LUANGKAN BERMAIN BERSAMA ANAK ANDA

in teammalaysia •  7 years ago  (edited)

Imaginasi yang kita ada sememangnya berbeza dengan setiap individu. Dengan imaginasi banyak perkakasan dapat dicipta serta mencapai objektif untuk keperluan sejagat. Pada masa masa yang terluang bersama anak , maka saya cuba dekati mereka dengan mengilhamkan sesuatu untuk dikongsikan bersama mereka.
Anak lelaki saya teringin sangat untuk mencipta kapal angkasa. Pada mulanya memang tidak ada idea kapal angkasa yang macam mana akan saya rekakan untuknya. Demi untuk nya ,idea datang mencurah curah tanpa saya sedari.

Kebetulan ada botol plastik air mineral yang kecil dan ditambahkan dengan kertas A4 dua keping. Saya dapatkan gunting dan masking tap warna putih. Botol pun dah cantik , cuma perlu gubahan pertama adalahan penambahan penyokong untuk pendaratan dan gubahan kedua pula adalah sayap kapal angkasa.

Harus diingat ini adalah idea secara spontan. Ini tiada unsur salin menyalin rekabentuk dari mana-mana sesawang diluar sana. Penyokong pendaratan telah direka dengan menggulungkan kertas A4. Setelah itu digunting dan menjadi dua gulung kertas A4 yang sama besar. Selepas itu lekatkan dengan menggunakan Masking Tap Putih.

Manakala sayap kapal pula ,kertas A4 dilipatkan membentuk sayap kapal. Sesiapa yang masih ingat kapal kertas tahu lah anda macam mana rupa sayap kapal kertas. Lipat di kedua-dua belah tepi kertas agar belahan sebesar botol air mineral. Kemudian lekatkan dengan masking tap. Sila lihat gambar dibawah ini.

Dengan daya imaginasi nya sendiri, anak saya teruja menerbangkannya. Dari riak wajahnya dapat saya rasa kegembiraannya yang mencapai sesuatu tanpa diduganya. Baginya adalah satu kejutan, daripada satu benda yang sentiasa dilihatnya menjadi sesuatu permainan yang baharu. Ini adalah memori kenangan yang paling berharga bagi saya. Meluangkan masa dengan anak semasa umur ini akan memberi kita peluang mengenalinya dan saya percaya dia pun akan menghargai nya disaat-saat bermain bersamanya.Meluangkan bersama dengannya sedemikian membuatkan dia merasakan kasih sayang dari saya dan jiwanya pun ada ketenangan disebabkan kehadiran bermain bersama dengannya.


    Jika anda berminat membaca artikel selain ini, anda boleh lah merujuk pada artikel yang dibawah ini:- Tambahkan ilmu anda dengan masa yang terluang, selamat membaca.

  1. https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/kenapa-perlu-tukar-minyak-enjin-setiap-5-000km-atau-10-000km
  2. https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/penggunaan-hawa-dingin-yang-selamat-semasa-di-dalam-kenderaan
  3. https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/steemit-junior-malaysia-telah-mengorak-selangkah-hadapan-2018
  4. https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/rekaan-sistem-audio-video-teknologi-penyiaran-broadcasting-teknology-part-2
  5. https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/audio-mixer-digital-dan-audio-mixer-analog
  6. https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/screen-monkey-untuk-sistem-penyiaran

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Anak saya pun suka main kapal terbang dari kertas.. Yang main lipat-lipat tu.. Kasi tiup, trus kasi terbang 😁

Ini adalah memori kenangan yang paling berharga bagi saya. Meluangkan masa dengan anak semasa umur ini akan memberi kita peluang mengenalinya dan saya percaya dia pun akan menghargai nya disaat-saat bermain bersamanya.

Ya betul tu..

@arwine ,yang bikin hairan kenapa mesti ditiup kertas baru dikasih terbang.memang macam sudah menjadi tradisi.

Anak saya pun suka kapal angkasa. Biasanya dia lipat kapal terbang je. Saya akan curi idea kamu dan ajar dia kapal angkasa ini. Saya dengar dari isteri kamu mengenai hari jadi kamu ialah hari ini. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada kamu. Hidup gembira selalu dengan berkat Tuhan.

Hi @iamjadeline, terima kasih atas ucapan anda dan meluangkan masa membaca blog ini. Blog awak pun cukup banyak infomasi dan cukup kagum kegigihan awak.