Selamat sejahtera yang meminati English Premier League(EPL) semestinya tahu akan perlawanan ke 38 ataupun yang terakhir bagi setiap pasukan musim ini.
Hari ini saya akan fokuskan kepada top 4 dan juga pasukan yang tersingkir dari liga (relegated team).
Manchester city memenangi saat akhir perlawanan melawan southampton apabila Gabriel Jesus menjaringkan gol pada minit kecederaan yang berkesudahan 1-0. Di tempat kedua pula Manchester United memastikan slot nombor dua mereka pertahankan meskipun jiran mereka jauh dihadapan, Marcus Rashford menjaringkan gol tunggal untuk memastikan kemenangan menentang Watford.
Tottenham agak kontroversial memenangi 5-4 melawan Leceicester City. Harry Kane selaku penjaring kedua terbanyak menyumbat dua gol dalam perlawanan ini namun masih berada dibelakang pencabar beliau iaitu Mo Salah selaku penjaring terbanyak EPL.
Liverpool pula menang bergaya dengan jaringan awal Mo Salah diikuti dengan Dejan Lovren, Namun tidak habis disitu Solanke menambah derita Pelawat lagi dengan gol ketiga beliau dan mendekati minit akhir minit perlawanan seakan-akan berkesudahan 3-0, Robertson menggayakan kemenangan Liverpool 4-0. Berakhirnya liga ini Mo salah dinobatkan selaku penjaring terbanyak dan lebih manis lagi jaringan 32 gol beliau telah memecahkan lama yang dipegang oleh Cristiano Ronaldo, Luis Suarez dan Alan Shearer yang mana ketiga-tiga pemain ini menjaringkan 31 gol dalam satu musim liga. Diikuti yang kedua Harry Kane menjaringkan 30 gol semusim yang juga rekod baru peribadi beliau dan juga kelab.
Slot UEFA
Pasukan yang layak ke liga-liga juara eropah iaitu Manchester city, Manchester united, Tottenham Hotspurs dan juga Liverpool. Bagi ke 5 yang dihuni oleh Chelsea slot automatik ke Europa League dan Arsenal perlu melalui Playoff untuk melayakkan mereka jejak langkah Chelsea.
Pasukan Tersingkir
Sukar untuk ditelan pahitnya namun ketiga-tiga pasukan ini harus menerima hakikat musim ini bukan yang terbaik untuk mereka, Swansea telah bertahan beberapa musim namun kuasa taktikal itu telah menunjukkan ianya bila-bila masa sahaja runtuh. Stoke City yang digelar the Soldiers juga tumbang walaupun kekerasan terjahan pemain pertahanan mereka namun tidak cukup untuk mempertahankan kedudukan yang mereka ungguli pada awal dahulu. west bromwich albion juga tidak konsisten dan kerap mempunyai masalah disiplin pemain dan pengurusan dari mereka sendiri.
Kesimpulan
Peredaran bola sepak inggeris jauh bezanya daripada 18 tahun yang lalu saya lihat dahulu, gaya inggerisnya pada dahulu kian menghilang yang kini apa yang kita lihat kuasa membeli, pengaruh pengurus, populariti pemain serta fokal taktikal yang berubah dari masa ke semasa.
Arsene Wenger dahulunya digelar kebal dengan pembawaan wengerball beliau yang mana pada masa itu Alex Ferguson juga mendominan liga inggeris melalui resepi tersendiri beliau. Hari berganti hari dan begitu juga musim berterusan apa yang kita nampak taktikal moden kini amatlah besar perubahan, seperti Pep Guardiola datang ke Manchester City hanya memerlukan 1 musim sahaja untuk menjuarai liga pada musim kedua beliau. Era Mourinho juga tak kurang hebatnya walaupun digelar 'park the bus' meletakkan kebanyakan pemain untuk bertahan, namun terbukti taktik beliau berjaya mencabar kedudukan Manchester serta bolos yang tidak mencecah 30 angka. Begitu juga dengan Pochi jurulatih Hotspurs dan juga Kloop yang membawa liverpool, mereka inilah juga berjaya mengubah landskap bola sepak ke tahap yang boleh dikatakan mencabar kedudukan dan konsisten. Malang bagi Conte yang menjuarai pada musim pertama beliau tetapi pada musim kedua jauh dari sasaran sehinggakan gagal melayakkan pasukan beliau untuk memasuki liga juara juara eropah (Uefa) pada musim hadapan.
Tahniah
Sekalung ucapan tahniah kepada Manchester City yang menjuarai liga dengan bergaya. Begitu juga kepada semua pasukan yang bertanding usaha sama semua atas satu pasukan, semoga ianya diteruskan dengan semangat berpasukan.
Sekian dan jumpa lagi pada musim hadapan.
selamat tinggal swansea city, stoke city dan wba semoga tahun depan kembali
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
semoga jumpa lagi
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
abang pendukung liverpool ya? saya lihat ada ynwa di tag? teri kasih ucapan selamat untuk manchester city... saya pendukung manchester city...salam kenal abang @arjimi
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
ya saya pendukung liverpool... salam kenal juga dan tahniah kepada team anda..
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
terima kasih banyak..
saya berharap liverpool juara di liga champion....
suatu kebahagian bagi saya kalau liverpool juara champions...karena saya kurang suka madrid
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
selamat utk man. city sebagai juara EPL, persaingan musim depan akan lebih ketat lagi.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Ada ternampak juga perlawanan akhir man city tu. Nda tahu la apa akan terjadi season baru ni
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit