Bitcoin hari ini telah mencecah nilai USD59,000 buat kali kedua, dalam sejarahnya sejak ianya dicipta.
Selagi Malaysia ada amalan rasuah di kalangan ahli politik tak kira lah belah parti mana, memang MYR akan terus susut nilai.
Ekonomi masih OK?
Tahukah kamu, pada suatu ketika dahulu, pada zaman 1980'an nilai MYR1.00 adalah bersamaan SGD1.00 ? Dan nilai USD1.00 adalah bersamaan MYR2.50 ?
35 tahun kemudian pada hari ini, sekarang kita perlu MYR3.00 untuk dapat SGD1.00 , dan MYR4.05 untuk dapat USD1.00 !!!! Itu tandanya apa ? Tandanya ekonomi semakin merosot secara mendadak, dan pelahan-lahan. Ekonomi Malaysia tak pernah pulih langsung.
Wang simpanan yang kamu kumpul sejak berpuluh-puluh tahun lalu semakin susut nilainya. Adakah ini adil bagi rakyat jelata yang rajin bekerja demi majukan negara, tapi hakikatnya keadaan dan kemampuan kewangan semua dikawal oleh segelintir kumpulan orang bilangan kecil yang terpilih dan berkuasa, yang semakin kaya dan rakyat semakin miskin?
Wang kertas yang boleh dicetak sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh bank pusat untuk diedarkan dalam ekonomi, sampai ke tangan rakyat sebagai pinjaman, lain katanya HUTANG.
Tahukah kamu, orang zaman dahulu berniaga dan berdagang menggunakan wang emas dan perak, kekangan dari kerajaan adalah sangat minimal? Orang zaman dulu, biasanya tak perlu membayar cukai, dan cukai hanya dikenakan semasa negara tersebut berperang atau nak membina kemudahan untuk rakyat di kawasan tertentu. Cukai hanya dikenakan bila ada perlunya, bukan dipaksa bayar cukai secara berpanjangan, seperti cukai SST, cukai pendapatan, cukai pintu dan macam macam.
Emas dan perak akan mengekalkan nilainya dan nilainya semakin meningkat kerana ianya terhad, sehinggalah ianya diganti dengan wang kertas di mana nilainya bersandar pada nilai emas.
Selepas Ogos 15, 1971 ,mata wang kertas ini bukan seperti dulu, nilainya tidak lagi bersandarkan kepada emas, tetapi nilainya bersandarkan di atas keyakinan dan kepercayaan dari rakyat terhadap pemerintahan kerajaan yang mengeluarkan mata wang tersebut, di dalam sebuah negara.
Setiap keping wang kertas ada nombor bersiri yang unik, dan pihak bank dapat mengekang dan menjejaki perbelanjaan kamu, bila ada perlunya. Siapa mereka ini boleh menjejak, dan berkuasa tentukan apa yang kamu boleh atau tak boleh buat ke atas wang kamu?!!!
Adakah ekonomi betul betul merosot berlaku secara spontan, ataupun dikawal oleh segelintir kumpulan orang bilangan kecil yang terpilih dan berkuasa, yang jadi semakin kaya dan rakyat semakin miskin?
Tepuk dada, tanya selera.
Apa masalahnya?? Bukan kah hidup kita memang begini?
Itu lah masalahnya, ada pihak-pihak yang tidak mahu anda mengetahui masalah yang besar ini. INFLASI.
Emas dan perak dah menjadi komoditi dan didagangkan dalam pasaran dunia. Orang orang dulu dah memiliki sebahagian besar bekalan emas dan perak sedunia. Emas dan perak menjadi bahan mentah utama dalam industri semi-konduktor dalam barangan elektronik. Harga emas dikawal ketat oleh pemain pemain besar di dunia, jadi jika kamu memiliki emas, kamu tak rugi pun , cuma nilai emas itu terlalu kecil dan peningkatan harga emas memakan masa yang sangat lama, terlalu lama, 5 tahun, 10 tahun , ataupun 20 tahun. Kadar bunga untuk wang simpanan dalam bank adalah terlalu rendah dan kadar inflasi adalah jauh lebih tinggi.
