KERAJAAN GREEK YUNANIsteemCreated with Sketch.

in greek •  7 years ago 

Masyarakat Greek bukan sahaja terkenal sebagai komuniti yang mempunyai ketinggian tamadun dalam bidang falsafah sahaja, malah mereka juga muncul sebagai antara masyarakat terawal yang menggunakan wang sebagai bahantara dalam aktiviti jual-beli, sama ada untuk mendapatkan barangan mahupun perkhidmatan yang lazimnya diperlukan oleh masyarakat.

Sebelum menempa wang, masyarakat Greek telah menggunakan wang dalam bentuk barangan seperti kapak dan gelang besar yang diperbuat daripada gangsa. Bagaimanapun, rekabentuk barangan terbabit yang besar memberi kesukaran kepada orang ramai untuk membawa dan menyimpannya apabila melibatkan kuantiti yang banyak.

Perubahan dalam sistem transaksi ekonomi di Yunani ketika era pemerintahan Kerajaan Greek bermula apabila wujudnya interaksi masyarakat Yunani dengan masyarakat Lidya yang telah ditakluk oleh pemerintah Greek pada akhir abad ke-3 S.M. Bagaimanapun, pada peringkat awal, masyarakat Greek hanya menggunakan kepingan-kepingan logam emas dan perak sebelum mula menempa wang pada tahun 406 S.M. Sejak itu, logam emas dan perak mulai ditempa di beberapa wilayah dunia yang telah dikuasai oleh Greek (Anwar 2006: 2).

Keadaan ini berterusan sehingga kemunculan era pemerintahan Alexander The Great pada abad ke-4 S.M. Wang logam daripada perak dan emas kemudiannya telah ditempa dan digunakan oleh masyarakat dari Mecedonia sehingga ke Babylon dan seterusnya berkembang ke wilayah-wilayah penguasaan Greek-Yunani. Pada peringkat awal, wang emas dan perak yang ditempa telah ditera dengan motif haiwan seperti burung helang dan lakaran Tuhan atau Dewa bagi masyarakat Greek-Yunani. Antara nama Tuhan-tuhan kepercayaan masyarakat Greek-Yunani yang ditera potret wajah mereka pada permukaan wang ialah Aphrodite, Apollo, Ares, Artemis, Athena dan Zeus (Qadus 2001: 38). Gambar-gambar tersebut dilakar dalam bentuk wajah manusia. Setelah kematian Alexandar The Great pada tahun 323 S.M., lakaran wajah beliau telah menggantikan lakaran wajah-wajah Tuhan kepercayaan masyarakat setempat (Qadus 2001:9).

Perkembangan menempa wang di Yunani bermula menerusi kesedaran para peniaga,malah mereka bertanggungjawab menempa wang-wang logam yang wujud pada peringkat awalnya. Walau bagaimanapun, menyedari kepentingan wang sebagai lambang penguasaan politik dan ekonomi, maka pemerintah ketika itu mula merasakan perlunya suatu peraturan yang bertanggungjawab memantau pengeluaran wang.

Pertengahan kurun ke-6 S.M. menyaksikan kerancakan pengeluaran wang oleh wilayah dan bandar-bandar lain. Di samping Lidya dan bandar Kota Sardis yang telah mengeluarkan wang ketika penguasaan Raja Creosues, wilayah lain yang turut menempa "wang logam ketika era penguasaan Empayar Greek ialah Athens, Aegine dan Corinth di Yunani sendiri. Sekitar abad ke-3 S.M, wang logam emas tidak lagi ditempa secara berleluasa di Yunani. Sebaliknya, pemerintah selepas Alexander menjadikan wang perak yang dikenali sebagai Drachm sebagai wang utama dan ia dicetak secara berleluasa (Anwar 2006: 2).

Situasi ini akhirnya menjadikan negara-negara di bawah pengaruh dan penguasaan Greek Yunani menggunakan wang perak sebagai bahantara untuk mendapatkan barangan serta memberi upah kepada sesuatu perkhidmatan ketika itu. Malah, wang terbabit turut digunakan oleh masyarakat Arab Jahiliyyah sehingga zaman awal Islam.

Bersambung...

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
http://e-muamalat.islam.gov.my/sites/default/files/kertas_persidangan/2010/04/01_Wan_Kamal_Mujani.pdf

Congratulations @mastamind! You received a personal award!

1 Year on Steemit

Click here to view your Board of Honor

Support SteemitBoard's project! Vote for its witness and get one more award!

Congratulations @mastamind! You received a personal award!

Happy Birthday! - You are on the Steem blockchain for 2 years!

You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking

Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!