Kira-kira 2 minggu lepas,saya ada menerima mesej FB dari rakan sekolah (SMKWM) menanyakan no hp saya yang terkini kerana salah seorang dari rakan sekolah tersebut ingin menghantar jemputan kawin secara Whatsapps. Rakan sekolah tersebut adalah Hazita atau dengan nama panggilan Hazeet. Kami berkawan sejak sekolah menengah dan menjadi lebih rapat apabila Hazeet dan saya mendapat tempat di Matrikulasi di Kuala Pilah. Secara kebetulan pula, kami berjiran ketika duduk di dalam asrama tersebut. Jika di kenang kembali waktu itu memang kelakar dan lucu la dengan gelagat masing-masing. Maklumlah masing-masing 'culture shock' sebab kali pertama duduk asrama dan berjauhan dengan keluarga.
Ini kad jemputan kahwin rakan saya. Sebelum menerima kad jemputan ini, secara kebetulan saya teringat2 kembali Hazeet kerana agak lama tidak bertanya kabar. Saya pula sudah berpindah rumah agak berjauhan dengan rumah Hazeet yang lama iaitu Flat Taman Melati. Rupa-rupanya ada rakan lama yang mencari saya.
Semalam, kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin Hazeet yang terletak di Jenjarom. Kami bertolak dari rumah dalam jam 12.30 tghr dan tiba sekitar jam 1 tghr. Setelah bersalaman dengan ibu rakan saya, kami terus ke meja makan.
Ini gambar emak kepada Hazeet, sempat juga saya bertanya kabar. Ketika ini baru saya tahu yang Hazeet dan emaknya telah lama berpindah di sini kira-kira 2 tahun.
Lepas bersalaman, kami pun tercari-cari meja kosong untuk duduk dan makan. Ketika ini ternampak @hannahjohary dan keluarga nya sedang makan. Kami pun bertegur sapa dan lama tak jumpa secara face to face. Walaupun ada bertegur sapa secara maya tapi tak sama jika berjumpa bertentang mata. Cewah hehe. Ada 2 orang rakan sekolah saya terserempak iaitu Nurlina, Siti Hajar. Rupa-rupanya mereka hadir sejak awal lagi kerana ingin melihat Hazeet nikah pagi itu.
Time ambil gambar ini, wan emy shahliayana baru je sampai. Sempatla ambil gambar sekali.
Seronok dapat jumpa rakan-rakan sekolah lama,seolah-olah macam reunion kan. Cuma tak dapat nak borak panjang kerana cuaca agak panas dan biasa la anak2 akan meragam. Kepada Hazeet dan pasangan semoga berbahagia hingga ke jannah.
Bestkan jumpa. Lepas ni nak tunggu siapa pulak kahwin baru jumpa lagi #adalagikeyangbelumkahwin hehe :D
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Tgu turn ank2 lak kot..hehe
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
You’ve been upvoted by TeamMalaysia Community :-
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit