Coxn's Café- Restoran best memandang matahari terbenam di Pontian, Malaysia

in my •  7 years ago 

IMG-20170115-WA0003.jpg

Pontian terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, adalah tertakdir lokasi ini dilahirkan untuk menyaksikan matahari terbenam di tepi pantai. Tiap kali Auleo kembali ke Pontian, selalunya pergi tepi laut di Crown Plaza, menikmati tiupan angin laut, dan menonton matahari terbenam. Bersyukur betul dan selesanya kehidupan penduduk Pontian –begitu dekat saja untuk memandang matahari benam yang indah sekali

Sering sekali Auleo fikirkan, adakah restoran makanan laut yang bersebelah dengan laut yang boleh sambil makan sambil menikmati matahari terbenam, yang serupa dengan western food restoran seperti di Jimbaran Bali ?

Kenyataannya ialah Auleo yang tidak tahu sahaja, rupa-rupanya sebuah restoran western food tersembunyi kat dalam kampung Melayu, yang didirikan oleh penduduk yang tinggal sana- Suasana situ setanding dengan standard Jimbaran Bali, iaitu Coxn's Café

Terpesona dengan gambar-gambar kat Internet tentang Coxn's Café, Auleo mesti pergi restoran ini cuba-cuba
IMG-20170115-WA0001.jpg

Restoran dibahagikan kepada dalaman dan luaran, dimana luaran adalah “super hot seat” bagi menyaksikan matahari terbenam, sila datang awal untuk hot seat ini

Kira-kira pukul tujuh, kakitangan restoran akan nyalakan lilin meja, suasananya lagi “romantic”
IMG-20170115-WA0004.jpg

IMAG8578.jpg
Yang bestnya lagi,harga Coxn's café bukan mahal sangat, setanding dengan kedai Mamak ! ia merupakan tempat chit-chat yang bisa pergi selalu

Pun boleh buat gathering kecil dengan member-member, parti harijadi dan lain. Hiasan seperti berikut, boss kata lebih kurang RM50-60 , agak murah ya.
IMG-20170115-WA0002.jpg

Rumah kecil untuk penyediaan minuman.
IMAG8574.jpg

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Kami sudah upvote..

  ·  7 years ago 

terima kasih jutaan !