Hello everyone,
In this entry I would like to talk about Mesotropin Fitness Challenge (MFC) is now officially completed after 6 weeks. I did what can be done during this program and sharing all I know to guide my client. Everything goes well and I am proud for his body transformation.
Nah, enough with English and I will write in Bahasa. Bukan mudah untuk menjaga klien yang mempunyai komitmen tersendiri dan ada masanya terpaksa untuk tidak turun training. 6 minggu yang diberikan sejujurnya mampu mencapai result yang lebih baik, tetapi apakan daya cuma ini sahaja yang termampu dan sebenarnya tidaklah seteruk mana.
Training?
Dari segi latihan yang diberikan sepanjang 6 minggu ini adalah gabungan Cardio dan juga Strength & Conditioning dan sedikit Power Lifting supaya bentuk badan balance. Maksud balance atau seimbang di sini ialah kita tahu ini adalah sebuah program lose weights dan yang menyertainya semestinya orang yang agak berisi dalam istilah sopan atau pun boleh dikatakan gemuk. Orang gemuk bila hendak mengurus semestinya akan ada kesan sampingan iaitu excess skin atau kulit lebihan akibat dari pembakaran lemak dibahagian tertentu dan bahagian tersebut mengecil. Dengan adanya latihan Power Lifting untuk membina kekuatan disamping otot juga akan membesar dan sedikit sebanyak akan cover bahagian tertentu yang dipercayai akan adanya excess skin. Kita sebagai Fitness Instructor kena fahami apa konsep latihan yang kita gunakan dan sarankan kepada klien kita supaya dapat hasil yang memberangsangkan. Kita tidak boleh hanya fokus Cardio semata-mata kerana asas untuk membakar lemak ialah cardio & muscle building. Jangan kerana klien kita gemuk nak kurus, kita suruh dia lari dan terus berlari selain di samping latihan High Intensity. Cuba balance dan set jadual kalau malas hendak buat jadual latihan, perhati dan ketahui rutin yang bakal diberikan untuk sesi seterusnya. Dah, sikit sahaja boleh kongsi dan jika hendak ketahui lebih lanjut boleh sertai Fitness Rites sebagai member.
Pemakanan?
Susah nak suruh dia untuk Clean Eating tapi tidak susah untuk menjaga jumlah pengambilan kalori harian ataupun Daily Calories Intake. Sepanjang program ini saya cuma mampu pesan untuk cuba Clean Eating tapi tidak menghalang untuk dia makan apa yang hendak dimakan asalkan tahu jumlah kalori harian yang perlu diambil.
Diet?
Hmmm tidak ada diet khusus cuma beberapa hari sebelum berakhir program ini, saya sarankan untuk buat Intermittent Fasting (IF) di mana klien akan berpuasa selama 16 jam dan mempunyai 8 jam untuk makan makanan yang dikehendaki.
Result?
Okay la untuk 6 minggu berjaya buang 9.5KG. Berat tidak memainkan peranan penting juga sebenarnya sebab kadang kala muscle mass akan naik dan apabila ditimbang, berat pun sekadar begitu sahaja dan tidak ada penurunan drastik. Apa yang penting ialah transformasi tubuh badan di mana semakin mengecil dan boleh memakai pakaian yang dulunya sempit dan tidak muat dipakai.
Lihatlah perubahan, ketara bukan. Dah tak nak tulis panjang-panjang bukan semua orang rajin membaca. Perlukan Personal Trainer? Boleh letakkan komen dibawah. Till the next entry, see ya!
You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit