Aku dan Zamir berjalan kaki keluar dari Bandara Adisudjipto kerana Grab tidak berani memasuki pagar airport, khuatir jika dikesan oleh pengusaha teksi.
Selepas berbasa basi dengan teman-teman Zamir, aktivis di SME, aku dan Zamir ke Jalan Malioboro, berkelintau mencari makan selepas membelek belek baju baju batik di dalam pasar dan sepanjang jalan . Kerana terlewat keluar dari Kajang ke KLIA2 selepas subuh hanya sempat bersarapan nasi lemak dalam pesawat, barulah petang terasa lapar.
Dari Malioboro ke Keraton menaiki beca kerana Zamir kasihan dengan aku. Dia fikir aku sudah tua tak berdaya. Walhal berjalan kaki memang aku suka sejak remaja. Aku pernah berjalan kaki dari Panggung Coliseum ke Wangsa Maju, dari Ampang ke Cheras. Sewaktu tinggal di Lebak Bulus Jakarta Selatan aku berjalan kaki saja ke Kota Depok. Malah di Eropah, aku hanya berhenti berjalan kaki untuk makan dan malamnya pulang untuk tidur. Sepanjang siang aku berjalan.
Selepas 'mendirikan solat asar hujung waktunya' di Masjid Agung Keraton, kami berbaringan. Aku memejam mata membuang lelah dengan berangan. Ya, dalam dunia ini berangan masih percuma.
Tersedar dari berangan, hari sudah gelap. Suara hingar anak-anak sekolah yang berbual tadi sudah tiada. Rupanya kami berdua tertidur.
Ketika azan maghrib sedang berkumandang, kami keluar menuju destinasi lain. Kerana kami ini musafir yang yakin masih ada waktu dan nafas pada hari itu.
Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!