JAUH PERJALANAN , LUAS PANDANGAN......!!!!!!

in pelancongan •  7 years ago  (edited)

Kata hikmah - ' JAUH PERJALANAN , LUAS PANDANGAN ' itulah pembuka bicara untuk penulisan artikel saya. Melancong merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan kerana berpeluang menengok negeri orang dan berkesempatan untuk berkenalan dengan pelancong - pelancong dari negara lain.

Pada tahun 2011 saya telah melawat ke Guilin, Negara China. Semasa di Guilin saya berkesempatan melawat ke beberapa buah gua yang sungguh menarik dan menakjubkan. Antara gua yang sempat saya lawati adalah gua Silver dan gua Crown.

Cubalah anda lihat pemandangan yang indah di dalam gua ini. Sungguh cantik dengan berbagai-bagai warna. Keadaan warna-warni ini sungguh mempesonakan. Boleh dikatakan gua-gua lain yang ada di Guilin ini memang menyerikan mata memandang.

Seterusnya saya akan menunjukkan gambar dalam gua-gua yang lain.

Lihatlah stalaktit dan stalagmit dalam gua ini. Keadaan stalaktit dan stalagmitnya sangat memanjang dan diselaputi dengan cahaya lampu yang terang benderang dan berwarna- warni.


Saya juga sempat bergambar dan beraksi dalam gua.


Boleh dikatakan hampir setiap sudut diterangi dengan cahaya lampu yang berwarna-warni. Tiada kelihatan bahagian yang malap dan tidak diterangi.


Sungguh cantik dan menakjubkan.


Wah, lihatlah corak yang pelbagai pada sudut gua ini! Rupabentuk bahagian gua ini seolah-olah macam rupa airterjun.


Hampir semua bahagian dalam gua bermandikan cahaya lampu yang berwarna-warni. Tidak sempat hendak berkomunikasi dengan kawan-kawan kerana masing-masing sibuk menangkap gambar dan bergambar.


Ada yang sempat bergambar sambil bergaya. Di sini dapat anda lihat stalaktit bertemu dengan stalagmit.


Lihatlah stalaktit yang tergantung di langit-langit gua.


Sudut ini lebih jelas menunjukkan stalaktit telah bercantum dengan stalagmit. Jika anda perhatikan dari sudut lebih dekat anda akan dapat lihat keadaan batunya bersinar dan berkelipan .


Corak pada dinding gua ini sudah cukup menyejukkan mata memandang. Cahaya lampunya sudah cukup meninggalkan seribu kenangan.


Wah, tengok keadaan bahagian ini seolah-olah macam poster yang dilukis oleh pelukis. Saya pernah melihat poster yang begini rupa di arkib negara suatu ketika dahulu. Tapi bila saya melawat ke Gua Silver ini di Guilin barulah saya sedar bahawa sebenarnya memang ada wujud pemandangan yang sebegini cantik dan mengkagumkan.

Guilin bukan sahaja cantik dengan keindahan guanya malah pemandangan di luar gua dan di sekitar Guilin sungguh mempesonakan mata memandang. Semasa saya berada di situ tanpa disedari hati saya sudah terpaut dengan pemandangan semulajadi di Guilin. Pemandangan di Guilin memang tiada tolok bandingnya.

Seterusnya saya akan menunjukkan gambar pemandangan semulajadi di sekitar Guilin. Boleh dikatakan hampir setiap sudut pemandangannya bergunung-ganang.

Gambar ini sempat saya tangkap semasa saya berada di atas bukit di Kepulauan Guangxi.


Sempat kami bergambar bersama-sama sebelum kami menaiki kapal ke " Li River ".


Di sinilah jetti di mana kami menaiki kapal untuk menyeberangi sungai Li atau lebih dikenali sebagai "Li River".


Pemandangan di sepanjang sungai Li.


Ini kawasan jetti yang menghadap ke Li River. Pemandangan yang membawa seribu kenangan manis.

Kami juga berkesempatan melihat rumah kediaman Presiden Chiang Kai Sek.

Beginilah rupanya tong sampah di Guilin.

Kami juga berkesempatan berakit di sepanjang tepi Li River. Sungguh kagum dengan kebersihan sungai Li. Tiada pencemaran sungai dan tiada sampah sarap terapung-apung di atas sungai.

Berkesempatan melihat unta berbulu tebal.
Selain melihat pemandangan alam semulajadinya kami juga berkesempatan melihat sebahagian daripada bandar Guilin.
Berikut adalah gambar bandar Guilin.


Ini adalah pemandangan di luar Hotel Shangrila. Hotel ini bertaraf enam bintang. Kami berkesempatan untuk bermalam di hotel ini.

Pemandangan sekitar tasek Sangrila.

Kunjungan ke Guilin telah meninggalkan seribu kenangan manis yang sukar dilupai. Bila saya ke mana-mana saya suka melihat pemandangan dan saya tidak suka menghabiskan masa membeli belah.
Kalau anda minat video rakaman ini bolehlah anda resteem upvote & follow......

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

@mrainp420 has voted on behalf of @minnowpond. If you would like to recieve upvotes from minnowponds team on all your posts, simply FOLLOW @minnowpond.

        To receive an upvote send 0.25 SBD to @minnowpond with your posts url as the memo
        To receive an reSteem send 0.75 SBD to @minnowpond with your posts url as the memo
        To receive an upvote and a reSteem send 1.00SBD to @minnowpond with your posts url as the memo

Menuntut ilmu biarlah sampai negara china. 😁

Menuntut ilmu dari buaian sampailah ke liang lahat.

@cmtzco has voted on behalf of @minnowpond. If you would like to recieve upvotes from minnowponds team on all your posts, simply FOLLOW @minnowpond.

To receive an upvote send 0.25 SBD to @minnowpond with your posts url as the memo
To receive an reSteem send 0.75 SBD to @minnowpond with your posts url as the memo
To receive an upvote and a reSteem send 1.00SBD to @minnowpond with your posts url as the memo