Kami sekeluarga ke Theme Park I-city pada Dec tahun lepas. Waktu operasi thema park ini adalah dari 11 am hingga 12 tgh mlm. Namun kebiasaan nya pengunjung lebih gemar datang pada waktu malam kerana lebih cantik dan kurang panas.
Terdapat banyak tempat menarik antaranya Snowalk, Redcarpet, Giant Ferris Wheel dan banyak lagi. Jika mahukan maklumat lebih tepat boleh ke laman web i-city [https://iticket.i-city.my].
Kami hanya berjalan-jalan cuci mata melihat permandangan lampu-lampu yang cantik-cantik belaka.
Terdapat pelbagai permainan dan memang menjadi tarikan anak2 saya.
Pandai diorg berposing depan patung nie.
Rehat sebentar makan ais krim. Berjalan di i-city agak meletihkan kerana tempat ini agak luas.
Secara keseluruhannya jika hendak ke sni perlu datang awal sedikit kerana takut parking penuh dan perlu beratur panjang untuk main permainan di sana. Di ingatkan perlu sediakan wang secukupnya kerana setiap permainan perlu beli tiket.