7 SEBAB KENAPA LELAKI CURANG
Kebelakangan ini kita seringkali terbaca kisah-kisah airmata yang melibatkan keruntuhan rumahtangga disebabkan oleh kecurangan suami. Dimanakah silapnya walaupun ada sesetengah kes pihak isteri sudah buat yang terbaik untuk suaminya. Mari kita lihat antara sebab yang selalu dijadikan alasan.
1.Suka melawan
Tidak dinafikan petah bercakap dan membidas tepat adalah satu kelebihan yang tidak dianugerahkan kepada semua individu. Namun jika tersalah guna akan memberikan implikasi yang negatif juga. Bila sudah berpasangan peraturan pertama bagi mereka yang begini adalah belajar mengawal situasi. Tidak semua perkara boleh dibidas dan dibantahkan, belajarlah menutup mulut seketika, apatah lagi jika pasangan kamu juga memang satu regu dengan kamu. Berdiam seketika adakalanya lebih baik dalam mengawal suasana, kerana jika tidak terkawal, gurauan biasa pun boleh menjadi perang global antara kamu.
2.Pemalas
Ini adalah sikap yang tidak kelihatan selagi belum duduk sebumbung tidur sebantal dan berak sejamban. Tidak dinafikan zaman sekarang ni rata-rata wanita baik yang bujang ataupun sudah berumahtangga cenderung terpedaya untuk kelihatan cantik. Namun ada sesetengahnya, ketika keluar rumah penampilan memang mempersona, wangi cantik dengan mekap bak pengantin. Tetapi apabila berada dirumah, baju tidur tak tukar lima hari. Lantai dinding berkerak berlendir, pinggan seminggu tak berbasuh sehingga jadi penternak ulat berdedikasi. Itu Belum dijenguk ke dalam bilik air lagi, admin pun tak sanggup nak bayangkan.
Sikap begini, lama-kelamaan akan membuatkan pasangan kita jemu dan serik dan dikhuatiri juga akan dijadikan sebagai alasan untuk mencari peneman baru!
3.Terlalu Serius
Macam tak masuk akal kan? Tetapi sebenarnya tak mustahil pun. Sikap yang terlalu serius terhadap semua benda akan menghambarkan sesuatu perhubungan. Tidak ada gurau senda dalam berkomunikasi, tiada gelak tawa, hanya berbual-bual biasa sahaja agak membosankan. Lama-kelamaan ini akan mendorong pasangan untuk mencari teman lain untuk menghilangkan resah dan tekanan. Lagipun terlalu serius akan menyebabkan kamu kelihatan cepat tua!
4.Kurang Menarik
Ini adalah alasan mainstream yang selalu dijadikan punca curang. Badan berbau, tidak seramping diawal perkenalan, dalaman bermasalah semua ini boleh dijadikan alasan untuk mencurang. Tak perlu dipanjanglebarkan lagi faktor ini, kerana rata-rata wanita sudah memahami apa itu makna 'menarik'.
5.Kurang Perhatian
Jangan ingat wanita sahaja yang sukakan perhatian ya! Kaum lelaki juga sukakan perhatian. Mereka juga suka dimanjakan, suka ada teman berbual dan memberi sepenuh tumpuan pada mereka. Mereka juga ada sifat kanak-kanak iaitu manja! Mereka juga suka diusap dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Ini kerana perhatian yang kaum wanita berikan pada mereka dapat melepas dan menghilangkan tekanan mereka sepanjang hari, silap haribulan hilang segala masalah. Itulah kuasa sentuhan.
6.Sex
Ini adalah keperluan dan kehendak Mesti Tunai kaum lelaki. Dalam kebanyakan kes curang adalah disebabkan keghairahan kaum lelaki mencari hiburan dan kenikmatan sex diluar yang tidak dapat dipenuhi oleh pasangan masing-masing. Jadi wanita, janganlah selalu menolak tanpa sebab kukuh kerana keperluan seks lelaki secara purata minimum setidak-tidaknya 3 kali seminggu! Sekiranya tidak larat hendak menunaikan secara badan, cari jalan bagaimana hendak memuaskan kehendak batin suami, bukan dengan hanya hubungan badan sahaja ya, ada cara lain lagi..jangan pandang remeh isu sex kerana ini adalah satu-satunya kehendak paling ultimate kaum lelaki selain wang dan kereta!
7.Terlalu baik dan percaya
Percaya atau tidak, sikap begini membuka peluang kepada lelaki untuk curang. Kerana terlalu percaya, kaum wanita tidak terfikir hendak berprasangka, kerana terlalu baik, kesempatan pula disauk.
Selamat berbahagia hidup dalam alam rumahtangga semua.