Kata org, jika isteri terpelajar & berpangkat.. dia akan berdiri atas kaki sendiri. Dgn posisi dia, bekerjaya, punya pendapatan sendiri, secara outomatis nya, dia akan merasa dirinya terjamin. waima tanpa suami.
Sifat yakin, membuat mereka acuh tidak acuh dgn rumah tangga & sifat "bossy" sering terbawa2 ke rumah. Bagi mereka, tidak sukar bertukar pasangan, kerana factor paras rupa & kedudukan. Betulkah?
Tapi, aku pernah ketemu seorg isteri, yg agak berkedudukan.. membiarkan dirinya d pukul, selama bertahun2. Adakah kerna isteri ini bodoh? Sedangkan, dia seorg yg terpelajar. Lalu, sejauh mana kebenaran kenyataan d atas?
Kata org juga, seorg suri rumah, yg tidak punya hasil sendiri.. akan jadi isteri yg Inferior and insecure. Mereka akan menerima setiap ujian dlm rumah tangga.. mereka akan setia.. Tapi, kita juga sering mendengar, isteri2 sebegini, yg curang dan derhaka. Lalu, bagaimana? lalu, ku ingin bertanya, adakah isteri2 ini setia kerna cinta, atau kerna terpaksa, kerana tiada arah tujuan?
Di mana2 dan atas apa keadaan pun, akan ada persoalan. Hidup adalah satu persoalan.
Pendapatku, isteri yg tidak berpelajaran, tidak semestinya.. bodoh. Munkin dia tiada peluang utk belajar & serba kurang dari segi ilmiah, kerna tidak d dedahkan. Isteri yg terpelajar, munkin bijak dlm lingkung apa yg d pelajarinya, tapi gagal dlm mengawal emosi & mengurus perasaan.
Pendapatku juga, yg paling utama dlm jiwa seorg Isteri, adalah IMAN. Jika dia BERIMAN, dia pasti dpt mengurus semua konflik kehidupan & dpt meletakkan dirinya Mengikut situasi & posisi selari dgn kehendak agama. Pasti dia tau d mana letaknya martabat seorg suami. Suami bukan seperti sebuah pejabat atau org bawahan. Mengurus seorg suami hanya perlu berbekalkan IMAN, IHSAN dan KASIH SAYANG. Buang sifat ego.. kerna syurga seorg isteri, dibawah telapak kaki suami.
Apa2 pun, kunci kebahagian, ditangan suami. Sebagai khalifah.. kamulah pemacu sebuah bahtera. Bimbinglah, jika ada yg tidak kena.
Kami telah upvote..
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Congratulations @deehasaod! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :
Award for the number of upvotes received
Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word
STOP
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit