Sains Metafizik Pernomboran

in sains •  5 years ago 

Memang sangat penting untuk kita mengukur potensi diri melalui angka dan potensi diri boleh diukur melalui tarikh lahir. Tarikh lahir itu sendiri wujud dari angka yang diukur dari alam semesta iaitu dimana matahari, bulan dan bintang berpaksi sewaktu kita dilahirkan. Jadi kebijaksanaan manusia pula adalah mencipta patern dari angka tarikh lahir tersebut. Patern atau kod-kod untuk menilai karektor manusia bukanlah dicipta sesuka hati. Kalau sesuka hati, maka ia tidak akan menjadi satu patern. Misalnya, kita boleh sesuka hati mentafsir individu angka 6 adalah gila. Kita boleh tafsir orang angka 8 akan miskin selamanya. Jika setiap angka ditafsir tanpa dikaji boleh menyebabkan dunia menjadi huru-hara. Jadi untuk mewujudkan patern. Kajian ke atas beribu-ribu individu diperlukan untuk menunjukkan karektor yang sama dengan 1 angka barulah kod atau patern itu disahkan dan boleh kita tafsirkan kepada orang lain yang mempunyai angka yang sama. Kod yang sama ada pada orang lain menunjukkan karektor mereka adalah sama. Yang boleh membezakan kejayaan mereka, hanya situasi kelahiran mereka di waktu berbeza, lokasi mereka lahir, waktu kelahiran, kehidupan dari keturunan dan lain-lain perkara lagi.
#SainsMetafizik
#Pernomboran
#SainsNombor

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!