Penyakit Paru-Paru Berair

in teammalaysia •  7 years ago 

paru+ber.jpg

Pada minggu lalu saya dikejutkan dengan berita uncle saya dimasukkan ke-unit kecemasan disebabkan tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Kejadian ini berlaku di hospital Kota Marudu, nasib baik uncle saya masa itu pengsan dan tidak sedarkan diri waktu membuat pemeriksaan di hospital tetapi keadaan kritikal tidak sedarkan diri sehingga dipindahkan ke hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Setelah berada di unit ICU selama 1hari lebih, akhirnya uncle saya dikeluarkan ke wad biasa untuk pemeriksaan lanjut dan keadaan dia masih juga tidak sedarkan diri.

Setelah dirawat dan diperiksa, bahawa beliau tidak dapat bernafas disebabkan oleh paru-paru berair. Ini membuatkan beliau sukar untuk bernafas lalu tidak sedarkan diri.

Keadaan uncle saya ditambah lagi dengan penyakit lain seperti kegagalan buah pinggang dan juga lemah jantung. Dengan ini, mengambil hampir 4hari untuk dia sedar.

APA ITU PARU - PARU BERAIR?

Paru-paru berair atau juga dikenali sebagai Pneumonia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang raru-paru. Biasanya, ia digambarkan sebagai radang parenchyma/alveolar paru-paru dan cecair memenuhi alveolar luar biasa. (alveoli merupakan sak mikroskopik dipenuhi udara dalam paru-paru yang bertanggungjawab bagi menyerap oksigen dalam atmosfera Bumi.) Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Puncanya juga boleh secara tidak rasmi digambarkan sebagai idiopathic—iaitu, tidak diketahui—apabila pinca jangkitan telah disingkirkan.

Simptom biasa dikaitkan dengan paru-paru berair termasuk batuk, sakit dada, demam, dan sukar bernafas. Perkakasan diagnosis termasuk sinar-X dan pemeriksaan sputum. Rawatan bergantung kepada punca paru-paru berair; Paru-paru berair bakteria dirawat dengan antibiotik.

sumber wikipedia

Sekarang kami masih lagi menunggu untuk uncle saya sedar dan harap agar semuanya baik.

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Get well soon to ur uncle clair. Mo jaga mkn minum suda tu..

Ya.. gila la. Baru jg dia sedar td

Speedy recovery to your uncle @innocentclair..get well soon..