Cerita Pendek - Seram

in teammalaysia •  7 years ago 

Bila lepak minum bersama rakan-rakan satu kolej, mesti ada saja cerita yang akan disembangkan. Dari kisah sewaktu sedang di kolej, sehingga berkenaan kerja sekarang.

Yang menarik, minggu lepas kami ada berkumpul & masing-masing bercerita pasal kisah seram / pelik yang terjadi pada diri mereka bila mereka menjaga anak-anak.

Aku taip semula dan submit di Steemit:

image.png
sumber gambar

cerita #1

Aku ada banyak paperwork yang perlu disiapkan. Jadi aku membuat keputusan untuk masuk ke office pada hari minggu.

Aku bawa sekali anak sulung aku sekali. Sedang aku membuat kerja, tiba-tiba anak aku bertanya kepada aku

"Abah, ada kakak", sambil tunjuk ke arah pantry.

Berderau darah aku. Sebab tiada siapa-siapa di office. Hanya kami berdua.

Aku save semua kerja dan bawa anak aku keluar dari office. Sambung buat kerja di rumah saja

cerita#2

Isteri aku pulang ke kampung pada hujung minggu sebab ada kenduri keluarga makcik dia. Tinggallah aku dengan anak lelaki aku.

Menjelang senja, sedang aku melihat television di ruang tamu, aku terdengar suara dia ketawa. Mengekek, seronok ya amat.

Mungkin tengok video lucu di YouTube. Aku pun bangun dari sofa & berjalan menuju ke bilik.

Alangkah terkejutnya aku bila nampak dia duduk bersila menghadap almari baju, sambil ketawa.

Aku pun bertanya, apa yang dia gelakkan.

"Atok nie buat kelakar?", Sambil menunjuk ke arah atas almari & ketawa mengekek

Tanpa melihat ke atas almari, aku segera mencapai anak aku, dan bersiap keluar untuk pergi ke rumah mak aku.

cerita #3

Sempena cuti sekolah, kami sekeluarga menyewa homestay di kawasan Melaka. Homestay yang ditempah adalah besar & ada sekali swimming pool. Yang memisahkan antara rumah dan swimming pool, cuma sliding door.

Anak bongsu aku berumur dua tahun. Tengah melasak. Kena sentiasa beri perhatian kepada dia. Disebabkan homestay yang disewa ada swimming pool, takut dia berjalan seorang diri pula ke situ. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku tutup sliding door tu tadi.

Masa waktu itu, menghampiri senja. Ahli keluarga yang lain berada di dapur. Menyiapkan juadah makan malam. Sedang aku leka melayan Facebook di ruang tamu, tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti seperti sesuatu jatuh dalam swimming pool. Aku lihat sekeliling, anak lelaki aku tiada berdekatan. Sliding door pula terbuka. Siapa pula yang buka

Panik!! Aku berlari ke swimming pool. Tapi aku lihat air swimming pool tenang saja. Tak ada sedikit pun riak air.

"Bie, buat apa kat luar tu. Tinggal anak sorang-sorang jer", tiba-tiba terdengar suara isteri aku menegur dari dalam rumah.

Aku lihat, isteri aku tengah mendukung anak aku. Bunyi yang aku dengar tadi tu apa...? Macamana sliding door tu boleh terbuka?


@rosmadirazali


Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  
  ·  7 years ago 

@rosmadirazali Oh, ketiga2 cerita seram tu mmg ngeri bro. Biasanya, kanak2 mmg senang nampak "sahabat2" yg kita X dpt lihat...

Cerita pertama tu kisah saya :fearful:

Kebetulan sudah ada juga staff bercerita tentang kisah mereka dikacau sewaktu stayback di office.

Cuma bila bawa anak, rasa seram tu semakin feel

Serammmmmmm! Hee meremang bulu roma. Menyesal baca ;')

lagi best bila baca, sorang-sorang di rumah

Pada waktu umur anak saya ... antara 3 hingga 4 tahun. Dia banyak bercerita pasal 👻 dan nampak 👻 di rumah kami.. Selepas umurnya 5 tahun ke atas, dia tidak pernah bercerita pasal 👻 sudah.

Kalau kanak-kanak kecil beritahu ada 👻... Saya memang percaya.. 😬😬

saya pun mcm tu. Bila budak kecil kata mereka nampak sesuatu, kemungkinan besar betul

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Congratulations @rosmadirazali! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of upvotes received
Award for the number of upvotes

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.

To support your work, I also upvoted your post!
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

Upvote this notification to help all Steemit users. Learn why here!