15 March 2018 merupakan tarikh hari lahir ke-4 buat anak aku yang paling kecil. Sedar tak sedar, sekejap saja 4 tahun berlalu.
Rasa macam baru saja celebrate hari lahir dia yang ke-3...
13 March 2014
Aku masih ingat lagi kejadian pada tarikh 13 March 2014, dimana pada waktu tu, aku sedang bersiap sedia untuk memberi presentation di Sime Darby Convention Center.
Seperti biasa, aku suka silentkan phone aku. Sedang aku melakukan final check, baru aku perasan aku ada missed called daripada @irmeyhamidi.
Tapi disebabkan aku sudah nak naik ke atas pentas, aku bercadang untuk call semula selepas presentation. Tak sangka, @irmeyhamidi call sekali lagi.
Sebaik saja aku pick-u call & jawab 'hello', @irmeyhamidi terus beritahu yang dia sedang bleeding. Tuhan saja yang tahu bagaimana berderau darah aku masa tu. Bagaimana berdebarnya aku rasa. Sebab setahu aku, due date adalah lagi sebulan lebih.
Aku memberitahu kepada colleague aku dan dia bersetuju untuk mengambil alih tempat aku untuk memberi presentation.
Aku pun bergegas pulang ke rumah. Sampai saja di rumah, @irmeyhamidi sudah bersiap dan ready untuk menuju ke hospital. Anak pertama aku, kami tinggalkan bersama mak aku.
Samapi sahaja di hospital, aku drop @irmeyhamidi di pintu utama Wad Bersalin. Dari situ, ada attendant yang mengambil dia mengunakan wheelchair. Aku pula turun ke basement untuk mencari parking.
Selepas mendapat tempat parking, aku terus nak ke tempat menunggu wad bersalin, dan bertanya kepada penjaga kaunter, isteri aku berada di bilik mana. Dapat tahu saja nombor bilik, aku terus bergegas masuk.
Apa yang aku ingat selepas tu, adalah seorang nurse tu beritahu bahawa @irmeyhamidi sebenarnya masih belum sampai tarikh bersalin. Jadi mereka akan cuba untuk stop kan contraction, dan memasukkan isteri aku dalam pemantauan.
Disebabkan aku tak boleh berada di dalam wad bersalin terlalu lama, aku tunggu di kereta, dan kemudian balik ke rumah. Waktu tu sudah hampir pukul 10malam.
14 March 2014
Aku mengambil Emergency Leave esok harinya. Aku pergi melihat isteri aku di wad bersalin untuk hantar charger handphone & nak tahu apa status dan keadaan @irmeyhamidi.
Masih seperti semalam, @irmeyhamidi berada dalam bilik bersalin, tetapi sekadar untuk pemantauan. Contraction katanya masih ada. Tapi kurang sebab sudah diberi suntikan. Suntikan apa, aku tak ingat :p
Kalau contraction sudah berhenti. Mungkin sudah boleh discharge. Tapi tengok pada keadaan. Sebaiknya, jangan bersalin. Tangguh lagi sebulan jika boleh
Pada tengaharinya, aku ke rumah mak aku untuk melihat anak aku yang pertama. Kesian dia satu hari ditinggalkan.
Selepas tu, pada sebelah malam, aku balik ke rumah aku. Sebab jarak rumah aku ke hospital lagi dekat, berbanding dari rumah mak aku. Jika berlaku apa-apa, lebh cepat untuk aku ke hospital
15 March 2014
Pukul 1pagi, sedang aku tidur, tiba-tiba handphone aku berdering. Terkejut aku dari tidur. Sengaja aku buat volume paling tinggi. Risau tak sedar kalau ada call.
Aku pick-up saja call, @irmeyhamidi kata yang dia sudah nak bersalin. Cepat-cepat aku basuh muka & minum sikit air untuk segarkan mata. Hidupkan enjin kereta, dan bergerak ke hospital.
Disebabkan sudah larut malam, jalan pun clear. Aku samapi ke hospital dalam masa 20 minit saja. Parking pun bukan masalah.
Masuk saja aku ke bilik bersalin, aku nampak muka @irmeyhamidi tengah menahan sakit. Tak lama kemudian, ada seorang nurse masuk untuk check pembukaan. Nurse tu agak berusia. Kira senior juga.
Jawapan nurse tu, adalah kena paksa isteri aku bersalin juga, sebab pembukaan sudah luas.
Tanpa ada pembantu lain, nurse tu seorang diri bantu isteri aku untuk deliver. Sangat sekejap, tak sampai setengah jam. Nurse tadi sudah berjaya sambut anak aku yang kedua :)
Nurse tu cuma tunjuk kepada aku jantina anak aku, dan kemudian bawa dia keluar dari bilik tanpa kata apa-apa.
Yang pastinya, dia lahir premature & size anak aku kecil, sekitar 1.25kg atau 1.3kg. Aku kurang ingat..
Selama dua minggu juga anak aku diletakan dalam incubator. Sepanjang dalam incubator, @irmeyhamidi tak larat untuk datang ke wad NICU. Jadi sebelum aku pergi kerja, aku akan singgah ke wad NICU untuk hantar susu badan untuk anak aku.
Minggu kedua, barulah @irmeyhamidi bertenaga untuk ke wad NICU untuk memberi anak aku susu. Tetapi susu diberikan melalui tiub.
.
Selepas boleh keluar dari incubator, ditahan pula di wad NICU selama lagi dua minggu. Untuk naikkan berat badan ke 1.8kg. Itu adalah berat minimum jika nak discharge dari wad NICU.
Memang banyak dugaan yang diterima untuk anak kedua aku nie. Alhamdulillah, aku & @irmeyhamidi tabah melalui semua dugaan.
Dua tahun pertama adalah sangat mencabar, dimana dia sudah 2 kali menjalani pembedahan. Satu minor operation & satu major operation. Keluar masuk hospital boleh dikatakan selang sebulan. Sehingga di rumah terpaksa spare satu nebulizer sebab dia terlau kerap diserang sesak nafas.
Tetapi selepas pembedahan pada tahun 2016, dia sudah semakin sihat, dan tak perlu bergantung kepada nebulizer lagi.
Cuma berat badan saja tak naik-naik. Maintain kecil & cute :) Tak apalah, yang penting, dia sihat. Tak sakit-sakit seperti dulu.
Gambar terbaru si adik & kakak
World of Photography Beta V1.0
>Learn more here<
You have earned 5.35 XP for sharing your photo!
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.07
Server time: 22:29:32
Total XP: 201.60/200.00
Total Photos: 36
Total comments: 8
Total contest wins: 0
Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
SubhanAllah comel sangat anak-anak. Semoga membesar menjadi anak-anak yang solehah. Happy birthday Raihanah. Aunty doakan Raihanah jadi anak yang bijak, anak yang sihat dan ceria yang selalu bahagiakan ibu bapa. Hugs!
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Gambar ini cool.selamat harijadi Yang ke 4 tahun.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
@rosmadirazali Byk cabaran & dugaan adik ni menghadapi, hrp2 adik sihat walafiat selalu...
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit