100 DAYS OF STEEM : Day 32 - Monday Challenge - My Favorite Local Shop

in hive-189394 •  5 years ago 

I will write this writing challenge in Malay language. You can check out about this challenge by The Steemit Team here

Pasar Raya Komodi Ida

Kedai runcit kegemaran saya?
Di kawasan kediaman kami, pasar raya yang berdekatan adalah kira-kira dalam 10 minit jika berjalan kaki. Saya selalu ke pasar raya KOMODI IDA SUPA. Semua barang barang keperluan dapur dan barang-barang keperluan isi rumah ada di kedai ini. Saya suka ke sana kerana mereka menjual roti gulung cinnamon dan roti perisa labu kegemaran saya. Bersebelahan dengan kedai runcit ini juga terdapat restoran makanan segera Mcdonald, menjadi tempat persinggahan para pelanggan untuk beristirehat selepas atau sebelum membeli belah.

Roti perisa labu dan roti gulung cinnamon
Dihujung kedai ini juga terdapat kedai menjual ubat-ubatan atau farmasi, amat mudah dan menyenangkan jika ada keperluan untuk barang-barang farmasi dan ubat. Semenjak covid19 topeng muka selalu kehabisan stok dan sukar untuk didapati. Mujur masih ada stok topeng muka dari tahun lepas yang masih banyak lagi belum terpakai. Terdapat juga kedai membaiki pelbagai barang bersebelahan dengan kedai Mcdonald tadi. Dan terdapat juga beberapa mesin layan diri kapsul mainan yang dikenali sebagai "gasaphon" oleh orang Jepun. Noa selalu ke sini dan meminta duit syiling untuk bermain "gasaphon", kadang-kadang saya membenarkan, dan kadang-kadang saya tidak menghiraukan permintaan dia sebab mahu segera menghabiskan sesi membeli belah dan pulang ke rumah.

Harga barang di pasar raya ini adalah berpatutan dan tidaklah terlalu mahal.Suasana di pasar raya ini adalah selesa dan bersih. Saya tidak pasti jika pengusaha pasar raya ini mempunyai cawangan kedai di tempat lain. Pekerja-pekerja pasar raya ini amat ramah. Selalunya mereka akan mengadakan jualan murah setiap hari tetapi hanya untuk produk atau sayur-sayuran tertentu sahaja dan bergilir. Saya ke sini hanya sekali seminggu, dan untuk pasar raya kedua saya ke sana jika bapa mereka ada di rumah di hujung minggu sebab pasar raya tersebut sedikit jauh dari tempat kediaman kami.

Pasar Raya Yaoko

Saya suka pasar raya yang kedua ini, yang bernama Yaoko kerana terdapat lebih kepelbagaian produk tempatan dan juga import. Suasana pasar raya ini adalah lebih selesa dan luas berbanding yang sebelumnya. Harga barangan di sini juga adalah lebih kurang sama dan tidak terlalu mahal. Saya lebih suka Pasar Raya Yaoko berbanding Pasar Raya Komodi kerana faktor persekitaran Pasar Raya Yaoko yang lebih luas, lebih banyak pilihan serta berdekatan dengan kedai-kedai barangan keperluan lain yang lebih besar dan juga harga yang berpatutan. Sekian saja cerita tentang pasar raya di mana saya kerap membeli belah. Semoga anda sentiasa sihat dan sejahtera. Jumpa lagi di post yang seterusnya.

steem divider.png

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Thanks for showing up great effort in this @the100daysofsteem challenge.

Thank you for being active @oppongk appreciate your effort doing your part in the community too.

Thank you for taking part in the latest 100 Days of Steem Challenge.

Keep following @steemitblog for new challenges every week.

The Steemit Team

Thank you for the support steemit team

I like i like 💋