Kisah KHJ

in kamal •  6 years ago  (edited)

Azam Aziz
Johor Bahru, Malaysia ·

Apa kes sebenarnya Pendakwaraya v Kamal Hisham Jaafar yg sedang di bicarakan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru ni?

Beliau di tuduh atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Syarikat Southern Ads Sdn Bhd (SASB) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru sejak setahun yang lepas atas 17 pertuduhan meliputi 3 kategori kesalahan iaitu :-

i) 4 pertuduhan Pecah Amanah Jenayah berjumlah RM733k

ii) 4 Pertuduhan di bawah Akta Syarikat kerana gagal mengisytihar kepentingan beliau dlm mesyuarat Pengarah dlm beberapa sykt lain yg berkontrak dgn syarikat SASB

iii) 9 pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram yg jumlah keseluruhannya sebanyak RM149,538

Utk rekod, terdapat 2 orang Pengarah SASB ketika tarikh pertuduhan iaitu Kamal Hisham Jaafar dan DYMM Sultan Ibrahim Iskandar.

Konflik atr Kamal dan Sultan Ibrahim bermula selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar

Beberapa kejadian berlaku sehingga Kamal terpaksa melarikan diri ke Dubai demi keselamatan diri dan keluarga beliau.

Namun beliau di tangkap ketika transit di Singapura pada 2 September 2015 dan sejak itu sehingga kini telah hampir 1000 hari permohonan beliau utk di ikat jamin di tolak oleh mahkamah menyebabkan beliau merupakan tahanan paling lama dalam sejarah Malaya di tahan di penjara sebelum di sabitkan kesalahan.

Tiada Hakim di Johor dan di Mahkamah Rayuan Putrajaya yg berani memberikan perintah ikat jamin ke atas Kamal Hisham sementara perbicaraan berlangsung.

Sedangkan mrk yg di tuduh membunuh, merogol menyamun dan merompak serta melakukan rasuah serta pecah amanah berjuta2 RM pun di berikan ikat jamin oleh Mahkamah, tetapi Kamal yg di tuduh melakukan pecah amanah RM733k tidak pula di berikan ikat jamin.

Telah setahun perbicaraan berlangsung dan Pendakwaraya telah memanggil 25 org saksi utk membuktikan kes.

Pembelaan menggunakan seksyen 114(g) Akta Keterangan ke atas kes pendakwaan kerana mrk gagal memanggil Sultan Johor sbg saksi pendakwaan. Justeru pembelaan menghujahkan berlakunya kecacatan dlm kes pendakwaan krn terlalu banyak komunikasi dan transaksi peribadi berlaku antara Kamal dgn Tuanku sahaja. Utk membuktikan kes pecah amanah terhadap Kamal, peguambela telah menghujahkan bahawa wajib utk pendakwaan memanggil Sultan Johor sbg saksi pendakwaan.

Namun, Sultan gagal di panggil oleh pendakwaan dan Kamal di perintah membela diri.

Kamal telah di perintahkan membela diri atas kesemua pertuduhan dan hari ini adalah hari ke-empat Kamal memberikan kenyataan pembelaannya secara bersumpah melalui kandang saksi.

Dalam ucapan pembukaan Pembelaan, Peguam Dato Shaharudin Ali menyatakan kpd mahkamah bahawa Pembelaan akan mencabar kes pendakwaan yang di sifatkan satu konspirasi terancang oleh pihak2 yg berniat jahat terhadap Kamal untuk menganiaya beliau bagi memastikan beliau terus merengkok dlm penjara.

Pembelaan juga akan mengemukakan motif jahat Sultan Ibrahim yg ingin menghukum Kamal kerana keengganan Kamal mematuhi beberapa titah baginda berkaitan pembahagian harta pusaka Almarhum dan keengganan Kamal mengesahkan perceraian atr Almarhum dengan Sultanah Zanariah.

Kesemua konspirasi ini akan di jadikan asas utama pembelaan Kamal Hisham dlm kes ini.

Jadi inilah ringkasan kes yg sedang di bicarakan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Kamal akan menyambung keterangan beliau jam 9 pagi esok sehingga jam 3.30 ptg.

MAHKAMAH TERBUKA UTK ORANG AWAM

Ramai2 boleh hadir masuk utk mendengar sendiri keterangan kes pembelaan Kamal.

Kes esok menarik utk di ikuti sendiri oleh anda kerana Kamal akan mendedahkan motif dendam Tuanku terhadap beliau termasuk Kamal akan mendedahkan semua skandal seks Tuanku dengan isteri2 orang dan samada benar Kamal pernah menampar baginda suatu ketika dulu.

Kamal juga akan mendedahkan hasil pertemuan dan komunikasi beliau di Dubai dgn Tun Dr Mahathir dan DS Ahmad Zahid Hamidi.

Nak dengar datang sendiri lah esok.

Kat Mahkamah ni semua cerita akan terbongkar.

Dan Kamal telah bersumpah dari kandang saksi apa yg di katakannya adalah benar, tiada yg tak benar melainkan benar belaka.

Jika Kamal berbohong di kandang saksi, beliau boleh di sabitkan dengan kesalahan jenayah melakukan sumpah bohong.

Jumpa esok.

Sape suruh jolok sarang tebuan, lihat dulu bontot sendiri sblum memburukkan orang lain...

KAMAL HISHAM JAAFAR JAWAP TMJ.

KELADAK DAH MULA KELUAR

The can of worms is opened out!!!

Saya merasa amat dukacita tentang apa yang berlaku. Sebagai seorang yang berpegang teguh kepada Islam, sudah menjadi tanggung-jawap saya untuk mempertahankan amanah Almarhum Sultan Iskandar dan Hukum-hukum Allah. Saya telah ditaja untuk belajar di Amerika Syarikat oleh Almarhum Sultan Iskandar dan berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang Sarjana Undang-undang pada tahun 2000. Apabila saya balik ke Malaysia, Almarhum Sultan Iskandar telah meminta saya membantu beberapa perkara bagi membetulkan imej keluarganya yang tercemar di mata rakyat Malaysia. Sebagai membalas jasa Baginda, saya telah merangka satu kertas kerja dan akhirnya terjadinya satu program yang dikenali sebagai Kembara Mahkota Johor. Saya ada Setiausaha dan orang yang bekerja keras untuk memastikan program ini berjalan lancar.

Pada tahun 2004, "perebutan tahta" di antara dua beradik Tunku Ibrahim (Sultan sekarang) dan Tunku Abdul Majid (Anak Sultan Iskandar dengan Sultanah Zanariah) telah menjadi sengit dan rakyat mungkin mengetahui bahang perkara ini. Sikap dengki sesama adik beradik dan menunjukkan pengaruh di dalam Negeri Johor semakin menjadi-jadi.

Almarhum Sultan Iskandar telah memanggil saya dan seorang Pegawai Tinggi Kerajaan Johor untuk meluahkan kerisauannya terhadap masalah ini. Akhirnya Almarhum membuat keputusan bagi mengelakkan perkara menjadi lebih buruk jika Baginda mangkat, maka Baginda meminta agar dibuat pindahmilik kesemua tanah-tanah miliknya yang ada di Malaysia dan Singapura yang bernilai berbillion Ringgit.Tanah-tanah tersebut diarah untuk diletakkan di atas nama Tunku Ismail sebagai pemegang amanah bagi mempastikan kesemua anak-anak Almarhum mendapat bahagian mereka apabila Baginda mangkat.

Satu rombongan Pegawai Kerajaan telah ke India bagi dapatkan tandatangan Tunku Ismail yang berada di sana. Semasa Pegawai Kerajaan pergi ke India mereka hanya membawa dokumen pindahmilik dan tidak membawa(tertinggal) sekali dokumen bagi mendaftarkan Tunku Ismail sebagai pemilik berdaftar tetapi memegang tanah-tanah tersebut di atas kapaciti sebagai Pemegang Amanah .
Apabila Tunku Ismail balik ke Malaysia, beberapa kali percubaan minta Tunku Ismail tanda tangan dokumen amanah {"Deed of Trust"), namun ketamakkan telah menguasai dirinya dan berbagai dalih serta alasan dibuatnya untuk mengelak dari tanda tangan dokumen tersebut.

Tidak ada sebab untuk Almarhum memberi tanah-tanah hanya kepada seorang cucu sahaja. Ianya jelas untuk dipegang sebagai Pemegang Amanah dan bukannya menjadi milik peribadinya. Almarhum telah bercakap tentang perkara ini secara jelas kepada ramai orang bahawa cucunya , Tunku Ismail hanya pegang amanah untuk tanah-tanah tersebut dan bukan memegangnya untuk kapasiti persedirian.

Masalah harta ini menjadi-jadi apabila kemangkatan Sultan Iskandar, sebaik sahaja tamat tempoh berkabung, saya diarah untuk uruskan tukar nama Kapal-kapal terbang dan helikopter-helikopter kepada nama Sultan yg baru, saya telah beri pendapat sebagai seorang Peguam, oleh kerana sewaktu kemangkatan Almarhum Jan 2010 kesemua harta berbentuk pesawat itu masih di atas nama Sultan Iskandar maka ianya patut dimasukkan kedalam senarai harta-harta yang perlu di bahagi mengikut Hukum Faraid. Tetapi saya telah ditekan dan diberi amaran untuk bekerjasama sekiranya hendak selamat.

Dokumen itu telah dibuat secara tidak sah dan tarikhnya telah dikebelakangkan ke September 2009 ("back dated") oleh bekas rakan kongsi saya yang berpakat dengan Sultan yang baru. Dokumen itu tiada tanda tangan yang sah Almarhum Sultan Iskandar, ianya ditandatangan oleh Dato Ali Musa yang tiada hak dan kuasa untuk tanda tangan dokumen itu.

Saya telah enggan menurunkan tanda tangan sebagai saksi di atas kapasiti saya sebagai seorang Peguam kerana saya tidak membuat datau menyediakan dokumen tersebut tetapi disediakan oleh Abdul Aziz Jaffar Sidek yang telah membuat perancangan awal sebelum saya dipanggil mengadap. Apabila saya bertegas enggan menjadi saksi kepada dokumen tersebut saya telah mula diugut dan suasana agak tegang pada masa itu.

Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku saya cadangkan agar Aziz Jaffar Sidek menyaksikan tandatangan dokumen yang telah di "back dated" itu tetapi saya dimarahi dan diherdik kerana Sultan baru berpendapat oleh kerana Almarhum lebih percaya dan telah mengamanahkan saya membantu urusan hartanah keluarganya, Maka saya perlu tanda tangan sebagai saksi, jika yang menyaksikan tanda tangan adalah orang selain saya, adik beradiknya pasti tidak dapat menerima dokumen tersebut dan fakta bahawa pesawat telah bertukar milik sebelum kemangkatan Almarhum kerana tarikhnya diletakkan pada bulan Sept 2009.

Dokumen tersebut sebenarnya dibuat dan ditanda tangan pada bulan Mac 2010 iaitu 2 bulan selepas Almarhum mangkat. Saya mulanya hendak buat laporan Polis bagi melindungi diri saya, tetapi apabila menyedari Ketua Polis Johor amat rapat dengan Sultan, pasti ianya tidak akan kemana dan mungkin "backfire" kepada saya, jadi saya terpaksa berdiam diri dan berserah kepada Allah.

Saya tiada pilihan pada masa itu, tetapi sempat juga berfikir bahawa saya masih boleh tanda tangan sebagai saksi di atas kapasiti jawatan saya sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah kerana, tugas seorang Pesuruhjaya Sumpah hanya perlu saksikan tanda tangan dan tidak perlu bersetuju dengan kandungan dokumen yang disaksikannya.

Sultanah Zanariah pernah di ceraikan dengan talak dua, pada ketika itu gambar rasminya diturunkan diseluruh Negeri Johor, namun jodohnya panjang apabila mereka rujuk semula tidak lama kemudian dan gambar di seluruh Negeri Johor digantung semula. Saya kesal dan marah kerana Sultan sekarang di dalam percubaan nya membolot harta pusaka Almarhum cuba mengeluarkan atau arah keluarkan surat cerai talak tiga ke atas Sultanah Zanariah agar Baginda hilang hak sebagai isteri untuk terima bahagian isteri kepada pusaka Almarhum. Saya telah membangkang dan menegur agak keras hingga menimbulkan prasangka yang saya derhaka atau membelot menyebelahi keluarga Sultanah Zanariah.

Selepas dari itu banyak perkara lain berlaku dan saya telah mula dianiaya dan berbagai tuduhan palsu dibuat, dirancang untuk menjatuhkan reputasi saya dan menampakkan diri saya sebagai seorang penjenayah. Apa yang saya lakukan hanyalah untuk menegakkan Hukum Allah dan Undang-undang Negara ini. Saya hanya menjalankan tugas rasmi saya sebagai seorang Peguam dan sebagai seorang Islam yang taat kepada perintah Allah. Biar saya hilang pangkat tetapi saya tidak sesekali menjual maruah dan prinsip hidup saya sebagai seorang Islam.

An excerpt.

http://uncleseekers.blogspot.my5142BBBD-C58F-4CB8-A55D-D4E71827B0EF.jpeg

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
http://onlytanahairku.blogspot.com/2012/07/sultan-johor-atau-kerabatnya-part_05.html