PUASA ADALAH PERISAI

in islam •  7 years ago 

IMG_20180529_213838.jpg

عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ.
رواه البخاري ومسلم وغيرهما.

Maksud hadith :-
Daripada Abu Soleh Az-Zayyat, bahawa dia mendengar Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala telah berfirman: "Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan memberinya balasan. Dan puasa itu adalah perisai, maka apabila seorang daripada kamu sedang melaksanakan puasa, janganlah dia berkata rafath (keji) dan jangan pula bertingkah laku jahil (seperti mengejek atau bertengkar sambil berteriak). Jika ada orang lain yang mengajaknya berkelahi atau menghinanya maka hendaklah dia mengatakan: “Aku orang yang berpuasa”.
(Hadith riwayat Al-Bukhari : 1904, 5927, Muslim : 1151, Abu Dawud : 2363 , An-Nasaie : 2215, At-Tirmizi : 766, Ibnu Majah 1691, Ahmad 7038, 7504, 8320, Ad-Darimi : 1777, Ibnu Hibban dalam sahihnya : 355, Al Hakim dalam Al-Mustadrak 1520)

Huraian ringkas:-
Puasa adalah perisai, bermakna bahawa puasa tersebut menjadi benteng bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan keji dan amalan yang tidak layak dengan ibadah puasa.

Ibn Al-Mulaqqin berkata:
“Puasa adalah perisai daripada dosa-dosa kerana puasa tersebut mematahkan syahwatnya, dan melemahkan kekuatan (nafsunya untuk bermaksiat)”.
(At-Taudhih Syarah Al-Jami’ As-Sahih : 13/19).

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Congratulations! This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by mufazzal from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, theprophet0, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows. Please find us at the Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel. It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.

If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.