Kos sara hidup, rasuah punca Harapan menang

in malaysia •  6 years ago 

KUALA LUMPUR – Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, penguasaan parti gabungan BN yang begitu lama akhirnya kecundang kepada Pakatan Harapan melalui tsunami rakyat yang melanda seluruh negara dengan memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen dalam PRU14.

Dikukuhkan lagi kedudukannya di Parlimen menerusi lapan lagi kerusi dimenangi Parti Warisan Sabah yang mengumumkan sebelum ini menyertai Harapan di peringkat persekutuan.

92C78051-ECD7-4877-BFEB-E3E7B86590D8.png

Keputusan PRU14 jelas menunjukkan, rakyat Malaysia mengundi untuk perubahan, menolak pemerintahan BN selama 63 tahun yang akhirnya kecundang kepada Harapan, satu pakatan longgar dibentuk Parti Keadilan Rakyat, Amanah dan Bersatu.

Selain mengekalkan mandat di Selangor dan Pulau Pinang, pakatan pembangkang itu juga dapat menguasai Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.

Dengan jolokan ibu bagi segala pilihan raya, menurut penganalisis antara sebab rakyat menafikan kemenangan kepada BN disebabkan faktor gelombang Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sebagai pemimpin bersifat positif bagi menyelesaikan masalah negara seperti kos sara hidup yang tinggi, hutang dan kebankrapan.

Himpunan skandal rasuah membabitkan pemimpin parti, penyalahgunaan dana 1MDB, isu tanah Felda Jalan Semarak, projek yang tidak wajar bernilai berbilion ringgit dan penggubalan undang-undang kontroversi seperti Akta Antiberita Tidak Benar yang diluluskan sebelum pilihan raya.

Seorang penganalisis politik Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed menyifatkan kekalahan ini disebabkan tsunami Melayu yang jarang berlaku di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar, yang menyebabkan rakyat bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka dengan dasar kerajaan yang membawa kepada kos sara hidup yang tinggi.

"Kita tidak pernah melihat tsunami Melayu sejak sekian lama, dan hari ini, kita melihat yang secara tradisinya kubu kuat Umno dan BN kini berada di bawah kawalan PH. Ini kerana kos sara hidup yang tinggi, satu isu yang sangat dekat dengan hati penduduk terutama orang Melayu di luar bandar.

"Rakyat di luar bandar merasai kesengsaraan, penderitaan dan menghadapi kesukaran. Sebab itulah mereka mahu menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa isu-isu ini perlu diselesaikan dengan teliti dan cekap,” kata Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu kepada Bernama.

Sebaliknya, beliau berkata, Dr Mahathir terus memberi penekanan untuk menghapuskan GST yang memberi impak besar kepada kos sara hidup.

"Kita juga menyaksikan bagaimana kerajaan BN menghadapi pengurusan yang salah dan rasuah. Rakyat miskin melihat bagaimana pegawai kanan kerajaan dan menteri membawa gaya hidup mewah sedangkan mereka (rakyat) menghadapi kesukaran membeli pakaian dan makanan.

"Walaupun terdapat BR1M, ia tidak mencukupi untuk membayar ganti rugi dengan kenaikan kos sara hidup. Rakyat sudah bosan kerana kerajaan BN gagal memberi respons tentang keperluan dan kehendak rakyat, dan mereka menunjukkan kuasa mereka dalam undi," katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM Prof Shukri Shuib berkata, calon BN harus menerima dengan menjadi tidak bertanggungjawab tidak akan pernah menjamin kemenangan seperti yang terbukti hari ini bahawa rakyat boleh mengubah kuasa itu agar kerajaan baharu boleh melakukan lebih banyak lagi.

Beliau juga menyarankan, beberapa pemimpin BN melepaskan ego mereka dan menawarkan bantuan dan kepakaran kepada kerajaan baharu Dr Mahathir untuk kebaikan rakyat dan negara.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan kekalahan mengejut kerajaan BN berpunca daripada pernyataan pengundi atas pagar ,yang telah menyatakan sentimen mereka tentang GST, kos sara hidup, gelombang Dr Mahathir, dasar dan integriti kerajaan terdahulu, adalah pada tahap tertinggi terhadap BN. - Bernama

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!