Debaran Final

in teammalaysia •  7 years ago 


inage source

Pada subuh ketika bersahur tadi, saya bersiap sedia untuk menonton piala berprestij iaitu Liga juara juara eropah Final yang bertempat di KIEV, Ukraine. Seperti biasa pilihan tempat kami tak bukan di restoran Halifah yang terletak di tempat sahaja yang baru dibuka iaitu Inanam Capital.

Separuh masa pertama

Taktik klopp berjaya memerangkap anak buah Zinede Zidane namun ketika minit ke 29, satu detik yang memusnahkan impian Liverpool untuk beraksi dengan agresif apabila Ramos menjatuhkan Mo Salah ketika perebutan bola berlaku,seperti yang difahamkan bahu Mo Salah mengalami kecederaan yang agak serius sehinggakan terpaksa keluar dan digantikan oleh Adam Lallana. Separuh masa pertama mereka saling berbalas serangan namun masing-masing buntu untuk mencari peluang gol.

Separuh masa kedua

Kali ini perubahan taktik yang digubah oleh Zidane membuahkan hampir membuahkan hasil setiap serangan demi serangan Real amat merbahaya sekali hinggakan mulanya Isco hampir mencatat selaku penjaring namun dinafikan oleh palang gol. Ketika satu detik Penjaga gol Liverpool sebenarnya boleh melihat keadaan sekeliling dahulu namun 'error' yang beliau lakukan kelihatan 'foul' pada mulanya, Karius melontar bola dan secara tiba-tiba sahaja Karim Benzema menerjah masuk seakan-akan cara beliau tidak sah tapi setelah dilihat dari rakaman semula, ternyata 'error' itu bermula dari Karius.


Sadio Mane Horsie

Tidak lama selepas itu Liverpool mendapat sepakan sudut ditanduk oleh Lovren dan disambut kemas ole Sadio Mane, corak permainan beliau amat mengkucar-kacirkan pertahanan Real sejak minit pertama lagi. Pertengahan masa kedua Isco dikeluarkan dan digantikan Gareth Bale, tidak memerlukan masa yang panjang Bale melakar sejarah beliau sendiri menjadi supersub yang bertenaga. Marcelo melencongkan bola dan disambung oleh Bale dengan gaya 'bicycle kick' , derita Liverpool tidak habis disitu Sekali lagi Bale menjadi duri berbisa dengan rembatan jarak jauh yang gagal ditangkap kemas oleh Karius dan menjadikan kedudukan 3 berbalas 1.


Bale Stunning Kick

Tamatnya perlawanan dan sekali lagi tahniah kepada Real Madrid dengan tropi ke 13 dan kemenangan ini juga yang ke 4 buat Real Madrid secara berturut semenjak Zidane mengambil alih mengurus Real. Bagi saya kecewa itu perkara biasa yang harus kita faham adat resam dunia bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Sekian dan #YNWA

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness