Hari yang dinantikan iaitu sabtu, berehat menenangkan minda disamping itu beriadah bersama keluarga tersayang. Agaknya ingin aku kongsikan secara tetiba aku terpanggil untuk menulis spontannya mengenangkan zaman kanak-kanak ku..
Merenung ke luar jendela
Tersenyum sendiri apabila mengenangkan zaman persekolahan ketika kecil dulu, rasanya aku antara digolongan murid yang rajin ke sekolah kecuali sakit, tak lupa pada ketika itu aku tak pernah menyangka aku mendapat anugerah pelajar mempunyai rekod hadir ke sekolah yang tertinggi.
Aku tak dapat gambarkan bagaimana perasaan aku sehinggalah aku pulang ke rumah dan memberitahu ibu dan bapa aku. Ya aku mungkin jenis pendiam pada asalnya namun disebalik aku mendiamkan diri, aku selalu membantu ibuku menjual buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menampung kehidupan aku untuk ke sekolah. Perasaan malu semua itu hilang untuk mencari sesuap nasi asalkan halal dan tidak mengganggu sesiapa.
20 sen
Aku masih tak lupa ketika aku masih bersekolah duit belanja harian aku pada ketika itu hanya 20 sen, ya 20 sen mungkin bagi kita sekarang tak ada nilainya namun bagiku, ianya nilai yang aku tak mampu ungkapkan dengan sehembus nafas. Pada mulanya aku tak memahaminya apakah maksud tersirat semua ini akan tetapi setelah aku menjangkau umur yang sekarang baru aku memahaminya betapa susahnya mencari walau satu sen pun.
Alangkah indahnya jika aku mampu mengubah masa itu dan ingin kembali ke zaman yang tak mungkin kita akan kembali, sebaik-baiknya kita manfaatkanlah zaman bujang kita dan bagi yang dah berkeluarga mungkin ada lagi jalan alternatif untuk kita berjaya.
Penutupan hanya ini sahaja untuk hari ini, kegemaran aku untuk berceloteh semakin menjadi-jadi. jumpa lagi ☺️
Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit