Salam. Hai.
Lama sudah tak ketemu. Hari ini, majlis Ihtifal atau graduasi Anne. Anakku sudah berumur 5 tahun. 5 tahun juga lah aku bersama steem.
PAGI
Selepas pukul 7, aku siapkan makan anak-anakku. Hujan pagi ini. Baby (1½y) akan dihantar ke rumah pengasuh (Cikgu Yana). Cikgu Yana telah memintaku memandikan anak sebelum dihantar ke rumahnya. Oleh itu, kami bertiga mandi selepas makan. Sarapan pada pagi ini adalah mac n cheese yang belum habis semalam. Aku telah panaskan kuahnya untuk kami makan. 😋
Kami bergerak ke rumah Cikgu Yana pada pukul 8.30 pagi. Ayah membawa kereta. Baby sedikit merengek kerana terpaksa dihantar ke rumah Cikgu pada hari cuti. Kami tiba di sekolah Anne pada pukul 8.45 pagi. 🚙
Anne telah menarik diri dari persembahan. Aku sedikit kecewa kerana telah melatihnya banyak kali di rumah. Anne sendiri yang memberitahu cikgunya bahawa dia tidak mahu menyanyi. Mungkin juga silapku yang terlalu bertegas dengannya. Muka Anne sedikit monyok kerana tidak dapat membuat persembahan (kerana salah diri sendiri). Aku mengingatkan Anne, setiap apa yang dia lakukan, pasti ada akibatnya. 🥹
Anne ke kelas bersama rakan-rakannya yang lain. Aku menyertai majlis bersama ibu bapa yang lain. Terdapat persembahan dari anak-anak 4, 5 & 6 tahun. Persembahan pada tahun ini berbeza sedikit kerana bukan semua murid yang membuat persembahan. Pada tahun-tahun sebelum ini, semua murid akan naik ke pentas. Aku tidak mahu menyusahkan cikgunya, jadi, aku hanya berdiam apabila aku dapat tahu Anne tidak mahu menyanyi di pentas. Anne masih berlatih & menyanyi di rumah walaupun namanya sudah dipadam dari persembahan. Aku sedikit ketinggalan makluman kerana handphone ku telah rosak selama lebih 4 hari.
Giliran Anne untuk mengambil hadiah di pentas.
Akhirnya, Anne senyum. 😀
TENGAHARI
Aku call ayah untuk mengambil kami. Kami dibekalkan dengan 2 bekas nasi minyak & 2 gelas air mineral sebelum balik. Kami makan nasi di rumah. Ayah terus bergerak ke tempat kerja. Anne membuka hadiahnya bersama nenek.
Cikgu hantar baby ke rumah kerana mereka keluar bersiar-siar. Aku memberi baby makan sebelum memandikan dan menidurkannya. Aku juga turut tertidur kerana penat menunggu Anne. Hahaha. 🤣🤣
PETANG
Aku terjaga pada pukul 3.30 petang. Anne meminta izin untuk ke rumah kawannya. Aku mengizinkannya. Aku melihat baby masih tidur di sebelahku. Aku keluar untuk bercakap dengan ibuku. Kami bersembang di dapur.
Anne pulang selepas Asar. Baby telah terjaga. Aku sekali lagi memberinya makan sebelum memandikannya. Badannya comot setiap kali makan tetapi dia hanya akan makan jika menyuap sendiri. Jadi, aku biarkannya makan sendiri sambil aku duduk di sebelahnya. Begitulah anak kecil yang lucu. ❤️
MALAM
Anne tidur awal malam ini. Aku menggoreng makaroni yang belum habis makan. Aku menggoreng makaroni dengan kicap & tomato. Baby meminta makanan. Anak kecil ini memang suka makan. Dia telah 💩 sebelum makan. Mungkin kerana itu dia lapar. Hahaha.
Baby tidur pada pukul 10 setelah puas bermain denganku. Dia minum susu botol sebelum tidur. Aku menggunakan Quabble sebelum tidur.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.museLIVE.quabbleapp
Thanks for stopping by. Goodnight. 💐
PS: Aku ingin cuba mengarang dalam bahasa melayu, kerana aku ingin membuka kelas tuisyen bahasa melayu tetapi kadang-kadang ada sesuatu yang aku tidak tahu cara menulis dalam bahasa melayu. Well, we all begin somewhere. 😅
Upvoted! Thank you for supporting witness @jswit.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Thanks! 💐
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit