Menukar break pad motorsikal

in hive-193186 •  4 years ago 

Kenderaan aku yang paling utama adalah motorsikal aku. Kebanyakkan masa aku akan menunggang motorsikal untuk ke mana-mana destinasi. Samada pergi kerja, membeli barang dapur, malah menghantar anak-anak ke sekolah juga.

Cuma pada musim MCO 3.0, aku lebih banyak travelling menggunakan kereta atau LRT. Tapi bila naik kereta, terpaksa lah menghadap traffic jem sehingga sejam. LRT pula, kena beratur menunggu giliran.

Hari sabtu yang lepas, aku perasan yang break pad belakang sudah habis. Punca aku perasan pun sebab terdengar bunyi seperti besi bergesel. Bila aku periksa, nampaklah yang break pad sudah habis.

Dahulu, semasa aku masih menetap di Taman Melawati, aku selalu hantar motorsikal aku untuk service di NKS Sentul. Tapj semenjak sudah menetap di Subang, aku menghantar motorsikal aku untuk service di Cycle Track Subang Perdana.

Kalau nak dibandingkan dari segi harga, memang harga alat ganti di NKS Sentul adalah 10% - 15% lebih murah. Sesuailah dengan gelaran 'syurga motor'. Tapi nak kesana, semata-mata untuk menukar break pad, adalah tidak berbaloi.

Kalau aku nak menukar banyak alat ganti sekaligus, memang NKS Sentul akan menjadi pilihan. Tapi kalau sekadar satu saja, sudah memadai menukarnya di Cycle Track Subang Perdana.

Jika di NKS Sentul, break pad jenama SBS adalah di dalam sekitar RM100 termasuk upah pasang. Jenama SBS nie aku sangat suka sebab lasak dan tahan lama. Tapi di Cycle Track Subang Perdana pula, jenama SBS tidak ada dijual. Yang ada cuma jenama Izumi, yabg berharga di dalam RM50 termasuk upah pasang. Kalau di NKS Sentul, jenama Izumi aku boleh dapat dalam RM38 termasuk upah pasang.

Dari segi services, mekanik di Cycle Track Subang Perdana boleh dikatakan mahir juga. Tidak terkial-kial sewaktu membuat kerja. Pemasangan pun cepat. Sebelum ini aku pernah menukar tayar disini. Service untuk menukar tayar pun cepat dan cekap.

Selama aku menghantar motorsikal aku ke Cycle Track Subang Perdana, memang tiada complaint. Aku berpuas hati dengan hasil kerja mereka


aDi

[WhereIn Android] (http://www.wherein.io)

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Nak Hayabusa satu @tipu curate !shop

[WhereIn Android] (http://www.wherein.io)

my dream bike tu. One day mau riding smpi ke Phuket :D

  ·  4 years ago 

你好鸭,rosmadirazali!

@davidke20给您叫了一份外卖!

Lindt巧克力

吃饱了吗?跟我猜拳吧! 石头,剪刀,布~

如果您对我的服务满意,请不要吝啬您的点赞~

This post has been rewarded by the Steem Community Curation Project #wherein

昨天明明把手机放在桌上,今天又找不到了 ( ˘︹˘ )
咦?你是谁?我又是谁?
加入我们微信群没?还没的话赶快加我们瓜子老板。很帅的 iguozi <(^,^)>

Ha recibido un voto a favor de la comunidad WHEREIN, impulsada por STEEMIT INC. Gracias por usar WHEREIN

Terimakasih Sudah Menggunakan WhereIn, Postingan Anda Terpilih Untuk Mendapatkan Upvote Dari WhereIn Dan Di Dukung Oleh Steemit.inc !