Jawapannya kita perlu mencari penyelesaian untuk beberapa soalan berikut.
Apa yang boleh menggantikan wang kertas?
Wang yang benar benar bebas dari kekangan bank pusat dan kawalan undang-undang yang banyak kelemahan?
Sesuatu yang nilainya bukan sahaja terjamin, tapi nilainya ditentukan secara kolektif oleh semua orang yang menggunakannya, secara permintaan dan penawaran (demand and supply).
Bilangannya terhad, sistemnya tiada berpusat, open source, tetapi bersifat berselerak (decentralized), dan setiap transaksi berkunci sulit (encryption).
Nilainya adalah sama diterima seluruh dunia dan diakui oleh semua orang yang menggunakannya.
Setiap transaksi adalah terbuka, tetapi identiti penggunanya tetap dirahsiakan.
Rekod setiap transaksi tak boleh diubah, kekal dan dikemaskini tanpa melibatkan manusia, dalam rangkaian peer to peer , dalam satu lejar global, dengan kuasa pemprosesan komputer khas dan kuasa elektrik, dikenali sebagai melombong bitcoin.
Jawapannya dan Penyelesaiannya.
Mata wang Bitcoin dan lejar globalnya dikenali sebagai Blockchain, yang dicipta oleh seorang atau sekumpulan orang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto, pada tahun sekitar hujung 2008 dan 2009. Siapa sebenarnya Satoshi Nakamoto sehingga hari ini masih lagi menjadi misteri dan rahsia. Ada beberapa orang yang mengaku dirinya sebagai Satoshi Nakamoto, tapi akhirnya kantoi, kerana tiada bukti yang kukuh.
Nilai Bitcoin adalah bersandarkan pada kuasa pemprosesan dan kos kuasa elektrik, dan jangka masa yang digunakan untuk menghasilkan satu bitcoin secara melombong bitcoin.
Sistemnya adalah berselerak (decentalized) menjadikannya sangat susah untuk digodam, semakin besar rangkain peer to peer , semakin susah untuk digodam, dan seluruhnya dihubungkan dalam rangkaian Internet.
Ertikata lain wujudnya Internet , adalah wujudnya blockchain dan Bitcoin.
Kerajaan setiap negara seluruh dunia, sehingga kini masih GAGAL mengharamkan atau pun menghapuskan kewujudan blockchain, walaupun cubaan berulangkali.
Akan tetapi, Bitcoin dan blockchain bukan tiada kelemahan. Satu je kelemahannya , adalah jika nak hapuskan Bitcoin, dan rangkaian blockchainnya SEMUA ORANG SELURUH DUNIA MESTI secara kekal musnahkan seluruh rangkaian Internet, tak guna Internet buat selama-lamanya. Kebarangkalian ini berlaku adalah sangat-sangat kecil.
Jadi bila kamu dah tahu kelebihan Bitcoin, belilah sebilangan kecil Bitcoin, ikut kemampuan kamu, sebagai simpanan.
Ianya adalah seupama emas.
Jika anda dah baca sehingga sini, maka saya ucapkan tahniah.
Tanya saya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut. Saya telah berkongsi semua yang saya tahu di atas.
Anda dijemput!
- Daftar dengan pautan jemputan saya
- Deposit dan beli MYR 250 dalam BTC (tidak termasuk pertukaran Luno)
- Kami berdua mendapat MYR 75.00 BTC percuma
Semoga sja kedepannya akan lebih baik lagi
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Saya berpendapat bahawa Bitcoin, emas , rumah adalah aset yang nilainya akan meningkat dan jalan penyelesaian masalah inflasi.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit