Fungsi utama hati ialah:
Membersihkan darah melalui metabolisme alkohol, ubat (preskripsi dan rekreasi); dan meneutralkan bahan yang beracun.
Memproduksi protein badan, termasuk mencegah pembekuan darah, saluran terbuka untuk penghantaran nutrien ke darah dan protein yang mencegah jangkitan penyakit.
Menghasilkan kolesterol dimana ia mengubahnya menjadi bahan penting yang digunakan oleh tubuh.
Mengatur bekalan tenaga dengan membuat, menyimpan dan menyampaikan glukosa kepada seluruh badan dan otak.
Mengawal keseimbangan hormon, termasuk kelenjar adrenal dan tiroid.
Terdapat banyak punca potensi kerosakan hati termasuklah keturunan (genetik), penyakit hati jangka panjang (sirosis) dan pendedahan yang berpanjangan kepada bahan toksik.
Adalah penting untuk memahami tanda-tanda kerosakan hati untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan kita.
Tanda-Tanda Kerosakan Hati
Keletihan - Pelbagai kajian telah menyimpulkan bahawa keletihan dan kelesuan adalah gejala kerosakan hati yang paling biasa. Profesional perubatan membuat spekulasi bahawa keletihan dan kelesuan ada kaitan dengan hati; hasil sampingan daripada perubahan neurokimia di otak dan ketidakseimbangan hormon. Peningkatan tahap keletihan dan kelesuan adalah hasil daripada peningkatan tahap toksik yang meningkat di dalam darah, dimana hati tidak dapat menghapuskan toksik tersebut dengan baik.
Kering Atau Irritasi - Kulit kering dan gatal yang berterusan adalah salah satu sebab akibat dari kerosakan hati. Untuk menjadi sihat, kulit kita memerlukan kelembapan melalui penghantaran cecair di dalam badan. Apabila cecair ini tidak dibekalkan secukupnya ia akan mengakibatkan gejala seperti kemerahan pada tangan atau kaki, jaundis, atau ketidak seimbangan warna pada kulit.
Ketidakselesaan Perut atau Abdomen - Sekiranya organ hati rosak anda akan merasakan kesakitan di sekitar kawasan abdomen. Pesakit sering menggambarkan kesakitan ini sebagai "menusuk" atau "berdenyut-denyut" - gejala yang selalunya dirawat melalui rawatan yang terperinci. Penggunaan jangka panjang beberapa jenis ubat-ubatan atau preskripsi boleh mengakibatkan kerosakan organ hati dalam jangka panjang. Mereka yang mengalami kesakitan perut yang berterusan dan terus menggunakan ubat-ubat preskripsi dalam tempoh yang panjang harus berjumpa dengan pakar atau doktor untuk penilaian.
Mual dan Muntah Muntah - Seperti yang dinyatakan sebelum ini, salah satu fungsi utama organ hati adalah untuk menyahtoksifikasi dan membantu membuang mana-mana bahan toksik dari badan. Apabila fungsi detoksifikasi hati terjejas, beberapa masalah boleh timbul, termasuklah perubahan mendadak dalam pencernaan dan metabolisme yang normal. Organ hati adalah organ besar dalam sistem pencernaan, oleh itu apa-apa keadaan yang berkaitan dengan hati dapat diketahui dalam masalah pencernaan. Mual dan muntah sering berlaku kerana pengumpulan toksin yang tidak dapat dibuangkan oleh organ hati.
Lebam-Lebam - Di antara peranan yang penting organ hati ialah membantu dalam pengeluaran enzim protein yang diperlukan dalam badan. Satu klasifikasi enzim protein membantu mengelakkan pembekuan darah. Apabila mekanisme pembekuan darah ini terjejas, perubahan pada rupa kulit adalah perkara biasa. Apabila organ hati perlahan atau berhenti menghasilkan protein yang diperlukan untuk pembekuan darah, seseorang akan lebam atau berdarah dengan mudah.
Kembung Perut - Menurut kajian kerosakan organ hati akan mengganggu aliran normal darah ke organ dimana ia akan meningkatkan tekanan pada saluran urat di sekitarnya. Saluran urat ini termasuklah yang berfungsi untuk mengangkut darah dari limpa dan usus ke organ hati. Gangguan proses ini menyebabkan tahap tekanan darah meningkat - keadaan yang dikenali sebagai hipertensi portal.
Jaundis - Masalah organ hati boleh menyebabkan perubahan warna pada mata dan kulit. Perubahan warna ini berlaku kerana penumpukan pigmen hempedu dipanggil bilirubin, yang tidak dapat dilupuskan dengan sempurna.
Warna kekuningan pada kulit atau mata dikenali sebagai jaundis. Selain daripada perubahan pada mata, penyakit kuning boleh menyebabkan gejala-gejala lain termasuklah air kencing berwarna kuning gelap, gatal-gatal pada seluruh badan dan gangguan kognitif.
Kesimpulan
Berita baiknya ialah hati adalah organ yang sangat adaptif dan berdaya tahan apabila dirawat, dan sering dapat menyembuhkan dirinya sendiri. Di bawah bimbingan profesional perubatan, kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan hati menerima prognosis positif. Jika anda mendapati mana-mana tanda-tanda di atas, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis yang boleh mengenalpasti puncanya dan mendapat rawatan yang sepatutnya.
Hati-hati menjaga hati, jika anda lalai menjaga kesehatan hati, maka nasib anda sudah berada diambang kematian.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
sangat betul
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
This post has received a 5.98 % upvote from @boomerang.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Senantiasa lah menjaga hati, kalau menyakiti hati orang yang salah, on the spot boleh mati. 😂
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
😂😂
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit