STEEM CARTOON : HIBURAN KETIKA BOSAN.

in steem-cartoon •  7 years ago  (edited)

Hello steemians!

Setiap orang ada cara terapi diri masing-masing dalam menghadapi stress dan kebosanan. Saya pasti anda juga ada caranya.

20180218_110136.jpg

Bagi diri saya melukis kartun adalah terapi apabila saya merasa sangat bosan. Sejak zaman persekolahan lagi. Setiap kali subjek yang membosankan, saya akan melukis wajah cikgu berkenaan. Pernah juga saya kantoi dengan guru dan diberi hukuman berdiri atas kerusi dengan lukisan tersebut digantungkan di leher. Heh! Satu kelas akan gelakkan saya.

20180218_105938.jpg

Objek yang menjadi bahan lukisan saya biasanya kawan-kawan, guru dan apa sahaja yang terlintas. Saya akan kartunkan mereka. Bagi kawan-kawan ianya adalah satu bentuk hiburan pada mereka. Lukisan saya akan beredar dari satu tangan ke tangan yang lain. Namun tidak ada pula yang rasa tersinggung atau marah dengan lukisan saya. Malah mereka juga ketawa melihatnya.

20180218_105956.jpg

Perangai saya ini masih terbawa- bawa hingga sekarang. Saya akan terus leka melukis bagi menghilangkan bosan. Malah ada kawan- kawan yang offer agar wajah mereka saya lukis. Heh!

Lukisan saya tidaklah sebagus dan hebat mana pun. Tapi saya 'enjoy' dengan cara melukis begitu, ianya adalah cara saya menghilangkan rasa bosan.

20180218_110041.jpg

Selain itu, saya seronok apabila melihat lukisan kartun itu juga dapat menghiburkan kawan-kawan di sekeliling.

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!