Cinta dan Karung Guni

in steammalaysia •  7 years ago  (edited)

Hari ini saya ingin menceritakan kisah lucu Pak Cik Karan. Pak Cik Karan adalah seorang duda yang berumur 75 tahun. Beliau menyukai Aisah, seorang janda yang berumur 65 tahun, sejak beliau berkenalan dengannya 6 bulan yang lalu. Pak cik Karan selalu memberikan hadiah kepada Aisah dan Aisah pula mengambil hadiah itu tanpa segan silu.

sinema karung guni II.png

Suatu hari Pak cik Karan ke rumah Aisah. Alangkah sedihnya hati beliau melihat Aisah sedang bermesra dengan lelaki lain. Pak Cik Karan lantas pergi ke kedai berhampiran untuk membeli arak, balik ke rumah beliau dan minum arak tersebut. Akhirnya, Pak cik Karan pun mabuk dan dengan dorongan perasaan kecewa beliau berazam untuk bunuh diri. Beliau ternampak sehelai karung guni yang besar yang boleh memuatkan dirinya. Beliau pun membawa keluar karung guni tersebut ke jalanraya berhampiran dengan rumahnya . Sesampai di tengah-tengah jalanraya, beliau lantas masuk dan bebaring di dalam karung guni tersebut sambil bercakap kuat dan menyumpah-nyumpah Aisah.

Kebetulan lalu sebuah kenderaan di jalanraya tersebut. Alangkah terkejutnya pemandu kereta yang bernama Alan melihat karung guni bergerak-gerak di tengah jalanraya. Pada mulanya Alan agak takut namun dia memberhentikan dan mematikan enjin kereta. Tiba-tiba Alan terdengar suara orang sedang bercakap dengan kuat dari dalam karung guni tersebut. Alan pun keluar dari kereta dan memeriksa karung guni itu. Alangkah terkejutnya beliau melihat Pak cik Karan dalam keadaan mabuk dalam karung guni tersebut. Pak Cik Karan tidak berhenti-henti berkata yang beliau ingin berkawin dengan Aisah dan ingin bunuh diri kerana Aisah suda ada teman baru.

Alan memapah Pak Cik Karan balik ke rumah beliau dan selepas Pak Cik Karan tertidur, barulah Alan balik semula ke keretanya sambil ketawa terbahak-bahak dengan kelakuan Pak cik Karan. Tua-tua pun masih ada cerita begini kata hati beliau.

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Hahaha... Tua2 berjiwa muda..