ANAK-ANAK ADALAH PERHIASAN KEHIDUPAN DUNIA SEKALIGUS FITNAH Posted on September 2, 2009 by aminchehassan Ditulis oleh : Khairul Zamil

in steemit •  7 years ago 

ANAK-ANAK ADALAH PERHIASAN KEHIDUPAN DUNIA SEKALIGUS FITNAH
Posted on September 2, 2009 by aminchehassan
Ditulis oleh : Khairul Zamil

Anak-anak adalah kurniaan dari Allah SWT kepada manusia. Kita pasti akan merasa teruja, gembira dan tenteram menyaksikan sebuah keluarga dalam keadaan bergurau senda sekali gus terdetik di hati ini mengimpikan situasi itu bakal terjadi pada diri kita. Anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia sebagaimana ditegaskan oleh beberapa ayat-ayat suci al-Quran di bawah ini:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

[Ali-Imran, 3:14]

Harta benda dan anak-pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

[Al-Khaf, 18:46]

Oleh kerana itu, kita akan dapati kebanyakkan masyarakat umum tertipu oleh perhiasan ini, sehingga akhirnya kita sendiri akan berbangga-bangga dengan anak-anak kita dengan anggapan barangkali kita sudah punyai pewaris dan bahawa Allah SWT meredhai kita kerana telah diberikan anak yang banyak kepada kita. Dikhuatiri akhirnya , kita menganggap lebih tinggi dan lebih mulia daripada keluarga-keluarga yang sedikit atau belum mempunyai anak.

Kemudian turunlah ayat-ayat Allah SWT membantah anggapan bahawa pemikiran ini adalah suatu hasil kekeliruan pemikiran sebagaimana berlakunya pemikiran arab jahiliyah, Allah menolak kebanggaan menurut jahiliyah mereka, serta menegaskan kepada orang-orang beriman bahawa banyaknya anak ini sama sekali tidak akan berguna bagi mereka dan juga tidak akan memberikan keuntungan sedikit pun di sisi Allah. Terjemahan Firman Allah SWT:

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak-pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenanga…

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
http://panduanpercuma.info/agama/1379/anak-anak-adalah-perhiasan-dunia-sekaligus-fitnah/