HARVEST FESTIVAL

in harvestfestival •  7 years ago 

HARVEST FESTIVAL atau PESTA KAAMATAN.

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai adalah satu upacara yang diadakan sepanjang bulan Mei di seluruh negeri Sabah setiap tahun yang di panggil sebagai MAGAVAU dalam bahasa Kadazan / Dusun. Perayaan ini adalah perayaan khas yang diadakan setiap tahun bagi menghormati (BAMBAZON) iaitu semangat padi. Ianya adalah amalan tradisi sejak zaman berzaman lagi bagi suku kaum kadazan-dusun di Sabah dan ianya biasa dilakukan selepas musim menuai padi.

Pesta Kaamatan ini juga telah mendapat kelulusan dari Majlis Perundangan Koloni pada tahun 1960an dan disahkan sebagai Cuti Umum pada setiap 30hb Mei dan 31hb Mei setiap tahun bagi negeri Sabah sahaja.

3.jpg

TARIAN SUMAZAU

Tarian Sumazau adalah salah satu persembahan dan juga pertandingan pada musim Pesta Kaamatan yang ditarikan oleh lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional dan dikatakan tarian ini juga satu ketika dulu ditarikan oleh petani. Tarian ini diiringi dengan pukulan Gong dengan kedua-dua tangan mereka diangkat sehingga ke paras bahu dan dikibar-kibar mengikut alunan pukulan Gong.

home_sumazau.jpg
Gambar diatas menunjukkan para penari mengenakan pakaian dari suku kaum Kadazan Penampang.

11b.jpg
Gambar diatas menunjukkan para penari mengenakan pakaian dari suku kaum dusun Papar dan tarian mereka juga agak berlainan sedikit daripada tarian sumazau dari suku kaum Kadazan Penampang.

RATU CANTIK KAAMATAN (UNDUK NGADAU)

Ratu Cantik atau lebih di Popularkan dengan bahasa Pribumi Sabah sebagai "UNDUK NGADAU". Acara ini adalah acara yang sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Kaum pribumi Sabah bila tibanya masa Pesta Kaamatan. Apabila seorang wanita telah dipilih menjadi UNDUK NGADAU, ia secara tidak langsung menjadi simbol aspek budaya dan adat resam bagi suku kaum ini. Acara ini juga adalah merupakan acara kemuncak perayaan Pesta Kaamatan di negeri Sabah.

Wanita yang dipilih dalam Unduk Ngadau adalah antara wanita jelita yang memiliki nilai yang tinggi dan maksud yang mendalam dan ia bukanlah sekadar penampilan fizikal semata-mata. Mereka dipilih sebagai Unduk Ngadau apabila mereka merangkumi beberapa aspek iaitu sikap disiplin sekaligus merangkumi sikap yang proaktif, sikap sportif, kecilikan dan juga semangat berpasukan. Manakala aspek seterusnya adalah lebih kepada keaslian yang terdapat kepada pakaian tradisi yang mereka peragakan termasuklah dengan kelengkapan perhiasan yang bersesuaian, persembahan ketika sedang berjalan di atas pentas diringi dengan senyuman manis serta pandangan mata yang menarik. Mereka juga dimestikan menjawab setiap soalan yang diberikan dengan bahasa Ibunda dengan baik, lancar dan penuh keyakinan diri serta boleh berkomunikasi dengan baik diikuti dengan jawapan yang tepat dan mempunyai nilai kualiti yang dinginkan. Kecantikan adalah merupakan satu Bonus bagi seseorang yang layak di dalam Unduk Ngadau.

Kisah seorang dimana seorang gadis yang yang masih suci sanggup memilih dirinya untuk dijadikan korban bagi Huminodun bagi memberikan rezeki kepada penduduk kampung pada suatu ketika dahulu. Kematian Huminodun ini telah menyebabkan bahagian tubuhnya berubah menjadi makanan iaitu kepalanya berubah menjadi kelapa, isi dan dagingnya berubah menjadi padi manakala datahnya berubah menjadi padi merah. Setiap jari jemarinya berubah menjadi halia, giginya menjadi jagung, manakala lututnya mrnjadi pokok keladi serta bahagian lainnya telah berubah menjadi pelbagai tumbuhan makanan untuk penduduk kampung. Aspek-aspek yang mempunyai nilai yang murni seperti kasih sayang, pengorbanan dan semangat inilah menjadi asas bagi pemilihan didalam Unduk Ngadau. Dengan adanya pengorbanan seperti itu, Unduk Ngadau bukan sekadar gelaran malah merangkumi satu penghormatan dan juga satu pengiktirafan yang tertinggi bagi masyarakat bagi suku kaum Kadazan Dusun. Huminodun juga merupakan satu simbol yang tidak ternilai sehinggakan membawa kepada kemewahan ekonomi hasil daripada penanaman padi oleh suku kaum ini.

18893286_10154316309807396_2911227901617266182_n.jpg

18880303_10213461120464736_8697940051851031694_o.jpg

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Congratulations @marsmellow! You received a personal award!

Happy Birthday! - You are on the Steem blockchain for 1 year!

You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking

Do not miss the last post from @steemitboard:

3 years on Steem - The distribution of commemorative badges has begun!
Happy Birthday! The Steem blockchain is running for 3 years.
Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!