim gunung, kasian durang angkat barang berat2.
8 ) Setiap satu kilometer ada perhentian (“hut”). Pastikan berkumpul dalam kumpulan masing2. Makanlah snacks yg dibawa dan minum sedikit2. Jangan minum berabis, nanti kamurang cpt cramp. Kasi basah tekak saja. Bagi yang besigup (merokok), kalau boleh tahan, jangan setiap perhentian ko pi besigup ar. Sa cuma besigup di Layang-layang Hut ja. Kc spare baitu paru2 utk oksigen. 😁 Jangan mulut celupar! Ada satu perhentian sangat “keras”. Nda tau kilometer ke berapa. Macam di Paka Shelter yg ada tangki hitam siring jalan.
Bermula dari layang-layang hut, iklim sudah mula berubah. Ada yg akan merasa pening & loya disebabkan altitude sickness. Petua sa, “TARIK NAFAS PERLAHAN TAPI DALAM”. Masa ni la kamurang perlu control pernafasan kamurang betul2. Muka bumi yg mulai mencuram, kelicinan disebabkan embun & perubahan suhu akan merumitkan lagi pendakian apalagi kalau berhujan. Masa ni bibir serta hujung jari akan pucat dan membiru.
Sampai saja di Laban Rata, tolong laporkan diri di kaunter (entah apa nama dia, sa lupa). Jadi kamurang akan ditempatkan bersama ahli kumpulan sendiri mengikut warna tag nama.
Perjalanan dari Timpohon mengambil masa dalam 6-8 jam. Bagi yg lugai2 macam sa, ambil masa 8 jam jd sampai di Laban Rata dalam pukul 4-5pm. Sampai di bilik, kemaskan tempat tidur. Pastikan barangan berharga selamat dan disimpan rapi. Jujur sa cakap, di Laban Rata kamurang TIDAK akan terasa mau MANDI sebab air dia macam AIS! Jadi apa saya buat, sa terus tukar baju yang sa bawa td (yang tips no. 1) dan pakai baju tu sampai kamu naik puncak esok pagi. Jangan risau, peluh kamurang akan mengering kena kesejukkan di Laban Rata. Tapi kalau kamurang bekeras jg mau mandi sebab x selesa, ba pigila tapi mau tau la kesejukkan dia sampai ke tulang!
Lepas kemas barang, get ready for some MAJESTIC VIEW! Oh ya, jangan lupa masa dinner di restoran. Dinner akan bermula dari jam 6-8pm.
Masa makan, ambilah jumlah yang berpatutan. Sa tau kamurang nda mau rugi bayar pakej mahal. Tapi kena beringat oi gaman, Laban Rata masi, belum lagi naik puncak. JANGAN OVERSTUFFED! Sa syorkan signature dish durang, Black Pepper Beef/Lamb. SEDAP & boleh memanaskan badan kamurang yang tengah sejuk. Tp ingat jgn jg berabis makan makanan pedas. Takut nnt perut memulas & boleh menganggu fokus kamurang mendaki. Lepas makan, kamurang WAJIB melihat permandangan indah di koridor restoran! CANTIK!!
Selesai dinner, balik pegi bilik masing2, tidur dan berehat secukupnya. Tapi jujur saya cakap, kamurang tidak akan dapat tidur sebab sejuk dan kepenatan. Jadi pandai2 la pujuk mata untuk tidur. Paling penting sediakan peralatan utk mendaki puncak esok! Sa cuma bawa air kosong 1.5ml+ORS saja supaya beg tidak berat.
Pendakian puncak akan bermula 2am. Tapi sebelum mendaki kamurang akan makan satu kali lagi iaitu “supper” jam 12am atau 1am klw x silap. Itu laitu sa suruh kamurang tidur dan berehat sejurus selepas habis dinner supaya kamurang tidak ketinggalan “supper” sebab terlalu syok tidur. Bukan saja rugi sbb suda bayar pakej tp jg kamurang perlukan makanan untuk membekalkan tenaga utk naik ke puncak. Untuk “supper” kamurang pilih lah makanan yang berkarbohidrat kompleks. Sa tau, suhu sejuk membuatkan kita cepat lapar. Tapi kena ambil berpatutan supaya kamurang x overstuffed. Lepas makan, sapa yg mau birak atau kencing, pegila buat urusan kamurang dulu.
Pintu masuk akan dibuka tepat 2am & pendakian dimulakan. Macam sa pesan tadi, kawal pernafasan. “NAFAS PERLAHAN TAPI DALAM.” Di sini kamurang WAJIB menggunakan headlight. Suhu sangat ekstrim SEJUK! Perlahan2 naik supaya kamurang tidak tergelincir.
Di kawasan yang sudah mula bertali, pastikan kamurang berpegang teguh dan kuat pada tali. Walaupun tangan dan kaki terasa kebas kerana suhu sejuk, jangan sesekali terlepas pegang! Suasana yang gelap, licin & sejuk akan membuatkan kamurang sukar mendaki. Teguhkan azam dan semangat! Guide kamurang akan cakap “tidak jauh lagi, kurang satu jam lagi” padahal itu semua tipu belaka. HAHAHA! Jangan hilang lokasi atau tinggal jauh dari kumpulan.
Pastikan kamurang jangan kerap berhenti & berhenti dengan lama di sepanjang pendakian ke puncak. Kena ingat, kamurang wajib melapor diri di Sayat-sayat Hut sebelum 5am! Kalau kamurang lambat, kamurang tidak dibenarkan masuk sbb kamu suda ketinggalan jauh. Jd untuk yg sempat sampai di Sayat-sayat Hut saja, kamurang hanya dapat sijil Hitam Putih. Bagi yg berjaya limpas Sayat-sayat Hut sebelum 5am, TAHNIAH! Kamu suda melepasi halangan terakhir ke puncak dan sijil kamurang berwarna! Teruskan usaha! Matahari akan terbit pd 6am. Jadi cepat2 la kamurang bergegas mendaki kalw mau tgk sunrise. Bg sa yg jenis lambat, sa nda kisah tu sunrise, yang penting sa berjaya sampai puncak 😜. Tp, lebih awal kamurang sampai, lebih lama masa kamurang mau menikmati permandangan puncak Kinabalu, tp lebih lama juga la kamurang bersejuk di atas. Hahaha! Masa yang diberikan kepada pendaki untuk menikmati permandangan puncak Kinabalu sambil berselfie, bergroupfie, berwefie adalah 1-2 jam saja. Semua akan diarahkan untuk mulakan penurunan pada jam 7-8am. Ini kerana takut di puncak pusaran angin kuat yang akan merumitkan penurunan & supaya kamurang tidak lambat sampai Laban Rata seterusnya ke Timpohon. Jadi jangan leka bermain handphone dan peka arahan guide! AMARAN KERAS JANGAN BUAT BENDA PELIK2 DI GUNUNG KINABALU! Kamurang kini berada di tempat paling suci bagi masyarakat KDMR!
Kalau mendaki terasa mencabar, menurun lebih berlipat kali ganda cabarannya. Kawasan bertali yang kamurang daki dalam gelap tadi rupanya curam dan GAUNG yang DALAM! Masa tu la kamurang tahu kenapa perlu naik awal pagi. Selain mau kejar sunrise di puncak, ia juga bagi menghilangkan ketakutan pendaki. Jadi dalam gelap kamurang tidak nampak apa2. Bila turun barulah bergegar lutut ketakutan! Apa pun, turun perlahan2 dan ikut giliran. Oh ya! Jangan lupa ambil gambar di South Peak atau puncak duit seringgit!
Sampai di Laban Rata, balik bilik masing2, kemaskan apa semua barangan kamurang. Lepas kemas, kamurang akan dihidangkan dengan sajian terakhir di restoran iaitu sarapan pagi. Sekarang kamu makan la puas2 sebab teda mendaki dan banyak yang menurun suda.
Lepas sarapan, bersiap untuk mulakan penurunan. Turun perlahan2 dan mengikut giliran sampai la ke Timpohon. Tem turun ko buli guna balik baju dan seluar yang kamurang guna masa mendaki dari Timpohon semalam atau guna ja pakaian yg kamurang suda guna utk turun dari puncak.
SELAMAT MAJU JAYA!
Jujur saya cakap, dari segi bentuk muka bumi, Kinabalu tidaklah sesusah mana. Sa buli balik direct driving ke Lawas lepas turun dari puncak dan keesokkan harinya turun kerja macam biasa tanpa sick leave. Bagi yang pernah atau selalu naik Gunung Santubong, well Kinabalu is just a playground for you. Sa suda 4 kali naik Santubong, so I didn’t expect the worse. Cuma iklim ekstrim saja menjadi cabaran yg paling hebat!
Untuk naik Kinabalu, saya syorkan kamurang banyakkan latihan pernafasan semasa kamurang berlatih hiking. Kalw kamurang pandai kawal pernafasan, sijil berwarna sudah pasti dalam genggaman!
Suhu di Laban Rata dalam lingkungan 3 ke 4 darjah celcius waktu petang. Kalau malam dalam 1 ke 2 darjah celcius. Di puncak pula, mungkin dalam -3 ke -1 darjah celcius waktu subuh masa mendaki.
Dulu masa sa naik Bulan Mac 2018, ada untung dan rugi nya. Untungnya kami naik sebelum gempa bumi berskala kecil melanda daerah Ranau beberapa minggu selepas pendakian kami. Tapi yang ruginya selepas beberapa minggu gempa bumi tersebut, ada group pendaki yang seterusnya bilang ada durang terjumpa ketulan ais di atas puncak. Apa pun itu adalah rezeki masing2. Paling penting doa serta azam supaya dipermudahkan pendakian.
Sorry kalau posting ni terlampau panjang. Semua tips tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya. Lain orang, lain pula caranya. Bagi saya, saya seorang average, tidak fit dan tidak juga tidak fit. Yang sedang2 saja. Kalau setakat Bukit Perahu tu saya boleh naik dalam 45 minit ja. Kalau Bukit Botak dalam 1 jam.
Satu sa mo cakap, KINABALU SANGAT LAWA!!!! Dari kicil sa selalu tengok di buku teks sekolah. Bila akhirnya sa berjaya menawan puncak, sa menangis! Betul2 sa menangis arr! Malu2 sa kasi lap air mata depan pendaki2. Sampai guide sa tegur “ko okay kaini?”. Dream do really come true! There’s a will, there’s a way!
Posted using Partiko iOS
Thank you so much for being an awesome Partiko user! You have received a 0.17% upvote from us for your 38 Partiko Points! Together, let's change the world!
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Warning! This user is on my black list, likely as a known plagiarist, spammer or ID thief. Please be cautious with this post!
If you believe this is an error, please chat with us in the #cheetah-appeals channel in our discord.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit