Sekarang ini musim panas dan semua orang ramai wajib untuk berwaspada dan perlu mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan masalah semasa musim panas ini.
Kebiasaannya pada musim panas begini, kes-kes kebakaran akan meningkatkan. Ia berlaku di rumah, premis perniagaan, kawasan hutan dan belukar.
source
Memandangkan kes pembakaran secara terbuka selalu dilakukan di kawasan-kawasan pertanian dan hutan belukar, pemantauan harus ditingkatkan pada musim panas. Ini kerana pada musim panas kawasan-kawasan itu menjadi kering dan senang terbakar. Masalah ini akan menyebabkan kesukaran untuk memadam kebakaran memandangkan tekanan air yang semakin rendah. Selain itu ia turut mengundang masalah lain seperti jerebu.
Orang ramai juga mesti minum air yang banyak semasa musim panas dan menghadkan membuat aktiviti di luar rumah daripada hari-hari biasa yang terdedah kepada matahari. Semua orang kena tahu dan memahami bahawa kemungkinan serangan strok haba akan mudah berlaku pada musim panas jika terdedah kepada cuaca panas.
Selain itu kita mudah jatuh sakit ketika musim panas. Antara penyakit yang biasa berlaku pada musim panas ialah demam, selesema, batuk, penyakit kulit dan sebagainya.
Pada musim panas ini juga, pembiakan nyamuk aedes lebih cepat berbanding pada musim hujan. Perkara ini mesti diberi perhatian dan mesti berwaspada serta perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk menangani masalah denggi sepanjang musim panas.
Langkah penjimatan air juga perlu di ambil perhatian kerana taburan hujan yang kurang akan menyusutkan paras air di beberapa empangan atau kawasan tadahan hujan.
Oleh itu, semua pihak mesti ada sikap tanggungjawap dan mengikut peraturan yang ditetapkan semasa menghadapi musim panas agar ia tidak mendatangkan pelbagai masalah.
Terima kasih kerana menggunakan tag #bm, jom sertai Discord Steem Bahasa untuk dapat sokongan upvote free dari komuniti Steem Bahasa. https://discord.gg/Uu6gugE
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Ok. Terima kasih :)
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Banyak skrg terbakar saja.. btl2 musim panas melampau. Lama sudah tidak hujan. Hopefuly dalam masa terdekat hujan la..
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Ya betul tu.
Tadi sy tingu awan, macam ada tanda2 mo hujan sebab gelap2... Tapi sampai sekarang belum pun hujan.. Hahaa
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit