Kenderaan sudah menjadi satu keperluan untuk semua. Tanpa kenderaan perjalanan ke satu destinasi akan menjadi lewat sampai dan menyebabkan produktivi kerja semakin lembap. Kenderaan bukan sahaja pengangkutan malahan untuk pengangkutan bagi penghantaran dan pengagihan barang keperluan kita seharian. Sebagai contoh barang makanan seperti beras dan barang asas seharian dan bahan mentah seperti ikan, sayur, buah-buahan dan bermacam makanan ruji seharian. Semua barang ini perlu diangkut menggunakan kenderaan berat seperti lori untuk diagihkan dipelosok negeri, bandar dan daerah. Manakala yang sangat penting secara individual adalah kenderaan untuk sampai ditempat kerja tepat pada masanya dengan segak dan selamat.
Malangnya kenderaan dicipta bukan untuk bertahan selama-lamanya. Inilah hukum termodinamik disebabkan suhu dan tenaga yang telah dipindahkan menyebabkan kelesuan pada enjin dan akhirnya kenderaan pun akan kehilangan daya dan diakhiri dengan kerosakkan.
Disini salah satu punca kerosakkan pada kenderaan enjin adalah tidak menukar minyak enjin. Selalunya penukaran minyak enjin mengikut mileage kenderaan. Untuk pengetahuan bagi pemandu yang baharu, pertukaran minyak enjin adalah satu keperluan yang harus ditukarkan tepat pada milage yang ditentukan. Jika tidak ditukar kenderaan akan menjadi;
- Kenderaan akan terus berhenti disebabkan terkumpulnya kekotoran habuk di dalam enjin. Walaupun ada penapis akan tetapi bila minyak enjin sudah menjadi hitam disebabkan bercampur habuk dan menyebabkan minyak menjadi pekat. Kepekatan pada minyak menyebabkan tiada lagi kelicinan dan sumbat.
- Enjin kenderaan berbunyi dengan kuat. Ini disebabkan tiada lagi pelincir dan keadaan menyebabkan piston yang tergesel menjadi panas dan rintangannya adalah apabila logam menjadi panas menyebabkan pengembangan logam dan akhirnya ruang tercalar dan menjadi besar.
- Apabila bahan adatif minyak enjin sudah mencapai takat tepu dan hilang keupayaan untuk melindungi dari kepanasan dan tercalar. Enjin akan kehilangan daya lajakan dan menyebabkan pembakaran tidak sempurna dan minyak petrol cepat habis digunakan.
Penukaran minyak enjin mengikut kadar mileage dan cuma Ada dua kategori sahaja iaitu ;
- Mileage untuk sampai 5000 km (Sampai takat 5000 km tukar)
- Mileage Untuk sampai 10,000km (Sampai takat 10,000 km tukar)
Minyak enjin juga mempunyai bermacam-macam brand di pasaran contoh; Castrol GTX, REV,MAC 5,HELIX,MOTUL, HELIX HX5 dan sebagainya.
Betapa hitam nya minyak enjin selepas perjalanan yang melebihi takat 5000km.
Penapis minyak enjin bagi Proton Savvy 1.1. Penapis juga perlu ditukar baharu setiap kali penukaran minyak enjin.
15W-40 bermaksud 15 darjah celcius, W adalah (winter and wet) dalam erti kata sebenar kenderaan dapat dihidupkan walaupun dalam keadaan diluar bersuhu 15 darjah celcius. Nilai 40 adalah kelikatan minyak tersebut semasa dalam keadaan panas. Lebih besar nombor kelikatan lebih tahan panas. Sila baca manual kenderaan anda untuk kepastian takat minyak enjin diperlukan. Memandangkan negara bersuhu yang kadang panas dan lembap jadi perlu kelikatan yang besar agar enjin dapat dilindungi daripada tercalar. Harga yang di caj oleh mekanik minyak enjin brand HI-REV 6340 adalah RM160 manakala penapis minyak bersama dengan servis berharga RM25. Jumlah keseluruhan berharga RM185. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu pengguna pengguna kenderaan di luar sana. Jika harga di atas terlalu mahal boleh lah jemput perkenalkan tempat servis kereta yang boleh membantu meringankan beban servis kereta ni.Semua maklumat di atas diperolehi hasil soal jawab mekanik dan hasil maklumat dari kawan.Jika Ada seberang percanggahan maklumat sila komen yang boleh memberi maklumat yang tepat.
Saya adalah jenis yang tahu pakai sahaja. Urusan maintenance saya serah kepad mekanik
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Itu tidak menjadi masalah Yang penting dapat dibayar.Terima kasih atas sumbangan memberi Komen.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
terima kasih.. mekanik ke tuan
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Hi doqstrader, saya bukan mekanik cuma kadang kadang ada rasa kesian pada member yang baru sahaja dapat Kereta atau kadang kadang saya pun sendiri lupa pasal minyak enjin Naik harga pasal apa. Jadi kena tahu lah juga.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Info yg bguna.. Loved it! 👍
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Terima kasih atas sokongan anda.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Biasa nya saya tukar mintak pelincir injin setiap 7 minggu. Kadang dalam 6 minggu jikalau jarak trip sudah mencecas 7000.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Ok lah Tu @davidke20. Jangan Ter lepas lebih 10,000km Dan minyak enjin khas untuk 10,000km..penjagaan Kereta Yang effisen.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit