Abu Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah Rahimahullahu Ta'ala pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.
Si imam berkata:
"Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."
Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.
"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.
"Nu'man namaku", jawab si imam.
"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-Azhom (Imam agung itu?", tanya si budak.
"Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku," jawab si Imam.
"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal jika KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya."
Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam daripada seorang budak kecil terhadap Imam.
Imam Abu Hanifah Rahimahullahu Taala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru datang dari lidah seorang budak.
Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT,
tertipu kerana KEDUDUKAN,
tertipu kerana GELARAN dari sesama manusia.
Marilah kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir.
Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.
Ingatlah... "Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yang menyambut kita tatkala tiba di puncak kejayaan.
Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita. Kerana sahabat yang baik adalah pelita di kegelapan.
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.
Ketahuilah...
"TAKKAN MASUK SURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi. (Hadis riwayat Muslim).
JANGAN REMEHKAN NASIHAT, WALAUPUN DATANGNYA DARI SEORANG BUDAK HINGUSAN.
"Perhatikan APA yang disampaikan dan jangan melihat SIAPA dia..
Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
http://kisah-kekasih-allah.blogspot.com/2015/09/
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit