Toyota Corolla Hatchback 1,000hp.steemCreated with Sketch.

in toyota •  7 years ago 

toyota-corolla-hatchback-drift-02.jpg

Kereta segmen keluarga ditukar kepada jentera drift yang digeruni

Kalau di Malaysia, Toyota Corolla dipanggil Toyota Altis yang mana ia sebuah kereta dalam kategori segmen C seperti Honda Civic dan juga Mazda 3.

Boleh dikatakan ia adalah sebagai kereta keluarga sangat selesa dengan ruangan kabin yang luas. Selain menawarkan prestasi serta pengendalian bersahaja yang tidak terlalu agresif.

toyota-corolla-hatchback-drift-04.jpg

Namun dalam artikel ini, ia adalah versi Toyota Corolla hatchback yang ‘jahat’ selepas menjalani ubah suai pada peringkat ekstrem.

Kereta ini dibangunkan oleh Papadakis Racing dari Amerika Syarikat, yang digelar Rockstar Energy Drink / Nexen Tire Toyota Corolla Hatchback. Ia diperkenalkan pada Pameran Auto Antarabangsa New York baru-baru ini.

toyota-corolla-hatchback-drift-05.jpg

Jadi ini bukan lagi kereta kegunaan keluarga selepas dicipta untuk perlumbaan drift yang menggunakan enjin Toyota 2AR.

Apa yang menariknya, kereta itu menyalurkan 1,000hp dengan menggunakan pacuan roda belakang sekali gus sesuai untuk perlumbaan drift.

toyota-corolla-hatchback-drift-03.jpg

Bagi membinanya, Papadakis Racing bekerjasama dengan beberapa pihak lain termasuk TRD dan Jon Sibal semata-mata untuk membangunkan panel badannya yang diperbuat daripada carbon/Kevlar, selain padanan rim emas Motegi MR406.

Ciri lain yang ada pada jentera itu membabitkan padanan transmisi manual, turbo Borg Warner EFR, AEM Infinity-8 fuel injection dan suspensi RS-R.

toyota-corolla-hatchback-drift-01.jpg

Jentera ‘jahat’ itu akan memulakan siri perlumbaan pada April 2018 yang akan dipandu oleh Fredric Aasbo.

DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MARK

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Congratulations @encikmark! You received a personal award!

Happy Birthday! - You are on the Steem blockchain for 1 year!

You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking

Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!