Kopi dan aku

in hive-193186 •  4 years ago 

Sebelum ini, aku lebih minat meminum air teh. Bermacam macam jenis teh aku buat simpan sebagai stock di rumah. Ada teh ginger, pu'er, ooloong, english breakfast, chamomile, arabian mint, dan lain-lain lagi jenis teh. Dari yang harga murah, sehingga beratus ratus ringgit. Kalau jenama teh, aku paling suka TWG.

Tapi semenjak tahun 2020, aku berubah arah dan lebih meminati kopi pula sekarang. Pada awal-awal aku minum kopi, aku suka pergi ke Starbucks. Bukan sebab kopi starbuck sedap atau murah. Tetapi lebih kepada mengikut trend. Asal tanya pasal kopi, mesti orsng akan kata starbucks. Jadi, aku pun mengikut trend juga.

Kopi yang aku kerap order dan minum adalah Hazelnut Latte, atau Vanilla Latte. Kalau di Starbucks, harga bagi secawan kopi bersaiz grande berharga dlm RM14. Sehari aku boleh minum minimum 2 cawan kopi. Bermakna, sehari aku habiskan RM28, dan sebanyak RM840 dihabiskan untuk kopi sahaja dalam satu bulan. Kerana terlalu kerap membeli latte di Starbucks, sehingga barista sudah kenal aku. Kadang-kadang aku tak perlu bagitahu pada barista, kopi apa yang aku nak order. Barista dah siap key-in dalam system bila aku sampai di hadapan kaunter.

Tetapi semenjak pandemic covid19 melanda, aku perlu berbelanja dengan lebih cermat. Aku kena jimatkan duit dari berbelanja pada perkara yang tidak penting.

Disebabkan itu juga, aku mula mencari alternatif bagi bekalan kopi yang lebih murah. Maka, sekarang aku buat sendiri kopi di rumah menggunakan kopi dari jenama moccona, susu segar HL dan creamer hazelnut atau vanilla. Mungkin dalam post yang lain, aku boleh tunjuk macamana aku bancuh hazelnut atau vanilla latte di rumah.

Selain dari membancuh sendiri latte, aku juga mula membeli latte di Mynews. Di kawasan rumah dan office aku, ada cawangan mynews. Di Mynews ada menjual hazelnut latte. Latte yang dijual cuma berharga RM4.90 bagi secawan regular, dan RM5.90 untuk secawan large.

Rasa latte yang dijual di mynews juga boleh tahan sedap. Bila aku di office, memang aku akan beli latte di sana. Senang dan cepat. Yang paling aku suka adalah, konsep layan diri bila membuat latte.

Aku boleh pilih sendiri berapa banyak gula atau creamer yang aku nak letak. Kadang-kadang, aku tambah creamer sendiri, mengikut citarasa aku.

Sekarang sudah masuk 3 bulan aku membuat sendiri latte, dan membeli latte di mynews. Dengan cara ini, aku berjaya menjimatkan duit sehingga RM600++ sebulan.

Bila tengok mesin kopi di mynews, rasa berminat pulak nak membeli satu di rumah hahaha. Berangan tak salah kan 😜

[WhereIn Android] (http://www.wherein.io)

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

@tipu curate

[WhereIn Android] (http://www.wherein.io)

klo boley, bagi hentikan gula

[WhereIn Android] (http://www.wherein.io)

42
You are viewing a single comment's thread from:
RE: Crepúsculos de Barquisimeto
View the full context
wherein (69)in WhereIN • 1 hour ago
This post has been rewarded by the Steem Community Curation Project #wherein

昨天明明把手机放在桌上,今天又找不到了 ( ˘︹˘ )
咦?你是谁?我又是谁?
加入我们微信群没?还没的话赶快加我们瓜子老板。很帅的 iguozi <(^,^)>

Ha recibido un voto a favor de la comunidad WHEREIN, impulsada por STEEMIT INC. Gracias por usar WHEREIN

Terimakasih Sudah Menggunakan WhereIn, Postingan Anda Terpilih Untuk Mendapatkan Upvote Dari WhereIn Dan Di Dukung Oleh Steemit.inc !