3 Amalan Untuk Atasi Lupa

in lupa •  7 years ago 

AMALAN UNTUK MENGATASI LUPA​
Semua orang lupa kerana ia adalah perkara biasa
Tidak ada manusia yang tidak pernah lupa.

Antara amalan untuk mengatasi masalah lupa dan mengembalikan ingatan adalah:

💚1) Isti'azah (mohon perlindungan dengan Allah) 3x : kerana lupa mungkin disebabkan syaitan yang menutup ingatan manusia. Dalam surah Al-Kahfi, Nabi Musa a.s. memerihalkan bagaimana syaitan yang membuatkannya lupa.

💙2) Istighfar : Barangkali kita lupa kerana kesan maksiat yang dilakukan. Itu yang dinasihatkan oleh Waqi', tuan guru Imam Syafie ' : ilmu Allah itu NUR, dan cahaya tidak mungkin kekal dalam hati orang penuh dosa.

💖3) Selawat : kerana ia mengundang rahmat Allah. Bila lupa terjadi, ia bermakna 1 rahmat Allah telah ditarik dari kita.
Maka berselawatlah. Ia bakal mengundang segala rahmat & barokah, insha Allah

Semoga kita dpt amal agar bila kita lupa, kita akan kembali kepada Allah yang akan membantu ingatkan kita kembali.

Wallahuallam💚

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Hallo @mastamind.. Selamat berjumpa di Steemit! Suka melihat anda join.. diupvote ya.. :-˃

👍