Argghh... Cuaca sangat panas. Air-con dirumah tidak dapat melawan dengan cuaca panas di luar. Dengan secara rasminya saya akan membatalkan aktiviti untuk berjoging di luar rumah pada hari ini. Tidak apa, esok masih ada 😬.
Segala aktiviti yang saya rancang untuk hari ini tidak berjalan dengan lancar. Sepatutnya hari ini saya diet, tetapi tidak tahan dengan godaan aiskrim 😋. Cuaca yang sangat panas menyebabkan saya tidak berfikir kedua kali untuk memakan aiskrim.
Hari ini saya berehat di rumah sepanjang hari kerana anak pertama saya sedang demam, selesema, batuk dan gastrik dan muntah-muntah. Saya tertanya-tanya adakah cuaca yang terlalu panas ini yang menyebabkan ia demam?
Saya telah membawanya untuk berjumpa dengan doktor semalam. Doktor memberi 1 hari cuti sakit. Pada pendapat saya, cuti untuk sehari belum cukup kerana keadaanya sangat lemah.. Nampaknya dia terpaksa untuk bercuti untuk keesokan harinya.
Saya telah membaca satu artikel bahawa cuaca panas di Sarawak lebih 50 darjah celsius Wahhh😱😱... Saya fikir berita itu memang benar kerana, cuaca sekarang pun sangat panas. Sehingga kepala saya sakit. 😵😵
Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihati sesiapa sahaja yang membaca artikel ini,
- minum air banyak-banyak
- jangan membuat aktiviti diluar, nanti kena strok haba.
- jika anda sakit, jumpalah doktor.
- jika anda berada di bawah matahari yang panas, jangan meminum air sejuk.
- jangan membakar
- jika anda merokok, jangan membuang rokok di merata-rata tempat, kerana dengan keadaan cuaca yang panas ini kebakaran senang terjadi.
Itu saja coretan saya pada kali ini, sehingga berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Sekian dan terima kasih.
Ini menarik postingnya dan telah kami resteem ke 7662 follower ya.. =) (Sekelumit kontribusi kami sebagai witness untuk komunitas Steemit Indonesia.)
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Yang siok kalau panas, kain cepat kering. Hehehe
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Ya betul tu... Hahaa
Posted using Partiko Android
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit