Adakah kita perlukan vitamins?

in steempress •  6 years ago  (edited)


Source

Hi Steemians, Hari ini saya ingin berkongsi tentang pengambilan vitamin dan suplemen semula jadi. Vitamin merupakan nutrisi yang penting bagi tubuh kita.

Mengikut maklumat yang saya dapat, vitamin dan suplemen semula jadi tidak sama dengan kesan ubat preskripsi. Namun begitu, untuk keselamatan kita vitamin dan suplemen itu mestilah mendapat kelulusan dari kementerian dan kesihatan.

Saya memakan vitamin C setiap hari. Kenapa? Kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkan vitamin C. Tentu anda berkata " hmm... Tidak perlu makan vitamin C kerana boleh dapat vitamin C dalam buah-buahan" ..
Ya, saya tidak nafikan fakta tersebut.

 



Source


 

Namun begitu saya ingin bertanya kepada anda?

  • Adakah anda memakan buah-buahan setiap hari?

  • Berapa biji buah yang anda makan?

  • Apakah jenis buah-buahan yang anda makan?

Tahukah anda kandungan vitamin C pada setiap jenis buah-buahan adalah berbeza Contohnya buah oren: sebiji oren membekalkan 50 - 70 mg vitamin C.
Saya makan 1 tablet vitamin C = 500mg

So, persoalan saya ialah... Adakah anda sanggup memakan 7 biji oren pada setiap hari?

Adakah anda sudah faham dengan penerangan saya diatas? Bagus :)

So, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi, apa jenis vitamin yang saya ambil.

  • Omega 3 kapsul (minyak ikan): Ini telah terbukti meningkatkan tahap serotonin di dalam otak. Saya mengambil tiga kapsul setiap hari, tetapi dos adalah berbeza-beza mengikut jenama. Anda boleh membaca arahan pada pakej dengan teliti. Perlu diingati bahawa anda perlu minum banyak air jika mengambil Omega 3.

  • Vitamin B complex: vitamin ini dapat membantu menyokong sistem saraf. Berhati-hatilah kerana vitamin ini akan mengubah urine anda menjadi warna kuning terang kuning! 😂 😂... So anda kena minum banyak air...

Setakat ini, saya cuma memakan vitamin C, Omega 3 dan Vitamin B complex. So... Jika anda hendak mencari vitamin dan suplemen untuk diri anda... anda perlulah meminta nasihat dari doctor dahulu barulah membelinya di pharmacy. OK!

Terima-kasih kerana membaca blog post saya, jumpa lagi di artikel yang akan datang. Cheers!


Posted from my blog with SteemPress : http://arwine.vornix.blog/2018/09/19/adakah-kita-perlukan-vitamins/

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Hi, @arwine. I'm a bot. It looks like you may have unclaimed rewards.

The Steem network rewards users for making posts and comments, and for voting on posts and comments. These rewards go into your rewards balance. Currently, you have 2.723 Steem, and 2.748 Steem Power in pending rewards.

You can claim your rewards by visiting your wallet page.

Just reply to this comment, if you need any help.

Jika anda hendak mencari vitamin dan suplemen untuk diri anda... anda perlulah meminta nasihat dari doctor dahulu barulah membelinya di pharmacy.

Ini adalah kenyataan yang paling penting. Bukan semua orang perlukan suplemen vitamin dan zat-zat lain. Ia bergantung kepada kesihatan seseorang.

Bukan semua orang perlukan suplemen vitamin dan zat-zat lain. Ia bergantung kepada kesihatan seseorang.

Ya, sangat betul.